Menyingkap Bagaimana Makanan Harian Menjadi Kenangan, Terapi, Penghubung dan Lambang Kasih Sayang Bagi Rakyat Malaysia
Di rumah-rumah rakyat Malaysia, makanan yang menenangkan bukan sekadar resipi — ia adalah satu perasaan. Ia adalah kegembiraan menghidupkan semula hidangan kegemaran zaman kanak-kanak, kehangatan memasak untuk insan tersayang, dan kepuasan tenang ketika menyediakan makanan untuk diri sendiri. Dalam suasana pasca pandemik, semakin ramai rakyat Malaysia beralih kepada memasak di rumah bukan sekadar kerana keperluan, tetapi sebagai sumber kegembiraan, kreativiti dan hubungan.


Inilah yang menjadi teras kepada kempen Find Joy in Cooking, yang direalisasikan melalui #EmborgComfortFood, satu kempen seluruh negara oleh Emborg yang mengajak rakyat Malaysia berkongsi kisah makanan keselesaan mereka. Lebih daripada 300 rakyat Malaysia telah membuka dapur dan hati mereka, mencerminkan ribuan minit kegembiraan yang diadun, dibakar dan ditumis — serta mendedahkan hubungan peribadi dan budaya yang mendalam dengan makanan, melangkaui sekadar bahan-bahan masakan.
Kempen ini membongkar cara rakyat Malaysia mengaitkan diri dengan makanan keselesaan:
91% memasak untuk insan tersayang, menunjukkan bahawa makanan sering menjadi simbol kasih sayang — satu cara untuk menjaga keluarga, pasangan, atau anak-anak.
47% memasak bersendirian, menonjolkan makanan keselesaan sebagai satu bentuk penjagaan diri, kenikmatan, atau pengurusan emosi.
Empat daripada lima hidangan keselesaan adalah makanan panas, daripada semangkuk sup berkrim hinggalah roti bakar hangat.
Satu daripada dua menyediakan makanan dalam kuantiti besar untuk dikongsi, menjadikan waktu makan satu detik kebersamaan.
42% mengaitkan hidangan dengan kenangan peribadi, sama ada dari dapur zaman kanak-kanak, pengalaman mengembara, atau saat-saat yang memberi rasa tenang dan selamat.
Lebih daripada angka-angka ini, rakyat Malaysia menggambarkan makanan keselesaan dengan frasa seperti “rasa seperti pelukan”, “menghangatkan jiwa”, dan “tidak mewah, tetapi penuh kasih sayang”, membuktikan bahawa makanan keselesaan di sini ditentukan oleh emosi, bukan kerumitan. Kebanyakan hidangan dibuat dengan bahan-bahan asas yang mudah—seperti roti bakar keju atau sup brokoli berkrim—namun membawa makna yang sangat mendalam.
“Melalui kempen ini, kami melihat bagaimana makanan menjadi bahasa kasih sayang,” kata Felix Ewe, Pengurus Negara Emborg Malaysia. “Ia bukan hanya tentang berkongsi resipi, tetapi tentang menemui semula kuasa emosi dalam makanan dan meraikan kisah di sebalik setiap hidangan. Kami berbangga dapat menyokong rakyat Malaysia meneroka maksud makanan keselesaan bagi mereka dan menjadi sebahagian daripada perjalanan dapur harian mereka.”

Makanan Keselesaan Malaysia, Dihasilkan Secara Tempatan
Makanan keselesaan di Malaysia adalah sepelbagai rakyatnya. Di sebalik pelbagai penyertaan, satu elemen yang konsisten adalah familiarity, bukan bahan tertentu—hidangan panas dan berperisa yang dibina daripada bahan asas harian. Walaupun keju bukanlah bahan tradisional dalam masakan tempatan, ramai peserta kreatif menggabungkannya dalam resipi sedia ada, dipadankan dengan rempah dan tekstur berani yang mencerminkan cita rasa tempatan.
Daripada penyertaan yang diterima, satu corak ketara muncul: hidangan sering menggabungkan karbohidrat seperti nasi, mi atau roti dengan tekstur berkrim dan elemen berasa umami — trio yang ramai rakyat Malaysia anggap sebagai definisi sebenar makanan keselesaan. Tomato (23%) dan cendawan (20%) adalah antara bahan yang paling kerap digunakan, bukan sahaja kerana rasanya tetapi juga kesesuaiannya dengan produk tenusu. Selain itu, terdapat kecenderungan menggunakan herba dan bahan aromatik tempatan seperti pandan, serai, daun kari, dan selasih, menyerlahkan rasa yang berpaksikan akar tempatan.
Sesetengah tukang masak rumah turut mencuba gabungan unik, seperti roti bakar kaya keemasan atau kerang buttermilk, mengingatkan kita bahawa makanan keselesaan boleh menjadi nostalgik, kreatif dan sangat Malaysia, dalam satu masa yang sama.
“Tanya mana-mana rakyat Malaysia tentang maksud makanan keselesaan, dan anda mungkin akan dengar tentang nasi, mi, atau sesuatu yang berkrim dan hangat. Ia kaya karbohidrat, padat rasa, dan sangat peribadi. Sebagai seorang chef, saya belajar bahawa makanan keselesaan tidak ditentukan oleh teknik, tetapi oleh sejauh mana ia terasa dikenali. Walaupun hidangan paling ringkas — sama ada resipi keluarga dengan sentuhan keju atau semangkuk mi panas — boleh menyentuh hati. Kegembiraan di dapur tidak semestinya datang daripada kerumitan. Selalunya, makanan harian lah yang paling bermakna,”
ujar Chef Selebriti Nik Michael Imran, yang juga Chef Professional Wilayah Emborg.

Di luar soal rasa dan kebiasaan, kempen ini turut menunjukkan perubahan gaya hidup rakyat Malaysia yang semakin menghargai masa bersendirian — dengan dapur menjadi ruang peribadi untuk reset diri. Menyediakan makanan keselesaan kini menjadi ritual yang sedar untuk memperlahankan rentak, menenangkan emosi, menangani tekanan, dan pada masa tertentu, memanjakan diri. Bagi sesetengah individu, dapur juga menjadi kanvas ekspresi diri — untuk mengimbas kenangan atau mencabar diri dengan apa sahaja yang ada di dapur.
Selama hampir 80 tahun, Emborg telah menjadi teman dapur yang dipercayai oleh rakyat Malaysia. Dengan produk tenusu berkualiti tinggi yang membawa kesederhanaan dan kekayaan rasa dalam hidangan harian, Emborg terus memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk memasak dengan yakin dan penuh kegembiraan.
Jom Masak Bersama Emborg

Masakan saya tidak teruja menerima jemputan yang satu ini, ‘Find Joy In Cooking’ kerana sudah beberapa hari saya memikirkan masakan apa yang mahu saya sediakan untuk sambutan hari jadi cucuanda, Eeman, 1 Oktober, setahun usianya. Kerana tetamunya bukan sahaja budak kecil bersama mak ayah mereka tetapi juga adik abang, kakak, yang kesemuanya boleh memakan masakan sama. Itu yang saya mahu hidangkan.
Warna ungu menghidupkan ruang tamu selari dengan konsep EmborgComfortFood. Satu sudut disediakan sarapan ringkas sebelum majlis bermula.
Setelah berjaya mengadakan kempen mengajak lebih 300 rakyat Malaysia membuka dapur di rumah masing-masing dan berkongsi kisah makanan mereka lalu Emborg mengajak kami kalangan media khasnya, untuk memasak sendiri. Insan penting yang menunggu di dapur Simphony ialah Chef Nik Michael Imran, Chef Professional Wilayah Emborg. Chef dengan pengalaman dan kepakarannya yang akan membantu kami yang tidak pandai memasak, bersama bahan disediakan oleh Emborg. Sebut Emborg semua tahu jenama yang dikenali dengan produk tenusu berkualiti tinggi.
Siap masak, dipek, supaya boleh berkongsi dengan keluarga di rumah. Air tangan si ibu pasti sedap.
Dan di ruang makan bertema hiasan ungu, hidangan lazat pula menunggu kami untuk makan tengah hari. Pastinya aneka pasta dan pizza antara hidangannya.
Hendak tahu apa yang kami sendiri masak, sila check resipi di bawah. Jangan lupa untuk mencuba. Yang penting sedap dan senang amat cara menyediakannya. Yang tidak pandai memasak pun boleh jadi ‘chef’ untuk ahli keluarga sendiri. Lupakan makanan yang asyik dipesan dari luar dan tidak pasti pun ia sedap. Selamat mencuba!

Bahan-bahan untuk (dua hidangan)
- Pasta Berkrim Tomato dan Udang/Ayam Salai
- 250 g Pasta pilihan anda
- 80 g Emborg Mentega Tanpa Garam
- 2 ulas Bawang putih (dicincang halus)
- (Pilihan) 2 biji cili padi merah kecil, dicincang halus
- 60 g Pes tomato
- 400 ml Emborg Krim Masakan
- Garam dan lada hitam, secukup rasa
- 140 g Udang mentah (dikupas dan dicincang) / Ayam salai
- 24 g Daun kucai segar (dicincang halus)
- 75 g Emborg Keju Parmesan parut, lebihkan untuk topping jika suka
Cara Penyediaan:
- Rebus pasta pilihan anda dalam air panas yang telah digarami. Masak sehingga al dente. Simpan sedikit air rebusan pasta, kemudian toskan.
- Dalam kuali atas api sederhana, cairkan mentega tanpa garam. Masukkan bawang putih dan cili padi yang telah dicincang (jika guna). Tumis selama kira-kira seminit hingga naik bau, berhati-hati agar bawang putih tidak hangus.
- Masukkan pes tomato dan masak selama 1–2 minit sambil dikacau hingga warnanya menjadi lebih gelap dan beraroma.
- Tuangkan Emborg Krim Masakan dan kacau rata hingga menjadi sos yang licin. Perasakan dengan garam dan lada hitam secukupnya.
- Masukkan pasta yang telah dimasak ke dalam sos krim tomato. Tambahkan Emborg Keju Parmesan Parut dan kacau sehingga keju cair sepenuhnya. Tambah sedikit air pasta jika perlu untuk menjadikan sos lebih berkrim dan sebati.
- Dengan api masih kecil, masukkan daun kucai dan udang mentah/ayam salai. Masak hingga udang berubah warna menjadi putih dan tidak lagi lutsinar atau ayam salai panas sepenuhnya.
- Hidangkan segera semasa masih panas dan berkrim. Selamat menjamu selera!
NO-BAKE CHEESECAKE DALAM BALANG (Untuk 4 hidangan)
Bahan-bahan:
- 50 g Emborg Mentega Tanpa Garam, dicairkan
- 170 g Biskut Digestive / Biscoff
- 400 ml Emborg Krim Putar (Whipping Cream)
- 400 g Emborg Krim Keju, suhu bilik
- 110 g Gula pasir
- 52 g Emborg Krim Masam (Sour Cream)
- 1.5 sudu kecil Jus lemon
- 1 sudu kecil Esen vanila
Topping pilihan:
- Ganache coklat, Sos strawberi, Karamel masin
Hiasan:
- Daun pudina, buah beri segar, kekacang, taburan manis
Cara Penyediaan:
- Masukkan biskut Digestive/Biscoff ke dalam beg ziplock, tutup rapat dan keluarkan udara sebanyak mungkin. Letakkan beg di permukaan rata dan tekan dengan penggelek hingga biskut hancur mengikut tekstur yang diinginkan (sama ada halus atau berketul).
- Cairkan mentega Emborg dalam periuk kecil.
- Dalam mangkuk, campurkan biskut yang dihancurkan dengan mentega cair. Sudukan satu sudu besar ke dalam setiap balang. Ketepikan.
- Dengan menggunakan pengadun tangan dan pemukul, putar Emborg Krim Putar yang sejuk hingga menjadi kental (stiff peaks) pada kelajuan sederhana-tinggi selama 3-4 minit. Ketepikan.
- Dengan pengadun berdiri dan pemukul rata, pukul Emborg Krim Keju, gula, Emborg Krim Masam, jus lemon, dan esen vanila pada kelajuan sederhana-tinggi hingga adunan licin dan berkrim.
- Gunakan spatula untuk kaup balik krim putar ke dalam adunan krim keju hingga sebati.
- Masukkan adunan ke dalam beg piping dan paipkan ke atas lapisan biskut dalam balang.
- Tambahkan topping dan hiasan di atas lapisan keju.
- Tutup dan sejukkan sekurang-kurangnya 2 jam. Sedia untuk dihidang dan dinikmati!
