Tsubaki, jenama penjagaan rambut premium dari Jepun yang terkenal dengan inovasi kecantikan, kini melancarkan formulasi baharu dipertingkatkan dengan Camellia Oil Force di pasaran Malaysia. Pelancaran ini diraikan melalui acara unik bertemakan “The City of Tsubaki”, yang mempamerkan pengalaman imersif, interaktif dan kolaborasi seni bersama JWC Roastery, menampilkan pastri eksklusif yang diinspirasikan daripada produk Tsubaki.
Formulasi baharu ini menggabungkan keanggunan ritual kecantikan Jepun dengan kemajuan teknologi moden untuk menangani pelbagai masalah rambut seperti kering, kusut, gugur, rapuh dan tidak bermaya. Diperkaya dengan bahan aktif seperti Minyak Camellia, Royal Jelly, Hyaluronic Acid, serta teknologi seperti Bond Restore dan 3D Repair, rangkaian ini memberikan hasil yang boleh dilihat dan dirasai dari penggunaan pertama – menjadikan rawatan rambut setanding salon kini boleh dinikmati dari rumah.
Rangkaian Tsubaki terbaharu terdiri daripada pelbagai varian yang diformulasikan untuk keperluan rambut yang berbeza:
- Tsubaki Premium Moist & Repair Shampoo / Conditioner

Melembap secara mendalam sehingga 72 jam, mengurangkan frizz, dan memulihkan kelembutan rambut. Diperkaya dengan Hyaluronic Acid & Moist & Rich Complex.
- Tsubaki Premium EX Hair Fall Care & Repair Shampoo / Conditioner
Menguatkan akar rambut dan mengurangkan keguguran sehingga 5x dalam 10 hari. Diformulasikan dengan Bond Restore Technology & Scalp Care Complex.
- Tsubaki Premium Cool & Repair Shampoo / Conditioner

Memberikan sensasi penyejukan segera, sesuai untuk cuaca panas dan lembap Malaysia. Popular untuk kesegaran kulit kepala harian.
- Tsubaki Premium Volume & Repair Shampoo / Conditioner

Memberikan peningkatan volume sehingga 128% selepas satu penggunaan. Tahan volumisasi sehingga 100 jam.
- Tsubaki Premium EX Damage Care & Repair Shampoo / Conditioner

Merawat rambut rosak dan memulihkan struktur kutikel. Mengandungi Ionic-EX Repairing Ingredients & 3D Repair Technology.
- Tsubaki Premium EX Repair Mask
Mask rambut intensif dengan Minyak Camellia, Royal Jelly dan teknologi Ionic Repair. Seramai 96% pengguna melaporkan pemulihan kerosakan rambut yang ketara.
Dengan kepelbagaian pilihan ini, pengguna di Malaysia kini boleh memilih produk Tsubaki yang paling sesuai untuk keperluan rambut mereka — sama ada untuk kelembapan, kekuatan, penjagaan kulit kepala, atau rawatan kerosakan.
Rangkaian lengkap Tsubaki kini boleh didapati secara eksklusif di Watsons Malaysia, di kedai fizikal dan juga platform dalam talian. Untuk informasi lanjut dan promosi terkini, ikuti Tsubaki Malaysia di Facebook (@tsubaki.my) dan Instagram (@tsubaki_malaysia).
