Landskap kulinari Türkiye yang kaya sudah berakar umbi di atas muka bumi geografi yang subur dan berlandaskan tradisi berkurun lamanya sekaligus menjadikannya ‘syurga gastronomi sebenar’. Hidangan klasik buatan tangan yang dihasilkan daripada resipi abadi diwarisi turun temurun dan disediakan dengan penuh kasih sayang di dapur seluruh negara, menjadi tunjang kepada sajian masakan yang pelbagai ini.
Makanan ruji ini yang dihasilkan daripada bahan tempatan dan bermusim serta teknik yang bernas lagi mudah, menggambarkan intipati kepada warisan kulinari Turki. Mengetengahkan nilai tradisional, sihat dan bebas sisa dalam sajian masakan Turki hingga ke masa kini, hidangan klasik ini melambangkan nilai berterusan Anatolia: keramahan, kebersamaan dan perpaduan. Apatah lagi, ia menjadi asas kepada meja hidangan Turki yang menghimpunkan ahli keluarga, rakan dan tetamu dalam suasana penuh kemesraan.



Turkish Cuisine Week tahun ini menampilkan hidangan ikonik yang bertahan sekian lama. Menu untuk tema “Hidangan Klasik Masakan Turki” mengetengahkan pelbagai makanan ruji termasuk Sup Lentil dan Sup Tarhana, İmambayıldı (Terung dengan inti bawang dan tomato), Mantı (ladu Turki) dan Börek (pastri savuri) yang mempunyai pelbagai inti daripada kentang hingga keju, herba hingga daging cincang. Kombinasi berperisa seperti Karnıyarık (terung belah berintikan daging cincang)-Rice-Cacık, Kuru Fasulye (stu kacang putih)-Rice-Pickles, dan Dolma Campuran (Sayuran berinti)-Yogurt juga menawarkan perjalanan yang menyihatkan menerusi hidangan Turki yang dimasak sendiri. Salad Bostana dan Çoban serta pelbagai jenis Hoşaf (manisan buah) yang menyegarkan bakal melengkapkan pengalaman kulinari ini manakala bermacam jenis sajian pencuci mulut Turki yang enak seperti Tavukgöğsü (puding dada ayam), Kazandibi (puding susu karamel) dan Baklava, menyediakan pengakhiran manis yang sempurna pada sesuatu hidangan.
Menikmati Kepelbagaian Türkiye dengan Hidangan Klasik Serantau
Turkish Cuisine Week juga berfungsi sebagai pameran kepelbagaian serantau yang kaya di negara ini. Setiap daripada 81 wilayah Türkiye akan menampilkan tafsiran tersendiri resipi tradisional masing-masing yang terhasil daripada bahan tempatan, iklim dan pertukaran budaya berkurun lamanya. Daripada hidangan berasaskan minyak zaitun pantai Aegean sehinggalah kepada masakan yang berani dan penuh berempah di bahagian Tenggara serta masakan yang sarat dengan makanan laut di wilayah Laut Hitam, minggu berkenaan menawarkan perjalanan kulinari melalui pelbagai destinasi Türkiye. Acara serantau akan mengetengahkan hidangan klasik tempatan dengan memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati cita rasa asli wilayah dan pandangan yang lebih mendalam tentang kehidupan seharian dan warisan setiap wilayah.