GAYA HIDUPHidangan, Resipi & Petua

Resipi Ayam Percik 

Resipi Ayam Percik Kelantan Asli

Bahan-bahan:
1 ekor ayam  dipotong 4

Perap dengan:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Garam secukup

Bahan Kuah:

  • 2 pek santan pekat
  • 10-12 ulas bawang merah
  • Sedikit halia
  • 2-3 tangkai cili kering 
  • Garam secukup
  • Sedikit gula –
  • 1 keping asam keping (jangan masam)

Cara-cara

  1. Tumbuk semua bahan (perap) dan lumur pada ayam.
    Perapkan.
  2. Bakar/panggang ayam yang diperap

    Sementara ayam dibakar, boleh sediakan bahan kuah.
  3. Kisar bahan (kuah) dyngan santan masukkan ke dalam kuali.
  4. Kacau dan masak sehingga kuah pekat.
  5. Masukkan asam keping, garam & gula secukup rasa. (Keluarkan asam keping, supaya jangan masam)
  6. Ayam sudah masak, cucurkan kuah (sebelah dahulu) dan bakar balik (bahagian yang dicucur kuah di atas) Terbalikkan ayam dan cucur kuah lagi secara berulang ulang di kedua dua belah ayam. Ulang proses ini sekali lagi sehingga nampak kuah pekat dan melekat pada ayam. 
  7. Boleh diangkat dan dihidang.

Nota:
Ayam  boleh direbus dahulu sebelum dibakar. Bakar di atas api arang.
Resipi turun-temurun https://instagram.com/ketumbarbynikma?igshid=YmMyMTA2M2Y=

Related posts

KHASIAT BUNGA TELANG

admin

Beautiful People Called Malaysians

Mahani Awang

Dapur Rakyat Mementingkan Kesegaran dan Kualiti Makanan

admin

Leave a Comment