GAYA HIDUP

PENDITA HAMKA BERKISAH TENTANG BAHAGIA SUAMI DAN ISTERI

Dalam Islam definisi bahagia adalah jauh lebih luas daripada itu? Dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim disebutkan, “yang namanya kaya (ghina’) bukanlah dengan banyaknya harta (atau banyaknya kemewahan dunia). Namun yang namanya ghina’ adalah hati yang selalu merasa cukup”. Maka, sesungguhnya letak kebahagiaan adalah di dalam hati. Mungkin tidak terlihat secara mata kasar , namun dapat kita rasakan.

Sumber kebahagiaan sejati adalah ketenangan yang kita rasakan di dalam hati. Hal ini merupakan anugerah daripada Allah yang tidak ternilai harganya. Pasti setiap orang menginginkan jiwa yang tenang, yang bebas daripada kerisauan. Sayangnya, tidak semua orang mendapatkan kebahagiaan sejati, salah satu sebabnya kerana melupakan Allah, Dzat yang memberi kebahagiaan dan menciptakan ketenangan di jiwa yang sebenarnya. Ini dijelaskan oleh Allah dalam surat Al Fath ayat 4 yang berbunyi, “Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah lah tentara langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”.

Justeru jika inginkan kebahagiaan di dunia dan akhirat, hendaknya kita mengingat Allah dan senantiasa berdoa memohon kepada Allah. Sungguh tidak ada kebahagiaan sejati yang boleh kita rasakan tanpa rahmat daripada Allah. “Rabbanaa aatinaa fiddunnyaa hasanah, waqinaa ‘adzaa ban naar”.  “Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan hidup di dunia serta kebaikan hidup di akhirat dan jagalah kami daripada siksa api neraka”.

Meneliti karya-karya agung Buya Hamka, beliau banyak menekankan pentingnya cinta dan kasih sayang dalam sebuah rumah tangga. Menurutnya, cinta yang sejati bukan hanya soal perasaan yang romantis semata, tetapi tentang komitmen, pengorbanan, dan keikhlasan. Cinta dalam rumah tangga haruslah tulus, tidak didasarkan pada kepentingan peribadi atau material, melainkan pada niat untuk bersama-sama meraih ridha Allah. Sayugia ditegaskan bahwa cinta dalam rumah tangga akan selalu diuji, baik oleh perbedaan pendapat, situasi ekonomi, mahupun keadaan luar. Dengan adanya kasih sayang yang tulus, kata Hamka, suami istri akan mampu melewati semua ujian tersebut. Kasih sayang juga membabitkan kan sikap saling menghormati dan mengerti. Suami dan isteri harus saling memahami bahwa masing-masing memiliki peranan dan tanggung jawab yang harus dijalankan dengan baik.

Sering yang diabaikan oleh pasangan suami isteri kata Hamka adalah komunikasi yang baik dan terbuka. Ini penting bagi menciptakan hubungan yang harmonis dan meminimalkan terjadinya konflik. Suami isteri harus selalu berbicara dengan penuh kelembutan dan pengertian, tidak saling menyalahkan atau menghakimi. Ketika ada masalah, Hamka mengajarkan pentingnya berbicara dari hati ke hati. Dengan saling mendengarkan dan memahami perspektif masing-masing, suami dan isteri katanya,  akan lebih mudah menemukan jalan yang tepat untuk setiap permasalahan. Sama ada kecil atau besar masalah dihadapi perlu diselesaikan oleh keduanya dan mesti ada kata sepakat. 

Hamka juga mengajarkan pentingnya sabar dan ikhlas dalam menghadapi setiap ujian yang datang dalam rumah tangga. Tidak ada rumah tangga yang sempurna tanpa tantangan. Ujian, baik dari segi ekonomi, kesihatan, maupun hubungan emosional, adalah bagian daripada kehidupan yang harus dihadapi dengan penuh kesabaran. Pasangan suami istri yang mampu bersabar dan ikhlas akan lebih mudah menemukan kebahagiaan. Ketika suami dan isteri saling mendukung dan bersama-sama melewati ujian, hubungan mereka akan menjadi lebih kuat. Tegasnya lagi sabar dan ikhlas menerima setiap kekurangan dan kelebihan pasangan, serta bersedia untuk terus belajar memperbaiki diri demi kebahagiaan bersama.

Rumah tangga yang bahagia adalah rumah tangga di mana suami dan isteri saling menghargai hak dan kewajiban masing-masing. Setiap anggota keluarga punya tanggung jawab yang harus dijalankan. Suami wajib memberikan nafkah dan perlindungan, sementara isteri bertanggung jawab menjaga rumah tangga dan mendidik anak-anak. Meskipun begitu  kata Hamka ada pembagian tugas, yakni pentingnya saling membantu dan bekerja sama. Kebahagiaan dalam rumah tangga tidak akan tercapai jika suami atau isteri merasa terbebani dengan tanggung jawab. Rumah tangga yang bahagia bukanlah rumah tangga yang bebas daripada masalah, melainkan mampu melewati setiap ujian dengan penuh keikhlasan serta komitmen untuk meraih redha Allah.

Kebahagiaan dunia tentu tidak ingin kita rasakan sendirian, melainkan kita juga ingin keluarga kita merasakan kebahagiaan tersebut. Bacalah “Robbanaa hablanaa min aswaajinaa wadurriyyatinaa qurrota ‘ayyuuni waj’alnaa lil muttaqiina imam.” Ertinya, “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”.  Baca juga, “Qul in kuntum tuhibbuunallaha fattabi’uuni yuhbibkumullahu wayaghfirlakum dunuubakum wallahu gafururrahiim”. 

Ertinya, “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi kamu serta mengampuni dosa-dosamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. Doa ini ada dalam surat al Imran ayat 31. 

Tidur berpelukan

  • Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
  • Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.
  • Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada dirumah bersama-samanya.

BACA: 8 Tips Keluarga Bahagia Menurut Islam, dari Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

  • Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
  • Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.
  • Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.
  • Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.
  • Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).
  • Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumahtangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat
  • Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.
  • Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar,seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.
  • Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.
  • Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.
  • Isteri perlu menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.
  • Pasangan yang sudah berusia, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.
  • Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
  • Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.
  • Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.
  • Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.
  • Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.
  • Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga – merapatkan hubungan dan kemesraan.
  • Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.

Related posts

Apakah fenomena biologi (sarcopenia) yang muncul pada manusia apabila mereka sudah tua?

adminwm

9 Cara Mudah dan Murah Untuk Kekal Sihat dan Bahagia

admin

Jangan Main Race Card – Neelofa Patut Salahkan Marketing Agency, Bukan Salahkan Melayu

admin

Leave a Comment