GAYA HIDUP

KIM SOO-HYUN SERTAI CUCKOO INTERNATIONAL  MENYAMBUT ULANG TAHUN KE-10

Artis Korea Terkemuka Tersebut Akan Menyertai Barisan Artis Ternama Konsert, 
Termasuk Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Phei Yong, Dan Ramai Lagi!

Tahun ini, CUCKOO International meraikan pencapaian tahun ke-10 dalam  mencipta kediaman yang lebih sihat dan menginspirasikan rakyat Malaysia untuk menjadi #SAMASAMAHealthier.  Untuk menyambut pencapaian ini, mereka akan membawa pelakon Korea terkenal, Kim Soo-Hyun, ke pesta  sambutan ulang tahun yang terbesar dan berbilang bahasa iaitu Pesta Muzik CUCKOOTOPIA untuk  menyambut #SAMASAMA dan menjadikan acara tersebut benar-benar tidak dapat dilupakan untuk semua rakyat Malaysia. 

Bakal berlangsung pada 16 November 2024 di Surf Beach, Sunway Lagoon, CUCKOOTOPIA adalah sebuah  pesta muzik yang dianjurkan oleh CUCKOO International untuk berterima kasih kepada semua kerana memberi  sokongan teguh sepanjang sedekad yang lalu. Kim Soo-Hyun, terkenal dengan lakonan watak-watak beliau dari  pelbagai drama popular seperti “Queen of Tears” baru-baru ini, akan membuat penampilan khas di Pesta Muzik  CUCKOOTOPIA untuk meneruskan misi CUCKOO demi menggalakkan lebih ramai orang untuk mengamalkan  gaya hidup yang lebih sihat, dan mendorong mereka untuk menjadi Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home  Creator)

En. Hoe Kian Choon (KC Hoe), Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International, menyatakan keterujaan beliau terhadap pesta muzik tersebut, “Dekad yang lepas adalah sangat luar biasa, dan  kami rasa terhutang budi terhadap rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong kami. Pesta Muzik CUCKOOTOPIA  adalah cara kami untuk membalas balik kesetiaan dan penghargaan yang diberi pelanggan-pelanggan dan  peminat-peminat kami selama bertahun-tahun. Kami telah menyusun khas barisan artis berbilang bahasa supaya  sesiapa sahaja pun boleh menikmati sambutan dan persembahan yang kami sediakan. Saya juga ingin  mengambil peluang ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua orang dan saya harap anda semua  akan berseronok nanti di Pesta Muzik CUCKOOTOPIA!" 

Pengunjung pesta tersebut akan menikmati sambutan paling besar yang pernah dianjurkan oleh Syarikat ini,  dengan lebih daripada 18,000 orang yang dijangka hadir dan menampilkan barisan artis yang hebat dari pelbagai  latar belakang, termasuklah Duta Jenama CUCKOO Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, dan Phei Yong, bersama artis yang diminati ramai seperti 3P, 蔡恩雨 Priscilla Abby, Siti Nordiana, Joe Flizzow, Tomok, DOLLA,  菲道尔 Firdhaus, dan Bunkface. Sambutan besar-besaran ini mempamerkan kemajuan pesat syarikat ini  sepanjang dekad yang lalu dan komitmennya untuk berkhidmat kepada rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa.

Bagi sesiapa yang berminat, ticket Pesta Muzik CUCKOO boleh dimenangi melalui cara-cara berikut:

  1. Peraduan ‘Beli CUCKOO Menang Kondo’: Beli atau sewa produk CUCKOO yang layak untuk mendapat  peluang memenangi tiket percuma. Tambahan pula, pelanggan yang layak juga akan berpeluang untuk  memenangi sebuah unit apartmen servis di Kondominium EXSIM D’TERRA atau produk CUCKOO yang  lain.
  2. Permainan GrabbyBara: Main permainan yang seronok dan percuma dari CUCKOO di sini, hanya hingga  11 November 2024. Peserta boleh cuba yang terbaik untuk meraih markah tertinggi untuk peluang  memenangi tiket!
  3.  Peraduan Snap to Win: Orang ramai dijemput untuk mengambil gambar kreatif di paparan ulang tahun  istimewa CUCKOO, sebuah Belon Topi Hari Jadi Gergasi di atas kapal terbang CUCKOO di Terminal  Sekinchan, hanya hingga 30 Oktober 2024 dan sebuah Belon Penapis Air Gergasi di LG2, Blue Concourse  di Sunway Pyramid dari 26 Oktober hingga 7 November, untuk mendapat peluang memenangi sepasang  tiket.
  4. CUCKOO Carnival: Kunjungi CUCKOO Carnival di Central i-City, Shah Alam dari 6 - 10 November 2024  untuk tawaran dan hadiah yang tiada tandingan, termasuk tiket ke Pesta Muzik CUCKOOTOPIA. 5. Hadiah daripada Rakan Media Rasmi: Rakan media rasmi Pesta Muzik CUCKOOTOPIA, termasuk Astro dan  stesen radio ERA, MY HITZ, dan GOXUAN, juga akan memberi tiket ke Pesta Muzik CUCKOOTOPIA  kepada pendengar mereka. Pastikan anda mengikuti khabar terkini dari media sosial mereka untuk  berpeluang memenangi tiket. 

Untuk maklumat lanjut tentang inisiatif lain yang juga sebahagian dari sambutan ulang tahun ke-10 CUCKOO  International, termasuk aktiviti yang boleh memberikan peluang untuk memenangi tiket ke Pesta Muzik  CUCKOOTOPIA, sila kunjungi https://www.cuckoo.com.my/10th-anniversary atau berhubunglah dengan  CUCKOO di media sosial (Instagram: @cuckoo_official | Facebook: @CUCKOOInternational). 

Related posts

Izmir dan Bodrum Tersenarai Dalam Panduan MICHELIN di Turki

adminwm

Kecoh Raya

admin

Habbatus Sauda’ Ubat Segala Penyakit Kecuali Mati

adminwm

Leave a Comment