GAYA HIDUP

DINAR WANITA DILANCARKAN PADA MALAM 1000 KEBAYA

Pelancaran DINAR WANITA pada Malam 1000 Kebaya adalah kemuncak kepada pengeluaran produk Emas WCB, edisi pertama Gold Bar dan Gold Coin.

Bermula dengan Gold Coin Limited Edition ( 1gram) iaitu produk emas yang sulung dikeluarkan sempena pelancaran penubuhan WCB pada 29 Mac 2022 oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia (KUSKOP), Tan Sri Noh Omar.  Pada 2024 WCB mengorak langkah mengeluarkan produk emas Gold Bar ( 1 gram ) yang diletakkan di atas rekaan rantai seperti Loket ( pendant) . Gold Coin yang kedua ( 0.5 gram ) yang diletak atas rekaan gelang dan Gold Coin paling kecil ( 0.25 gram) yang diletak di atas rekaan anting-anting .

Lebih menarik sempena Malam 1000 Kebaya, WCB mengeluarkan Gold Coin 0.5 gram tiga keping yang diletak atas rekaan gambar Kebaya seperti dokoh emas yang menjadi lambang keunikan aksesori wanita tradisi Melayu yang dipakai dengan baju kebaya. Produk ini dinamakan Kebaya Gold bagi mengiringi kemuncak kepada pengeluaran produk Gold edisi pertama iaitu DINAR WANITA (4.25 gram) yang diletakkan di atas rekaan leher baju kurung seolah menjadi kerongsang merupakan aksesori yang dipakai dengan Baju Kurung. 

WCB mengeluar Produk Emas yang berkonsepkan barang kemas dan aksesori wanita dan membawa sekali keunikan ciri tradisi budaya bangsa Melayu.  Pelancaran DINAR WANITA dengan iringan KEBAYA GOLD menjadi gimik kemuncak malam itu. WCB mengumumkan tawaran harga menarik iaitu potongan 30% bagi yang membuat Pre Order atau tempahan awal sebelum pelancaran .

 Pada 2024 WCB mengorak mengeluarkan produk emas Gold Bar ( 1gram ) yang diletakan di atas rekaan rantai seperti Loket (pendant) . Gold Coin yang kedua ( 0.5gram) yang diletak atas rekaan gelang dan Gold Coin paling kecil ( 0.25 gram) yang diletak di atas rekaan anting-anting .  

Jual beli emas adalah aktiviti perniagaan WCB ke tiga dan ini adalah permulaan kepada usaha untuk membuka 15 cawangan di seluruh negara di semua Kedai Emas Wanita dan Ar Rahnita.

Related posts

EDMA 2020 Pengiktirafan Kepada Penyanyi

admin

The New 13 Paix

adminwm

Dana RM12,860 Untuk Menyokong Barisan Perubatan

admin

Leave a Comment