GAYA HIDUPKhas Sindrom Down

SINDROM DOWN TIDAK ADA PENAWAR, 1 DARI 1,000 BAYI DILAHIRKAN SETIAP TAHUN

Sindrom Down, juga dikenali sebagai trisomi 21, ialah gangguan genetik yang disebabkan oleh kehadiran semua atau sebahagian salinan ketiga kromosom 21. Ia biasanya dikaitkan dengan kelewatan pertumbuhan fizikal, ketakupayaan intelektual ringan hingga sederhana, dan ciri-ciri wajah. Rata-rata IQ orang dewasa muda dengan sindrom Down adalah 50, bersamaan dengan kemampuan mental seorang kanak-kanak berusia lapan atau sembilan tahun, tetapi ini boleh berbeza-beza.

Ibu bapa kepada individu yang terjejas biasanya normal secara genetik.Kebarangkalian meningkat daripada kurang daripada 0.1% pada ibu berusia 20 tahun kepada 3% pada mereka yang berumur 45 tahun.Kromosom tambahan dipercayai berlaku secara kebetulan, tanpa diketahui adanya aktiviti tingkah laku atau faktor persekitaran yang mengubah kebarangkalian.Sindrom Down dapat dikenal pasti semasa kehamilan dengan saringan pranatal diikuti dengan ujian diagnostik atau selepas kelahiran dengan pemerhatian langsung dan ujian genetik.Sejak diperkenalkan saringan, kehamilan sindrom Down sering berakhir dengan pengguguran. Pemeriksaan berkala untuk masalah kesihatan yang biasa berlaku pada sindrom Down adalah disarankan sepanjang hidup seseorang.

Tidak ada penawar untuk sindrom Down.Pendidikan dan penjagaan yang betul telah menunjukkan dapat meningkatkan kualiti kehidupan. Sebilangan kanak-kanak dengan sindrom Down dididik di kelas sekolah biasa, sementara yang lain memerlukan pendidikan yang lebih khusus.Sebilangan individu dengan sindrom Down lulus dari sekolah menengah, dan sebilangan kecil mengikuti pendidikan pasca menengah.Pada masa dewasa, sekitar 20% di Amerika Syarikat, mereka melakukan pekerjaan berbayar dalam beberapa kapasiti,dengan banyak memerlukan persekitaran kerja yang terlindung.Sokongan dalam hal kewangan dan perundangan sering diperlukan.Jangka hayat adalah sekitar 50 hingga 60 tahun di negara maju dengan penjagaan kesihatan yang betul.

Di Malaysia, kanak-kanak warganegara Malaysia yang telah disahkan sindrom Down boleh mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia yang memberikan banyak kemudahan.

Sindrom Down adalah salah satu keabnormalan kromosom yang paling biasa pada manusia. Ia berlaku pada kira-kira 1 dari 1,000 bayi yang dilahirkan setiap tahun.Pada tahun 2015, sindrom Down terdapat pada 5.4 juta individu di seluruh dunia dan mengakibatkan 27,000 kematian, turun daripada 43,000 kematian pada tahun 1990.Ia dinamakan sempena doktor Inggeris John Langdon Down, yang sepenuhnya menggambarkan sindrom ini pada tahun 1866.Beberapa aspek keadaan telah dijelaskan sebelumnya oleh psikiatri Perancis Jean-Étienne Dominique Esquirol pada 1838 dan pakar perubatan Perancis Édouard Séguin pada tahun 1844.Punca genetik sindrom Down ditemui pada tahun 1959.

Mereka yang mempunyai sindrom Down mungkin mempunyai sebahagian atau keseluruhan ciri-ciri fizikal berikut: bukaan mata bujur dengan lipatan kulit epikanthik pada sudut dalam mata, hipotonia otot (poor muscle tone), batang hidung leper, satu garis di tapak tangan (juga dikenali sebagai garis simian), lidah terjulur (disebabkan rongga mulut kecil, dan lidah membengkak berhampiran tonsil), leher pendek, tompok putih pada iris dikenali sebagai tompok Brushfield, lentur melampau pada sendi, kecacatan jantung kongenital, jarak melampau antara ibu jari kaki dengan jari berikutnya, a single flexion furrow of the fifth finger, and a higher number of ulnar loop dermatoglyphs. Kebanyakan individu dengan sindrom Down mempunyai kecacatan akal sekitar rendah (IQ 50–70) kepada serdahana (IQ 35–50),with scores of children having Mosaic Down syndrome (explained below) typically 10–30 points higher.Tambahan lagi, mereka dengan sindrom Down berkemungkinan mempunyai kecacatan teruk yang memberi kesan pada mana-mana sistem badan. 

Genetik

Rencana utama: Genetic origins of Down syndrome

Karyotype bagi sindrom Down trisomi. Lihat tiga salinan kromosom 21

Sindrom Down adalah kecacatan kromosom bercirikan kehadiran bahan genetik salinan tambahan pada kromosom 21 manusia, samada keseluruhan (trisomi 21) atau sebahagian (disebabkan translokasi kromosom). Kesan salinan tambahan ini mempunyai perbezaan jelas antara individual, bergantung kepada tahap salinan tambahan, latar belakang genetik, faktor persekitaran, dan peluang rawak. Sindrom Down berlaku pada kesemua populasi manusia, dan kesan seumpamanya telah di dapati pada spesies lain seperti chimpanzee dan tikus. Baru-baru ini, penyelidik telah mencipta tikus transgenik dengan kebanyakan kromosom 21 manusia (tambahan kepada kromosom tikus biasa).Bahan kromosom tambahan datang dalam pelbagai cara berbeza. Kariotipe manusia biasa hadir sebagai 46,XX atau 46,XY, menunjukkan 46 kromosom dengan aturan XX bagi betina dan 46 kromosom dengan aturan XY bagi jantan. 

Trisomi 21

Trisomi 21 (47,XX,+21) disebabkan oleh keadaan kegagalan (nondisjunction) meiosis. Akibat kegagalan ini, gamete (i.e., sel sperma atau telur) dihasilkan dengan tambahan salinan kromosom 21; dengan itu gamete mempunyai 24 kromosom. Apabila bergabung dengan gamete normal daripada pasangannya, embrio kini mempunyai 47 kromosom, dengan tiga salinan kromosom 21. Trisomi 21 adalah punca sekitar 95% sindrom Down yang dikaji, dengan 88% disebabkan oleh kegagalan pada gamete ibu dan 8% disebabkan oleh kecacatan pada gamete bapa. 

Mosaicism

Trisomy 21 biasanya disebabkan sebelum kehamilan, dan kesemua sel dalam badan terjejas. Bagaimanapun, apabila sesetengah sel dalam badan adalah normal dan sesetengah sel mengandungi trisomi 21, ia dikenali sebagai sindrom Down Mosaik (46,XX/47,XX,+21). Ini boleh berlaku dengan dua cara: Keadaan (nondisjunction) pada awal pembahagian sel pada embrio normal mendorong kepada pecahan sel dengan trisomi 21; atau embrio sindrom Down melalui (nondisjunction) dan sesetengah sel pada embrio kembali kepada aturan kromosom normal. Terdapat kepelbagaian pada pecahan trisomi 21, kedua-duanya pada keseluruhan dan sebahagian tisu. Ini merupakan punca 1–2% dari sindrom Down yang dikaji.

Translokasi Robertsonian

Bahan kromosom 21 tambahan yang menyebabkan sindrom Down mungkin disebabkan oleh translokasi Robertsonian. Dalam kes ini, unjuran lengan kromosom 21 melekat pada kromosom lain, seringkali kromosom 14 (45,XX, t(14;21q)) atau ia sendiri (dikenali sebagai isokromosom, 45,XX, t(21q;21q)). Salah cabang (disjunction) biasa mendorong kepada gametes mempunyai peluang besar bagi mencipta gamete dengan tambahan kromosom 21. Sindrom Down translokasi sering kali dirujuk sebagai sindrom Down familial. Ia merupakan punca 2-3% daripada kes sindrom Down yang dikaji. Ia tidak menunjukkan tanda diakibatkan oleh usia ibu, dan berkemungkinan juga disebabkan oleh bapa atau ibu. 

Gadaan sebahagian kromosom

Jarang sekali, kawasan kromosom 21 akan melalui penyalinan. Ini akan mengakibatkan salinan tambahan sebahagian, tetapi bukan kesemua gen pada kromosom 21 (46,XX, dup(21q)).Sekiranya kawasan disalin mempunyai gen yang bertanggung jawab bagi ciri-cir fizikal dan mental sindrom Down, individual tersebut akan menonjolkan ciri-ciri tersebut. Punca ini amat jarang, dan tidak terdapat kadar anggaran kes. 

Insiden

Graf menunjukkan peningkatan peluang sindrom Down berbanding usia ibu.

Kejadian sindrom Down dianggarkan pada 1 setiap 800 hingga 1 setiap 1000 kelahiran. Pada 2006, Pusat Kawalan Penyakit (Center for Disease Control) menganggarkan kadar sehingga 1 setiap 733 kelahiran hidup di Amerika Syarikat (5429 kes baru setiap tahun). Sekitar 95% dari ini adalah trisomi 21. Sindrom Down berlaku di kalangan semua etnik dan semua golongan tahap ekonomi.

Usia ibu memberi kesan kepada risiko kehamilan bayi dengan sindrom Down. Pada ibu berusia 25, risikonya adalah 1/1,250; pada usia 30 risikonya adalah 1/1,000; pada usia 35 risikonya adalah 1/400; pada usia 40 risikonya adalah 1/100; dan pada usia 45 risikonya adalah 1/30.Sungguhpun risiko meningkat dengan usia ibu, 80% kanak-kanak dengan sindrom Down dilahirkan pada wanita bawah usia 35,[37] menunjukkan kesuburan keseluruhan kumpulan usia tersebut. Selain usia ibu, tiada faktor risiko lain diketahui. Tidak terdapat bukti kesan usia pada bapa.

Penyaringan pranatal

Wanita hamil boleh disaring bagi pelbagai kerumitan (komplikasi) semasa kehamilan mereka. Kebanyakan penyaringan pralahir piwaian mampu mengesan sindrom Down. Nasihat genetik serentak dengan ujian genetik, seperti amniocentesis, chorionic villus sampling (CVS), atau ujian darah tali pusat sebelum dipotong (percutaneous umbilical blood sampling (PUBS)) biasanya ditawarkan pada keluarga yang berisiko mendapat anak dengan sindrom Down, atau di mana ujian paralahir yang normal menunjukkan kemungkinan timbul masalah. Penyaringan genetik seringkali dilakukan pada wanita mengandung melebihi 30 atau 35 tahun.

Amniocentesis dan CVS dianggap prosedur menceroboh, dari mana ia membabitkan memasukkan peralatan kedalam uterus, dan dengan itu membawa kemungkinan kecil risiko menyebabkan kecederaan fetus atau keguguran. Terdapat beberapa penyaringan tidak-menceroboh biasa yang boleh mengesan samaada fetus mempunyai sindrom Down. Ini biasanya dilakukan pada akhir tempoh sepertiga kehamilan (trimester) pertama atau awal tempoh dua pertiga kehamilan. Disebabkan cara penyaringan, setiapnya mempunyai peluang yang ketara bagi kesilapan positif, mencadangkan fetus mempunyai sindrom Down sedangkan fetus tidak mempunyai kecacatan genetik. Penyaringan positif perlu disahkan sebelum diagnosis sindrom Down dilakukan. Prosedur penyaringan biasa bagi sindrom Down diberikan pada jadual Table.

SUMBER WIKIPEDIA

Related posts

dUCk Meraikan Ulang Tahun ke-8 dengan Pameran Pop-up dan Koleksi Baharu di Bukit Bintang

adminwm

Siapa Will Smith?

adminwm

LG Electronics Malaysia Releases Life’s Good Music Video Featuring

adminwm

Leave a Comment