GAYA HIDUPSANA-SINI

KUMPULAN PEMBUAT KUIH WANITA SET REKOD MALAYSIA BOOK OF RECORDS

Kumpulan srikandi dari Lembah Subang dan Seri Pantai PPR telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records atas sumbangan mereka dalam inisiatif ‘Kuih Raya Dari Hati’ Cadbury Dairy Milk. Menerusi sokongan Cadbury Dairy Milk, kumpulan yang berbakat dan cekal ini telah meraih gelaran ‘Paling Banyak Kuih Coklat Cadbury Dihasilkan untuk Kempen Amal’ atas kejayaan menghasilkan 150,000 kuih dalam dua minggu.

Lima belas pembuat kuih yang dipilih merupakan usahawan kecil-kecilan dan penerima bantuan Yayasan MyKasih, yang dipilih daripada komuniti yang terbabit dalam program bantuan makanan tanpa tunai.

Menerusi kerjasama dengan inisiatif ‘Kuih Raya Dari Hati’ Cadbury Dairy Milk, mereka telah menghasilkan 2,000 botol Tart Coklat dan Keju Cadbury, yang kemudiannya dibeli oleh Cadbury Dairy Milk Malaysia untuk disalurkan kepada lebih 30 rumah kebajikan dan komuniti kurang berkemampuan melalui bantuan Food Aid Foundation. 

Pencapaian hebat ini mencerminkan ketabahan dan dedikasi untuk menambah baik kehidupan mereka sendiri serta keluarga tersayang. Bukan hanya membawa keceriaan dan sokongan penting kepada komuniti yang memerlukan semasa musim perayaan, tetapi juga menunjukkan bagaimana individu-individu daripada latar belakang yang kurang berkemampuan mampu memperbaiki kehidupan sambil membantu insan-insan lain yang memerlukan. Kisah ini menonjolkan impak positif daripada pemerkasaan dan sokongan komuniti, yang mampu menginspirasikan orang lain untuk mengejar impian dan mencetuskan perubahan yang amat bermakna.

Nur Sharzi Bashar, 41, yang mengetuai kumpulan pembuat kuih di PPR Lembah Subang, berkata: “Projek ini amat bermakna buat saya secara peribadi. Saya dan arwah kakak saya punya impian membuka sebuah kafe, dan inisiatif ini membantu mengekalkan impian saya ini.”

“Saya bersyukur kerana diberi peluang menambah pendapatan keluarga sama mengejar impian saya memiliki sebuah perniagaan di rumah. Semoga saya dapat memberi inspirasi kepada wanita lain,” kata Sarasvathy, 46, yang mengetuai pasukan PPR Seri Pantai untuk inisiatif ‘Kuih Raya Dari Hati’.

Ketua Pemasaran untuk Pasaran Malaysia dan Singapura di Mondelēz International, See Mei Sin, berkata: “Keazaman yang ditunjukkan wanita-wanita ini sungguh luar biasa, dan semoga inisiatif ini menggalakkan mereka mengembangkan lagi kemahiran dan meneroka peluang baharu dalam industri bakeri. Sejak 2021, ‘Kuih Raya Dari Hati’ telah berkembang daripada sebuah inisiatif yang menginspirasikan rakyat Malaysia untuk membuat kuih bersama Cadbury kepada menggalakkan mereka menyokong komuniti di sekeliling mereka. Kami berhasrat untuk terus menyemarakkan semangat kemurahan hati rakyat Malaysia melalui inisiatif ini.”

Inisiatif tahun ini adalah lanjutan daripada #MDLZPrihatin, kerjasama jangka panjang antara Mondelēz International (Malaysia) dan MyKasih bagi menyokong dan memperkasakan keluarga dan komuniti kurang berkemampuan.

Related posts

AO Life Ekstrak Anti Penuaan Ilham Doktor Keluarga Diraja Monaco

Shaufik Yunus

Muslim Pro joins relief effort to aid flood-hit families

admin

Oppo Celebrating My OPPP App’s 2

admin

Leave a Comment