ACARAGAYA HIDUP

Janji RM50 Juta; CIMB Terus Memperkasakan Pendidikan Negara

Datuk Syed Zaid Albar, Pengerusi Kumpulan CIMB (kanan) dan Novan Amirudin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kumpulan CIMB (kiri) menyampaikan sijil Biasiswa CIMB ASEAN kepada Hannah Safiya Abdul Hisham, salah seorang daripada 11 penerima Biasiswa CIMB ASEAN 2025.

Melalui Program Biasiswa CIMB ASEAN, CIMB telah memperkasakan 144 belia berpotensi tinggi di seluruh rantau ini.

Yayasan CIMB (“CIMB” atau “Bank”) telah menjanjikan RM50 juta ke arah melaksanakan inisiatif pendidikan di seluruh rantau ASEAN dalam tempoh lima tahun akan datang (2026-2030), dalam usahanya mengukuhkan objektif CIMB untuk memajukan pelanggan dan masyarakat. Komitmen ini termasuklah menyokong belia menerusi biasiswa dan program pembinaan kapasiti, membolehkan pelajar yang kurang bernasib baik mengakses pendidikan berkualiti dan memacu konsep celik kewangan terutamanya dalam kalangan masyarakat berpendapatan rendah.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan CIMB, Ahmad Shahriman Mohd Shariff berkata, “Pendidikan adalah salah satu pemboleh kemajuan yang paling berkuasa. Dengan komitmen terbesar kami dalam pendidikan setakat ini, kami amat komited untuk memperkasakan generasi pemimpin ASEAN yang akan datang melalui perluasan akses kepada pendidikan berkualiti. Komitmen yang diperbaharui ini adalah cerminan daripada usaha itu, untuk meningkatkan kehidupan anak muda dengan menyediakan akses yang saksama kepada masyarakat yang akan memberi impak kepada program pembelajaran CIMB yang akan meneruskan peluang pembelajaran yang berkesan. Kemahiran penting untuk membuat keputusan tepat, mengukuhkan kesejahteraan kewangan, mengurangkan jurang pendidikan dan memupuk pertumbuhan komuniti yang mampan.”

Selama bertahun-tahun, CIMB telah melabur secara konsisten dalam program pendidikan, pembangunan belia dan pemerkasaan celik kewangan. Hasilnya, ia memberi kesan positif kepada bakat muda di seluruh rantau ini. Melalui biasiswa tersebut, usaha membina kapasiti dan perkongsian kolaboratif, bank telah membantu memupuk bakat berpotensi tinggi, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan membina kesedaran kewangan dalam kalangan belia. Ia turut melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi pemimpin masa depan.

Dari kiri kedua) Ahmad Shahriman Mohd Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan CIMB, Novan Amirudin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kumpulan CIMB, Datuk Syed Zaid Albar, Pengerusi Kumpulan CIMB, dan pemimpin kanan CIMB bersama penerima Biasiswa CIMB ASEAN 2025.

“Sebagai sebahagian daripada komitmen yang lebih luas untuk mencipta impak positif yang berkekalan demi komuniti melalui pendidikan, kami berbangga untuk meneruskan Program Biasiswa CIMB ASEAN tahun ini. Kami berbangga menyaksikan bakat muda yang cemerlang berkembang maju dalam perjalanan akademik mereka, sambil mensejahterakan keluarga dan menyumbang kepada komuniti; bertepatan dengan tujuan CIMB untuk memajukan pelanggan dan masyarakat. Lebih daripada sekadar sokongan kewangan, program ini memupuk landskap yang sesuai untuk tujuan masa hadapan kami, dan bersedia untuk ASEAN. Aspirasi kami adalah untuk terus memupuk sifat kepimipinan hari ini dan esok,” tambahnya.

Seramai 11 cendekiawan dipilih daripada kumpulan yang berdaya saing tinggi dengan lebih 6,000 pemohonan, diiktiraf atas pencapaian cemerlang akademik, kualiti kepimpinan, daya tahan dan ketabahan mereka termasuk individu daripada kelompok B40 dan komuniti yang kurang mendapat peluang. Ini adalah bukti komitmen CIMB dalam menmbantu belia berpotensi tinggi di seluruh ASEAN dengan akses kepada pendidikan tinggi di institusi peringkat tinggi pilihan mereka. Antaranya termasuklah University of Sydney, King’s College London, University of Leeds, University of Southampton, London School of Economics, Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA dan Singapore Management University. Sehingga kini, program biasiswa itu telah memberi manfaat kepada 144 pelajar dengan pelaburan sebanyak RM82.4 juta.

Bidang pengajian sarjana merangkumi pelbagai disiplin seperti Politik, Falsafah dan Ekonomi, Matematik Aktuari, Undang-undang, Alam Sekitar dan Pembangunan Mampan dengan Ekonomi, Psikologi, Pentadbiran Perniagaan, Teknologi Maklumat dan Sains Komputer. Sebagai tambahan kepada sokongan kewangan, setiap sarjana akan digandingkan dengan mentor kerjaya CIMB sepanjang perjalanan akademik mereka, dan akan ditawarkan peluang latihan ketika cuti belajar untuk mendapatkan pengalaman langsung bekerja di CIMB. Selepas tamat pengajian, para sarjana turut berpeluang menyertai program pelatih pengurusan berstruktur CIMB yang dikenali sebagai program The Complete BankerTM. Ia direka untuk memupuk kemahiran mereka, dan menyediakan asas holistik dan kukuh untuk berkembang maju sebagai profesional yang serba lengkap.

Related posts

Keunggulan Alam Semula Jadi: NatureLab Tokyo Kini di Malaysia

adminwm

Iftar MBBC 2025 Zahir Sokongan Kempen Wakaf Al-Quran, Sasar 20000 Naskhah KeBosnia

adminwm

Evolusi Penerbitan Majalah dan Media Digital

Wirda Adnan

Leave a Comment