
Mengangkat pendekatan kecantikan yang lebih mindful, Beauté Library dan B+ Clinic memperkenalkan ION+Glow™️ powered by PlasmaFX, rawatan Bio Renewal Facial pertama di Malaysia sempena acara Kuala Lumpur International Beauty Week (KL Beauty Week) baru-baru ini.
Berteraskan tema “Beauty, Without the Chase”, pelancaran ini membawa mesej bahawa kecantikan tidak seharusnya hanya tertumpu kepada mengejar trend semasa, sebaliknya memberi ruang kepada setiap individu untuk menghargai diri sendiri dan menikmati perjalanan penjagaan kecantikan dengan lebih bermakna.
Pengenalan ION+Glow™️ powered by PlasmaFX menjadi antara tarikan utama dalam acara tersebut menerusi pengenalan rawatan Bio Renewal Facial yang mengetengahkan pendekatan baharu dalam dunia penjagaan wajah.



Pelancaran ini berlangsung meriah bersama barisan media dan pempengaruh, termasuk pemenang Miss World Asia 2026 & Second Runner Up Miss World, Taanusiya Chetty, serta Wilson Lee, CEO EMAX Corporate. Turut diperkenalkan ialah PlasmaFX, teknologi khusus yang digunakan dalam rawatan ION+Glow ™️ yang kini telah diktiraf oleh Medical Device Authority (MDA), membuka lembaran baharu dalam dunia kecantikan yang percaya bahawa kecantikan bukan sekadar tentang apa yang terlihat pada luaran, tetapi juga tentang apa yang tumbuh di dalam diri, membina keyakinan dan membuat kita lebih selesa menjadi diri sendiri.
Bersempena dengan Kuala Lumpur International Beauty Week, ruang pameran Beauté Library & B+ Clinic menjadi tumpuan para pempengaruh dan pengunjung untuk kenali lebih dekat ION+Glow™️. Selain kenali rawatan baharu ini, mereka juga boleh nikmati aktiviti menarik seperti heat pressing totebag khas dan Glow Rush untuk peluang memenangi rawatan percuma daripada Beauté Library & B+ Clinic. Dari mencuba, bermain hingga bergambar, ruang pajimmeran ini dipenuhi momen spontan yang menceriakan suasana sepanjang pelancaran.

Tema “Beauty, Without the Chase” juga membawa inspirasi untuk tidak terlalu terikat dengan standard kecantikan atau trend yang sentiasa berubah.
Sebaliknya, ia mengajak setiap individu meluangkan masa untuk diri sendiri, meraikan keunikan masing-masing dan berasa selesa dengan kulit sendiri.
Melalui pengenalan ION+Glow™️, Beauté Library dan B+ Clinic berharap dapat membawa pengalaman penjagaan kecantikan yang lebih bermakna kepada pengguna, sekali gus memperkenalkan satu lagi pilihan dalam landskap rawatan wajah di Malaysia.

Kerana pada akhirnya, kecantikan bukan tentang siapa yang paling pantas mengikuti trend, tetapi bagaimana kita menghargai diri sendiri tanpa perlu mengejar kesempurnaan.
