SANA-SINI

BMW X7 xDrive40i M Sport

BMW Malaysia perkenal varian M Sport bagi famili jentera mewah BMW X7.

Pengeluar kenderaan premium meluaskan lagi portfolio kenderaan SAV (Sports Activity Vehicle) serba mewah miliknya yang dipasang di dalam negara dengan varian BMW X7 yang baharu, menyusuli varian eksklusif Pure Excellence yang dirangkaikan sebelum ini.

Kuala Lumpur, 19 Oktober 2022 – BMW Malaysia telah memperkenalkan varian M Sport bagi jentera BMW X7, menawarkan pengguna iterasi “The President” serba baharu yang kini lebih berpandukan prestasi. BMW X7 xDrive40i M Sport baharu menambah rencah dinamik dan keagresifan pada barisan jentera BMW X7 yang sinonim dengan keelegenan dan keluasan.

Dipasang di Malaysia, BMW X7 xDrive40i M Sport turut hadir dengan pakej M Aerodynamics sebagai standard, membekalkan SAV mewah ini iras yang lebih lasak dan garang. Lalu ia disempurnakan dengan rangkuman set roda 758 M Alloy bersaiz 22 inci, di samping brek M Sport dan garisan eksterior aluminium ‘Individual’.

BMW X7 xDrive40i M Sport baharu dikuasakan oleh enjin enam silinder sebaris dengan pengecas turbo berkembar dan kapasiti 3.0 liter, yang mampu menjana 340 kk serta 450 Nm tork, dan ia digandingkan dengan Transmisi Automatik Sport 8 Kelajuan. Rangkuman yang menjadi tumpuan dalam BMW X7 juga turut dibawakan oleh varian baharu ini, ia meliputi fungsi Executive Drive Pro, Integral Active Steering dan sistem pacuan semua roda xDrive. Varian SAV premium terbaru ini juga mengekalkan konfigurasi tujuh tempat duduk, Bumbung Kaca Panorama, BMW Laserlight, serta BMW Display Key.

Di dalam, BMW X7 xDrive40i M Sport masih membawakan aneka komponen yang diperbuat daripada kaca di konsol sentral, selain sistem bunyi keliling Harman Kardon dan BMW Live Cockpit Professional untuk sentuhan kemewahan – disinambungkan dengan rangkuman stereng berkulit M Sport yang terbaru. Trim kayu halus dalam rona hitam yang serba baharu juga boleh dilihat menghiasi ruang kabin.

Penumpang dapat terus menikmati upholsteri kulit tulen Vernasca yang serba mewah, disediakan dalam tiga warna istimewa: Vernasca Cognac, Vernasca Coffee dan Vernasca Black. Malah pemilik Malaysia juga masih dapat memanfaatkan fungsi Bantuan Memandu dengan Kawalan Luncur Aktif dan fungsi Mula & Henti, di samping Parking Assistant Plus yang didatangkan bersama seunit kamera 360˚.

Tawaran warna bagi jentera BMW X7 xDrive40i M Sport baharu merangkumi Black Sapphire, Mineral White dan Manhattan Metallic. Manakala warna Arctic Grey Brilliant Effect pula ditawarkan secara eksklusif bagi varian M Sport ini sahaja.

Program pembiayaan dinamik.

Dengan ‘Easy Drive Financing Plan’ yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, BMW X7 xDrive40i M Sport baharu boleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan yang bermula daripada RM 8,800.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh lima tahun).

Pengalaman pemilikan premium yang menyeluruh. Pemilik jentera BMW X7 xDrive40i M Sport terbaharu ini juga dapat menikmati Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia, ia meliputi:

• Waranti Tanpa Had Perbatuan Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis

Berjadual Percuma

• Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kemalangan oleh BMW

• Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – Kad Keistimewaan BMW

• Servis Dalam Talian BMW

Related posts

BMW Malaysia Meraikan Ulang Tahun BMW M ke-50 Bersama Lima Kenderaan Berprestasi tinggi

adminwm

How AI Transforms Your Creativity With the Galaxy S23 Ultra’s Signature Camera

adminwm

SneakerLAH

adminwm

Leave a Comment