GAYA HIDUPHidangan, Resipi & Petua

Masak Lemak Kuning (Cili Padi)

Bahan Ditumbuk:
Kunyit hidup
Cili padi merah/hijau (atau campur)

Bahan-bahan lain:
4-5 ketul ayam
250 ml santan pekat – atau 1 kotak santan
2 helai daun kunyit – dicarik carik
2 biji kentang
1-2 batnag serai (diketuk)
Kiub ayam (jika suka)
Garam secukupnya

Cara Memasak:
1. Dalam periuk, rebus air dengan cili padi & kunyit yang telah diblend.

2. Masukkan serai, daun kunyit, rebus hingga mendidih. Dalam periuk yang sama, masukkan santan setengah kotak yang dicairkan sedikit.

3. Masukkan ayam dan kentang serta kiub ayam. Didihkan sehingga ayam masak dengan api perlahan supaya santan tak pecah.

4. Masukkan garam, akhir sekali tuang santan pekat kedalam masak lemak, masak sekejap dan tutup api.

Related posts

Mesti Cuba! Seleksi Makanan Terbaik Di Sepang

adminwm

#BigStage2022 Adakah Tular Lebih Penting Daripada Maruah Seorang Penghibur?

adminwm

BUAH-BUAHAN DI SYURGA, KHASIAT YANG TERSIRATT

adminwm

Leave a Comment