Hiburan

Legasi, Bakat dan Bayang Nama Besar

Fenomena ‘Baby Nepo’ Dalam Industri Hiburan Malaysia

Pepatah Melayu pernah mengungkapkan, “ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.” Dalam dunia seni pula, ungkapan itu kini muncul dalam wajah yang lebih moden — baby nepo.

Istilah yang semakin popular di media sosial itu merujuk kepada anak-anak selebriti atau individu terkenal yang memulakan kerjaya dengan kelebihan nama keluarga. Jika suatu ketika dahulu industri hiburan pernah dipenuhi fenomena “artis segera”, hari ini pentas seni pula menyaksikan kebangkitan generasi baharu yang lahir bersama legasi. Mereka bukan sekadar membawa impian, malah membawa satu nama yang sudah lebih awal dikenali masyarakat.

Fenomena ini menjadi semakin ketara apabila program realiti seperti Talk To My Manager (TTMM) memperkenalkan lebih ramai wajah muda daripada keluarga seni. Nama-nama seperti Odda atau Auddra, anak kepada Sharifah Shahira dan Ijoy, Ammara, puteri sulung Azad Jazmin dan Eira Syazira, serta Ammar Haikal, anak tunggal Ameng Spring, hanyalah sebahagian daripada generasi yang mula melangkah ke pentas hiburan.

Tidak terhenti di situ, perhatian juga kini tertumpu kepada Azeva, anak kepada Datuk A. Aida dan Ameng, Mila Mohsin, puteri kepada Puan Sri Tiara Jacquelina dan Allahyarham Hani Mohsin, Zaki Yamani dan Osama Yamani, anak-anak Datuk Jamal Abdillah, selain Anggrek, Merrah, Umai dan Thalita anak kepada Shuib dan Allahyarham Siti Sarah yang masing-masing membawa nama keluarga yang cukup besar dalam dunia seni tanah air.

Hakikatnya, mereka hadir dengan satu kelebihan yang tidak dimiliki kebanyakan bakat baharu — perhatian masyarakat sudah tersedia sebelum karya pertama dipersembahkan.

Namun, di sinilah perdebatan bermula.

Adakah mereka benar-benar menikmati budaya nepotisme, atau sekadar mewarisi peluang yang datang bersama keluarga?

Jawapannya mungkin tidak semudah “ya” atau “tidak”.

Tidak dapat dinafikan, nama besar membuka pintu yang lebih mudah. Dalam era digital yang dikuasai algoritma media sosial, jumlah pengikut, nilai komersial dan pengaruh keluarga sering menjadi faktor penting dalam keputusan syarikat rakaman, penerbit mahupun penaja. Nama yang sudah dikenali memberi jaminan perhatian, dan perhatian pula sering diterjemahkan kepada nilai ekonomi.

Namun perhatian bukanlah tiket kepada kejayaan yang berkekalan.

Industri hiburan sentiasa menjadi pentas yang adil dalam satu perkara — penonton akhirnya akan memilih bakat. Nama mungkin membuka pintu, tetapi hanya kemampuan mampu memastikan pintu itu terus terbuka.

Sejarah industri hiburan Malaysia sendiri membuktikan perkara itu.

Jauh sebelum istilah baby nepo menjadi trend global, Malaysia sudah lama melahirkan generasi kedua dan ketiga dalam dunia seni. Allahyarham Siti Sarah misalnya merupakan anak kepada penyanyi Raisuddin Hamzah. Syamsul Yusof pula membesar dalam keluarga seni bersama Datuk Yusof Haslam sebelum muncul sebagai antara pengarah filem paling berjaya di negara ini. Kumpulan Pita Hati turut diasaskan oleh anak-anak Datuk M. Nasir yang memilih untuk membina identiti muzik mereka sendiri.

Lebih awal daripada itu, industri turut menyaksikan kejayaan Anita Sarawak dan Noor Kumalasari, Ogy Ahmad Daud, Faizal Hussien, Liza Aziz serta Azlina Aziz — semuanya hadir daripada keluarga seni, namun akhirnya dikenali kerana hasil kerja mereka sendiri.

Mereka mungkin bermula dengan nama keluarga, tetapi kekal kerana bakat.

Di sinilah perbezaan antara legasi dan nepotisme.

Legasi ialah warisan pengalaman, disiplin dan kecintaan terhadap seni yang dipelajari sejak kecil. Anak-anak ini membesar di belakang pentas, di studio rakaman, di lokasi penggambaran dan di konsert. Mereka melihat secara langsung bagaimana ibu bapa mereka bekerja keras membina kerjaya.

Nepotisme pula berlaku apabila peluang diberikan semata-mata kerana hubungan kekeluargaan tanpa mengambil kira kemampuan.

Dalam banyak keadaan, kedua-duanya sering bercampur sehingga sukar dipisahkan.

Yang lebih menarik untuk direnungkan ialah persoalan yang lebih besar daripada sekadar “anak siapa paling berbakat”.

Adakah industri hiburan hari ini semakin bergantung kepada jenama keluarga kerana ia lebih mudah dipasarkan? Adakah penerbit dan syarikat rakaman lebih selesa mempertaruhkan nama yang sudah mempunyai pengikut, berbanding memberi ruang kepada bakat baharu yang bermula dari kosong?

Dalam dunia hiburan yang semakin kompetitif, risiko kewangan menjadi semakin besar. Nama terkenal memberi sedikit jaminan kepada pelaburan. Namun jika kecenderungan ini berterusan, industri mungkin kehilangan ramai bakat luar biasa yang tidak mempunyai saluran untuk menyerlah.

Setiap generasi memerlukan wajah baharu yang lahir daripada pelbagai latar belakang. Dunia seni sentiasa berkembang apabila peluang diberikan kepada mereka yang membawa idea segar, bukan semata-mata nama besar.

Akhirnya, sama ada seseorang itu lahir sebagai anak selebriti atau tidak, penonton tetap menjadi hakim paling jujur.

Populariti boleh diwarisi. Perhatian media boleh dipinjam. Nama keluarga boleh membuka pintu.

Tetapi penghormatan terhadap seorang anak seni hanya akan lahir apabila bakat, disiplin, kerja keras dan kejujuran berkarya berbicara lebih lantang daripada nama yang tertera pada sijil kelahiran.Legasi, Bakat dan Bayang Nama Besar

Fenomena ‘Baby Nepo’ Dalam Industri Hiburan Malaysia

Pepatah Melayu pernah mengungkapkan, “ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.” Dalam dunia seni pula, ungkapan itu kini muncul dalam wajah yang lebih moden — baby nepo.

Istilah yang semakin popular di media sosial itu merujuk kepada anak-anak selebriti atau individu terkenal yang memulakan kerjaya dengan kelebihan nama keluarga. Jika suatu ketika dahulu industri hiburan pernah dipenuhi fenomena “artis segera”, hari ini pentas seni pula menyaksikan kebangkitan generasi baharu yang lahir bersama legasi. Mereka bukan sekadar membawa impian, malah membawa satu nama yang sudah lebih awal dikenali masyarakat.

Fenomena ini menjadi semakin ketara apabila program realiti seperti Talk To My Manager (TTMM) memperkenalkan lebih ramai wajah muda daripada keluarga seni. Nama-nama seperti Odda atau Auddra, anak kepada Sharifah Shahira dan Ijoy, Ammara, puteri sulung Azad Jazmin dan Eira Syazira, serta Ammar Haikal, anak tunggal Ameng Spring, hanyalah sebahagian daripada generasi yang mula melangkah ke pentas hiburan.

Tidak terhenti di situ, perhatian juga kini tertumpu kepada Azeva, anak kepada Datuk A. Aida dan Ameng, Mila Mohsin, puteri kepada Puan Sri Tiara Jacquelina dan Allahyarham Hani Mohsin, Zaki Yamani dan Osama Yamani, anak-anak Datuk Jamal Abdillah, selain Anggrek, Merrah, Umai dan Thalita yang masing-masing membawa nama keluarga yang cukup besar dalam dunia seni tanah air.

Hakikatnya, mereka hadir dengan satu kelebihan yang tidak dimiliki kebanyakan bakat baharu — perhatian masyarakat sudah tersedia sebelum karya pertama dipersembahkan.

Namun, di sinilah perdebatan bermula.

Adakah mereka benar-benar menikmati budaya nepotisme, atau sekadar mewarisi peluang yang datang bersama keluarga?

Jawapannya mungkin tidak semudah “ya” atau “tidak”.

Tidak dapat dinafikan, nama besar membuka pintu yang lebih mudah. Dalam era digital yang dikuasai algoritma media sosial, jumlah pengikut, nilai komersial dan pengaruh keluarga sering menjadi faktor penting dalam keputusan syarikat rakaman, penerbit mahupun penaja. Nama yang sudah dikenali memberi jaminan perhatian, dan perhatian pula sering diterjemahkan kepada nilai ekonomi.

Namun perhatian bukanlah tiket kepada kejayaan yang berkekalan.

Industri hiburan sentiasa menjadi pentas yang adil dalam satu perkara — penonton akhirnya akan memilih bakat. Nama mungkin membuka pintu, tetapi hanya kemampuan mampu memastikan pintu itu terus terbuka.

Sejarah industri hiburan Malaysia sendiri membuktikan perkara itu.

Jauh sebelum istilah baby nepo menjadi trend global, Malaysia sudah lama melahirkan generasi kedua dan ketiga dalam dunia seni. Allahyarham Siti Sarah misalnya merupakan anak kepada penyanyi Raisuddin Hamzah. Syamsul Yusof pula membesar dalam keluarga seni bersama Datuk Yusof Haslam sebelum muncul sebagai antara pengarah filem paling berjaya di negara ini. Kumpulan Pita Hati turut diasaskan oleh anak-anak Datuk M. Nasir yang memilih untuk membina identiti muzik mereka sendiri.

Lebih awal daripada itu, industri turut menyaksikan kejayaan Anita Sarawak dan Noor Kumalasari, Ogy Ahmad Daud, Faizal Hussien, Liza Aziz serta Azlina Aziz — semuanya hadir daripada keluarga seni, namun akhirnya dikenali kerana hasil kerja mereka sendiri.

Mereka mungkin bermula dengan nama keluarga, tetapi kekal kerana bakat.

Di sinilah perbezaan antara legasi dan nepotisme.

Legasi ialah warisan pengalaman, disiplin dan kecintaan terhadap seni yang dipelajari sejak kecil. Anak-anak ini membesar di belakang pentas, di studio rakaman, di lokasi penggambaran dan di konsert. Mereka melihat secara langsung bagaimana ibu bapa mereka bekerja keras membina kerjaya.

Nepotisme pula berlaku apabila peluang diberikan semata-mata kerana hubungan kekeluargaan tanpa mengambil kira kemampuan. Dalam banyak keadaan, kedua-duanya sering bercampur sehingga sukar dipisahkan.

Yang lebih menarik untuk direnungkan ialah persoalan yang lebih besar daripada sekadar “anak siapa paling berbakat”.

Adakah industri hiburan hari ini semakin bergantung kepada jenama keluarga kerana ia lebih mudah dipasarkan? Adakah penerbit dan syarikat rakaman lebih selesa mempertaruhkan nama yang sudah mempunyai pengikut, berbanding memberi ruang kepada bakat baharu yang bermula dari kosong?

Sesungguhnya dunia hiburan kini semakin kompetitif, risiko kewangan pastinya menjadi semakin besar. Nama terkenal memberi sedikit jaminan kepada pelaburan namun jika kecenderungan ini berterusan, industri mungkin kehilangan ramai bakat luar biasa yang tidak mempunyai saluran untuk menyerlah.

Setiap generasi memerlukan wajah baharu yang lahir daripada pelbagai latar belakang. Dunia seni sentiasa berkembang apabila peluang diberikan kepada mereka yang membawa idea segar, bukan semata-mata nama besar.

Akhirnya, sama ada seseorang itu lahir sebagai anak selebriti atau tidak, penonton tetap menjadi hakim paling jujur. Populariti boleh diwarisi. Perhatian media boleh dipinjam. Nama keluarga boleh membuka pintu. Tetapi penghormatan terhadap seorang anak seni hanya akan lahir apabila bakat, disiplin, kerja keras dan kejujuran berkarya berbicara lebih lantang daripada nama yang tertera pada sijil kelahiran.

Related posts

CHARLY VAN HOUTEN & DALAM LINGKARAN YANG TERPILIH

Wirda Adnan

Drama Original iQIYI ‘Sorry Naik Lori’ Meraih Drama Melayu   #1

adminwm

Tiga Aura, Satu Malam Penuh Magis

Wirda Adnan

Leave a Comment