Dalam suntuk waktu yang menghimpit dek bebanan kerja dan rutin kehidupan yang bagai tiada penghujung, kebanyakan kita terpaksa ’mengabaikan’ penjagaan diri terutamanya yang berkaitan dengan kecantikan. Ia mungkin rutin yang dianggap remeh tetap sangat didambakan oleh setiap wanita.


Siapa tidak mahu kelihatan cantik menawan dalam usaha yang mungkin hanya sedikit. Tidak ramai antara kita yang benar-benar rajin dan mampu untuk konsisten serta disiplin dalam menguruskan rutin kecantikan yang mungkin agak rumit. Nah, di sinilah kamu harus bijak! Work smart not hard!
Jenama penjagaan kecantikan dalaman, MetaRevive telah dicipta sebagai peringkat akhir dalam ritual untuk mengatasi dan meremajakan keremajaan dalam dirimu. Ia satu makanan tambahan yang membantu merawat kecantikan diri dari dalam. Tahukah kamu apa ramuan utamanya?

Melawan kerosakan sel – ekstrak manggis adalah antioksidan yang kuat untuk menghalang kerosakan daripada radikal bebas pada tahap sel. Kuasa anti-penuaan kelopak mawar dan serbuk markisa menyokong keserian kulit dan menggalakkan penghasilan kolagen. MetaRevive dirumus dalam makmal saintifik dengan bahan berasaskan tumbuhan yang dipilih dengan teliti untuk memastikan tahap keberkesanan yang optimum.
Lengkapkan pelipis dalaman anda dengan campuran herba hebat yang menyegarkan ini yang akan membuatkan anda berasa bersemangat dan bersedia untuk menjalani kehidupan harian dengan lebih baik. Mudah untuk diambil, praktikal untuk wanita moden hari ini yang sentiasa sibuk. Tersedia dalam pilihan MetaCleanse, MetaBalance, MetaPower dan MetaRevive yang enak dinikmati.

Kebaikan MetaRevive:
- Menyokong kulit dan rambut yang sihat, bersinar
- Penjanaan semula dan penghasilan kolagen
- Menegang dan menganjalkan kulit
- Membantu kesihatan hati
- Meningkatkan fokus dan kejelasan
- Meningkatkan kesihatan usus
- Menambah kekebalan
Cara penyediaan:
- Campurkan satu paket MetaRevive(10g) ke dalam 200ml air atau diambil bersama minuman kegemaran anda. Satu sachet pada waktu tengahari atau malam ketika makan tengahari atau makan malam.