cantik dengan cara tersendiri. Kini, pilihan pengguna beralih daripada perkhidmatan kecantikan dan kesihatan yang menawarkan pelan generik kepada penjagaan diri yang unik dan diperibadikan. Ini kerana keperluan penjagaan kulit berubah disebabkan gaya hidup, hormon, atau peningkatan usia. Justeru, Bare Skin Facial + Laser Bar (Bare Skin) memainkan peranannya dengan menawarkan penyelesaian penjagaan kulit yang diperibadikan bagi memperkasakan penjagaan kulit di Malaysia. Ia penyedia penjagaan kulit yang menyatukan teknologi AI canggih dengan sokongan pengetahuan pakar.
Sejak ditubuhkan pada Ogos 2023 oleh Ena Cesir, Bare Skin telah komited menawarkan rakyat Malaysia rawatan inovatif dan diperibadikan bagi memenuhi kenaikan permintaan dalam penjagaan kulit. Pada mulanya, ia hanya beroperasi di Jalan Telawi Bangsar. Namun, apabila pelanggan kian bertambah, mereka membuka cawangan kedua di Taman Tun Dr. Ismail, dan bakal membuka cawangan ketiga di Subang Jaya.
Dengan menyatukan teknologi penjagaan kulit AI yang canggih dan pengalaman manusia, Bare Skin menyediakan rawatan yang selamat, berkesan dan diperibadikan bagi merawat profil kulit unik setiap pelanggan. Ini membolehkan Bare Skin menyampaikan pelan rawatan yang mampu memenuhi keperluan penjagaan kulit yang dinamik, sekali gus memastikan pelanggan mendapat penjagaan yang paling relevan dan berkesan untuk cabaran kulit biasa seperti pori besar, parut, kusam, pigmentasi dan kelonggaran kulit.
Pendekatan inovatif Bare Skin bermula dengan sesi analisis kulit komprehensif yang berasaskan AI. Proses ini melibatkan pengumpulan sejarah perubatan dan gaya hidup melalui soal selidik bagi mengenal pasti dua masalah kulit utama, dan menjalankan imbasan AI bagi menilai sembilan parameter kulit serta menentukan usia kulit. Kemudian, rawatan akan dirancang berdasarkan maklumat komprehensif ini bagi menjamin keselamatan, menyasarkan masalah dengan tepat dan mewujudkan kriteria asas untuk menjejaki perkembangan. Maklumat ini seterusnya akan disimpan di bawah profil pelanggan dengan rekod terperinci tentang pelan rawatan dan keadaan kulit anda selepas rawatan. Selepas rawatan muka 30 minit oleh pakar estetik bertauliah, anda akan menerima cadangan penjagaan kulit profesional dan panduan penjagaan selepas rawatan bagi mencapai kulit lebih segar dan berseri. Selain itu, imbasan wajah juga akan dilakukan pada setiap janji temu susulan bagi menjejaki keadaan kulit dan keberkesanan rawatan.
Berbekalkan pengalaman lebih sedekad dalam industri penjagaan kulit, Ena faham penjagaan kulit yang berkesan melangkaui rawatan peringkat permukaan. Menurut beliau, penjagaan kulit yang benar-benar transformatif memerlukan pendekatan yang diperibadikan.
“Saya menubuhkan Bare Skin kerana saya sedar kurangnya kesedaran betapa besar potensi rawatan muka atau ‘facial’ dari segi penjagaan kulit,” kongsi Ena Cesir, Pengasas Bare Skin Facial + Laser Bar. “Antara salah tanggapan umum, rawatan muka adalah penyelesaian yang cepat atau segera dalam menangani masalah kulit. Namun, jika anda telah menghadapi masalah seperti jerawat atau tompok untuk sesuatu tempoh, satu sesi rawatan muka tidak akan menyelesaikan masalah secara kekal. Menurut perhatian saya, satu lagi tanggapan salah yang popular — ramai yang percaya semakin lama sesi rawatan muka, semakin baik kesannya, atau lebih banyak nilai yang akan anda perolehi untuk wang anda. Jadi, saya ingin menangkis salah tanggapan ini dengan menekankan kepentingan konsistensi dan pemperibadian dalam mencapai kesihatan kulit yang berkekalan. Matlamat kami adalah untuk menyediakan penyelesaian yang berkesan dan mampu milik yang serasi dengan keperluan unik pelanggan — kami mahu memperkasakan mereka untuk mencintai kulit mereka, sepanjang hari, setiap hari.”
Selain penjagaan kulit, Bare Skin turut menawarkan rawatan buang bulu dengan laser diod ais yang unik. Rawatan buang bulu diod laser tradisional menyasarkan melanin atau pigmen dalam folikel rambut dengan menggunakan haba untuk merosakkan folikel rambut dan menghalang pertumbuhan bulu. Namun, diod ais menggunakan teknologi sejuk, menjadikan sesi rawatan lebih cepat dan kurang menyakitkan dengan hasil yang sama dan berkekalan. Di Malaysia, Intense Pulsed Light (IPL) merupakan teknologi biasa untuk proses pembuangan bulu. Ia menggunakan panjang gelombang yang berbeza daripada laser diod, yang menyebabkan kehilangan tenaga apabila ia berpindah dari permukaan kulit ke akar rambut. Justeru, IPL bukan hanya memerlukan lebih banyak sesi rawatan, malah lebih menyakitkan dan kurang selamat untuk kulit gelap.
Sementara itu, laser diod beroperasi pada panjang gelombang 808nm yang terbukti secara saintifik. Ia menembus secara lebih mendalam terus ke umbi bulu tanpa kehilangan tenaga, sekali gus mengurangkan sesi rawatan dan memberikan hasil optimum. Lebih menarik lagi, Bare Skin menambah baik operasi ini dengan hujung penyejukan Sapphire yang mengebaskan kulit untuk lebih keselesaan dan meminimumkan risiko melecur, serta menyampaikan lebih tenaga bagi meningkatkan keberkesanan. Selain itu, Bare Skinmemperibadikan rawatan dengan menyesuaikan parameter berdasarkan jenis kulit, bulu dan warna kulit setiap pelanggan untuk menjamin hasil optimum bagi setiap sesi. Komitmen Bare Skin bukan sekadar menyediakan rawatan, malah berazam mewujudkan gaya hidup yang mengangkat penjagaan kulit sebagai rutin harian. Pelanggan digalakkan untuk menganggap penjagaan kulit sebagai satu proses jangka panjang yang konsisten dan bukannya satu penyelesaian cepat. Visi Ena untuk Bare Skin adalah untuk menjadikan penjagaan kulit bukan hanya satu pengalaman mewah tetapi juga rutin harian untuk semua, demi memperkasakan keyakinan mereka dengan kulit cantik dan berseri.