kecantikan

Jurusolek Ayangkamel Kongsi Tips Solekan Raya, Ikut  Tema Baju dan Fabrik

Aidilfitri bakal menjelma tidak lama lagi. Pasti rata-rata sudah pun menyediakan baju Raya dua ke tiga pasang untuk digayakan Syawal nanti dengan pelbagai tema dan padanan. Bagaimana pula dengan perancangan solekan kamu nanti? Solekan wajah juga sama penting untuk menemani lebaranmu yang ceria dan berseri. Barulah sempurna baju dan wajah bergandingan sama.

Solekan hari Raya boleh digayakan dengan pelbagai cara bergantung pada citarasa dan tema yang ingin dicapai. Hari Raya adalah masa untuk tampil lebih ceria dan elegan, jadi solekan anda boleh jadi lebih menyerlah walau dalam konsep natural, sesuai dengan pakaian dan majlis yang dihadiri. Berikut adalah beberapa idea solekan yang boleh digayakan pada Hari Raya:

Tips Umum:

  • Perhatikan Kelembapan Kulit: Pastikan kulit terhidrat dengan baik sebelum memulakan solekan untuk kesan yang lebih segar.
  • Solekan Mata: Sesuaikan solekan mata mengikut bentuk mata anda, jika anda lebih suka menyerlahkan mata, gunakan celak dan maskara yang menonjolkan bentuk mata.
  • Pilih Warna Pakaian: Sesuaikan warna solekan dengan warna pakaian hari Raya. Jika pakaian berwarna cerah atau pastel, solekan nude atau natural lebih sesuai. Jika pakaian anda lebih gelap atau berwarna terang, solekan yang lebih glamor atau bold boleh dipilih.

Majalah WM berkesempatan mendapatkan tips daripada Jurusolek terkenal, Ayangkamell untuk memandu para pembaca mengenai solekan yang sesuai diaplikasikan menemani jenis baju dan fabrik Rayamu.

Baju Kurung

  1. Base: Pilihlah litupan asas yang tepat mengikut kesesuaian jenis kulit , pelembab penting untuk mengekalkan kilauan kulit dan untuk solekan tahan lama.
  2. ⁠Solekan bertemakan Neo-Classic boleh dicuba untuk menemani baju kurung yang berkonsepkan tradisional. 
  3. ⁠Cuba dua warna untuk solekan bibir. Saya sarankan gincu merah jambu untuk digandingkan dengan baju berwarna biru, ungu, putih dan merah lembut. Gincu berona merah garang pula sesuai untuk baju berwarna hitam, hijau, coklat dan sewaktu dengannya.

Baju Kebaya

  1. Saya cadangkan base yang lebih polos dan bertekstur matte supaya ia nampak lebih sederhana dan ayu.
  2. ⁠Inilah masanya mencuba solekan gaya klasik dengan heavy line eyeliner. Bahagian kening digelapkan dan fokuskan garisan yang bertumpu dan kemas.
  3. ⁠Untuk bibir, cubalah warna merah bata gelap, maroon gelap atau ungu gelap dengan tekstur matte.

Kurung kedah

  1. ⁠Sama seperti saranan awal, base perlu dipilih mengikut kesesuaian kulit. Cadangan saya, tekstur kelihatan separa lembab namun tidak nampak berkilat.
  2. ⁠Pembayang mata warna emas berkabut bersama garisan celak berwarna coklat lembut di ratakan agar garisan tidak terlalu menonjol.
  3. ⁠Pilihlah warna bibir dengan tekstur kilatan sheer. Tinggalkan seketika warna yang terlalu nude.

Abaya/Jubah

  1. Sesuai dengan gaya pakaian, pilihlah solekan berinspirasikan gaya Timur Tengah! 
  2. ⁠Garis mata hitam pekat pada keseluruhan luar garis mata dan ‘waterline’ dapat melengkapkan look ini.
  3. ⁠Garisan bibir boleh digelapkan. Manakala pewarna bibir molek menggunakan warna nude berkabut.

Renda

  1. ⁠Tema malar segar lebih sesuai. Kulit wajah semi-matte dan elakkan memberi kontur yang terlalu kuat.
  2. ⁠Warna pembayang mata daripada rona tanah dengan hue yang monokrom boleh dicuba. Perteguhkan maskara utk bulu mata atas atau jika ingin memakai bulu mata palsu sederhana tebal saya luluskan. Caranya, gunting separuh dan pakai di bahagian hujung mata sahaja.
  3. ⁠Apa kata bibir menggunakan warna merah saga yang tidak berkilat. Warna pastel coklat-jingga juga cantik. Jika memilih nude, jangan lupa sapukan gloss di atasnya.

Songket

  1. ⁠Saya sarankan base bertekstur matte paling sesuai.  
  2. ⁠Untuk warna pembayang mata, carilah yang senada dengan warna baju disapu lembut sahaja. Berikan sedikit dimensi dengan menambah hitam kelabu di ekor mata dan di bawah garis mata. Tambah warna emas cerah di bahagian dalam mata. Cuba tambah highlighter di bawah garis kening untuk sedikit elemen retro.
  3. ⁠Gincu berona ungu biji kundang boleh dicuba.

Baldu

  1. Base bertekstur satin atau semi matte lebih menyerlah.
  2. ⁠Alis disikat rapi dan perincikan dengan pomade atau gel khusus untuk kening. Garis rerambut kening dibiarkan sedikit berdiri ala Brooke Shields lewat 80-an. Bahagian mata dilakar hanya menggunakan celak hitam atau coklat gelap tetapi adun lembut. Boleh cuba maskara berwarna biru jika berani.  
  3. ⁠Bibir rona pink lembut berkabut adalah lebih sesuai. 

Satin

  1. Tips saya; base sesuai diseimbangkan dengan fabrik satin adalah jenis bertekstur dewy.
  2. ⁠Warna mata yang elegan dan separa kilat boleh diguna pakai. Elakkan terlalu berkilat, dibimbangi kelihatan seperti berpeluh.
  3. ⁠Gincu :
    • Baju warna gelap → Merah, deep berry, atau terracotta untuk efek elegan.
    • Baju warna pastel → Nude pink, peach, atau soft mauve untuk tampilan feminin.
    • Baju warna metalik → Warna bibir yang lebih warm seperti caramel brown atau nude peach.

Sifon

  1. Tema mekap ala modern-Thai lebih sesuai. Base yang segar dan tidak terlalu dikonturkan adalah pilihan saya. Namun penggunaan highlighter janganlah terlalu tebal. 
  2. ⁠Warna mata boleh dicuba daripada rona peach dan pink kusam dan sedikit berkilat, tapi bukan glitter.
  3. ⁠Warna bibir yang natural dan semi-matte menjadi pilihan terbaik.

Kapas

  1. ⁠Base yang paling sesuai adalah semi-matte, nampak seimbang dengan fabrik kapas.
  2. ⁠Sekali lagi saya memilih solekan mata yang ringkas dengan hanya melukis eyeliner bergaris tebal klasik, tetapi menggunakan celak yang berwarna selain daripada hitam. Boleh mencuba warna seperti biru navy, kuning jagung, maroon dan sebagainya. Kening tidak perlu dipekatkan, cukup sekadar dirapikan sahaja.
  3. ⁠Gincu ‘matte to semi-matte’ adalah selayaknya digabungkan.

Related posts

Me Time, Manjakan Diri

Afiza Kamarulzaman

Leave a Comment