GAYA HIDUPkesihatan

Habbatus Sauda’ Ubat Segala Penyakit Kecuali Mati

Habbatus Sauda’ sering diamalkan oleh Rasulullah SAW kerana khasiat dan kepentingan dalam tubuh badan. Daripada Abu Hurairah ra, beliau pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Pada habbatus sauda’ terdapat ubat segala penyakit kecuali mati.”

Habbatus sauda’ dan daya ketahanan badan.

Menurut Syilvia Luetjohann dalam bukunya Healing Power of Black Cumin, habbatus sauda’ mempunyai kepekatan lemak tak tepu (polyunsaturated acid.) Dengan adanya lemak sihat ini, beberapa tisu hormon prostaglandins dapat dihasilkan di dalam badan yang dapat berfungsi sebagai anti keradangan dan dapat menyelaraskan sistem imunisasi badan.

Habbatus Sauda’ dan Asma

Habbatus Sauda’ juga mempunyai kesan antihistamine yang digunakan untuk mengawal proses alahan dalam badan dan berfaedah dalam rawatan penyakit asma atau bronchia asthma.

Habbatus Sauda’ dan Kanser

Habbatus sauda’ juga dapat membantu dalam rawatan kanser. Kajian yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Amala Nagar, Kerala, India, mendapati habbatus sauda’ dapat menghalang pertumbuhan sel-sel kanser yang dikenali sebagai ehrlich ascites carcinoma.

Habbatus Sauda’ dan Antibiotik

Kesan antibiotik juga terdapat dalam habbatus sauda’. Pada tahun 1989, satu laporan dimuatkan di dalam Jurnal Farmasi Pakistan yang menyatakan habbatus sauda’ bertindak sebagai bahan antikulat yang berkesan.

Minyak yang terhasil dari habbatus sauda’

Bagaimana Habbatus Sauda’ Merawat?

“Kami keluar dan Ghalib bin Abjar menemani kami. Beliau jatuh sakit dalam perjalanan dan ketika kami tiba di Madinah beliau masih sakit. Ibnu Abi ‘Atiq datang mengunjungi beliau dan berkata kepada kami ubati dia dengan biji jintan hitam. Ambil lima ataupun tujuh biji dan hancurkan (campurkan serbuk dengan minyak) dan titiskan campuran itu ke dalam kedua lubang hidung.'” (Hadis Riwayat Imam Bukhari)

Masalah asma dan bronkial, paru-paru serta jangkitan saluran pernafasan.

  • Satu sudu teh minyak habbatus sauda’ dicampur ke dalam kopi atau teh untuk dua kali sehari / kapsul biji habbatus sauda’ (500 mg) diambil sebanyak tiga kali sehari.
  • Dada digosok dengan minyak habbatus sauda’ setiap malam.
  • Wap minyak habbatus sauda’ yang dicampur dengan air panas disedut dalam keadaan mata tertutup bagi mencegah kesakitan mata.

Sakit belakang dan sengal

  • Sejumlah kecil minyak habbatus sauda’ yang hangat digunakan dengan cara kedua-dua belah tapak tangan diusap dengan cepat dan disapukan pada tempat yang sakit. Digosok dengan sedikit tenaga (tidak terlalu kuat) sambil membaca surah Al-Fatihah.
  • Minyak habbatus sauda’ diminum setiap hari sebanyak satu sudu teh, tiga kali sehari sehingga sembuh.

Batuk dan jangkitan pada tekak

  • Beberapa titis minyak habbatus sauda’ dititiskan ke tempat yang sakit seperti tekak sebelum tidur. Cara ini dilakukan berulang kali sehingga jangkitan ataupun batuk sembuh.
  • Minyak habbatus sauda’disapu pada dada dan belakang badan.
  • Satu sudu makan dicampurkan ke dalam air mendidih dan wap dihirup sebanyak dua kali sehari.
  • Satu sudu minyak habbatus sauda’diminum pada waktu pagi dan malam.

Cirit-birit

  • Satu sudu teh minyak habbatus sauda’ dicampur dengan air panas dan diminum sebanyak dua hingga tiga kali sehari.

Sakit Telinga

  • Minyak habbatus sauda’ dan minyak zaitun dicampur dengan nisbah yang sama, kemudian dititiskan dua atau tiga titis ke dalam telinga.

Influenza dan sesak hidung

  • Beberapa titis minyak habbatus sauda’ dititiskan ke dalam lubang hidung dan disedut. Cara ini membantu bagi meringankan kesakitan sehingga membolehkan kita bernafas dengan lebih mudah.

Kecantikan kulit wajah

  • Minyak habbatus sauda’ dicampurkan dengan minyak zaitun dalam nisbah yang sama. Kemudian digosok pada wajah dan dibiarkan selama satu jam. Selepas sejam dibilas dengan menggunakan air dan sabun.

Kelesuan dan keletihan

  • Satu sudu makan minyak habbatus sauda’ dicampur ke dalam jus limau asli. Kemudian diminum setiap pagi selama 11 hari.

Resdung

  • Beberapa titis habbatus sauda’ dititiskan ke dalam hidung dan disedut perlahan-lahan. Ulang sekiranya perlu dan dalam kes yang teruk, boleh dilakukan sebanyak tiga kali sehari.
  • Wap minyak habbatus sauda’ (campuran satu sudu makan dengan air mendidih) disedut ke dalam hidung dan juga paru-paru sebanyak dua kali sehari. Disarankan pada waktu pagi dan setengah jam sebelum tidur. Mata perlulah ditutup bagi mencegah kesakitan mata.

Sakit gigi dan gusi luka atau bengkak

  • Minyak habbatus sauda’ disapu, dikumur atau diletakkan pada kawasan yang sakit sebelum tidur.

Masalah jangkitan kulit

  • Madu dan minyak habbatus sauda’ dicampur dalam nisbah yang sama. Kemudian disapu pada kawasan yang terkena jangkitan.
  • Sekiranya terkena air ataupun peluh, perlu keringkan dengan segera. Kemudian, campuran minyak habbatus sauda’ dan madu disapu kembali ke kawasan yang terkena jangkitan.

Kesimpulan

Berdasarkan kajian saintifik mengenai minyak habbatus sauda’, dapat disimpulkan bahawa makanan sunnah ini dapat mendatangkan banyak manfaat atas tubuh badan kita. Yakin dan sentiasa berdoa agar setiap penyakit dapat disembuhkan dengan izin Allah.

Sekiranya menjadi amalan, bukan sahaja dapat mendatangkan manfaat kepada diri sendiri juga dapat menghidupkan sunnah Rasulullah SAW.

Diriwayatkan daripada Malik Ibn. Anas, Rasulullah SAW bersabda, “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak akan sekali-sekali akan sesat selama kamu berpegang dengan keduanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnahku.”

Sumber: Internet dan Jabatan Agama Islam

Related posts

Persembahan Memukau Salamiah Hassan di Zebra Showcase

admin

Majlis Pernikahan Imtiaz & Elisa

adminwm

Acara Minum Petang Anya Hindmarch Sempena Meraikan Hari Persahabatan

admin

Leave a Comment