FESYEN

‘The Raya Table by Dr Cardin’ Sebuah Koleksi Lebaran Penuh Cerita Gaya

Jenama fesyen lokal popular dan ikonik, Dr Cardin mementaskan koleksi Lebaran 2026 dalam sebuah majlis gemilang berwarna-warni yang diberi nama The Raya Table.

Pada acara tersebut, Dr Cardin memperkenalkan produk baharu mereka yang merangkumi beg dan sepatu wanita dan lelaki yang direka khas sempena sambutan Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi. Menariknya kali ini Dr Cardin mengeluarkan koleksi kasut tumit tinggi dalam pelbagai rekaan dan warna bagi memenuhi keperluan gaya Raya  wanita di Malaysia yang diakui sentiasa meriah dengan pelbagai ragam corak, warna dan rekaan busana.

Menurut Ketua Penjenamaan Dr Cardin, Chong Charl Yee, koleksi lebaran kali ini lebih mengfokuskan produk untuk wanita. Kenapa?

“Untuk koleksi lebaran ini boleh dikatakan 80 peratus produk kami mengfokuskan kepada wanita kerana wanita lebih cenderung membeli untuk persiapan Raya. Jadi untuk koleksi kali ini, Dr Cardin menawarkan koleksi beg dan kasut yang lebih elegan sesuai untuk dipakai sewaktu musim perayaan,” ulasnya.

Tambahnya lagi, untuk beg, ada empat koleksi berbeza ditawarkan iaitu Soraya, Nara, Dumpling Weave dan Araya.

“Koleksi kasut wanita pula kita ada Dewy, Serene, Sera, Lush dan Lush Eve. Untuk lelaki kita menyediakan koleksi sandal Cove Air, Cove Core dan The Air Pillow Flow,” katanya.

Seperti kelazimannya, Dr Cardin turut mengutamakan keselesan pemakai dan menambah lapisan kusyen lembut pada bahagian tumit setiap kasut.

“Keselesaan adalah kunci utama rekaan kami. Selain kasut yang mempunyai kusyen di bahagian tumit, koleksi beg juga kita datangkan dengan versi ‘miniaature’ supaya pelanggan boleh simpan peralatan bersaiz kecil di dalam beg tersebut. Jadi, ia lebih memudahan mereka untuk menyimpan barang di dalam beg berasingan,” kongsinya.

Untuk koleksi lebaran tahun ini, Dr Cardin menampilkan dua selebriti popular sebagai bintang kempen iaitu Erysha Emyra dan Hun Haqeem.

Menurutnya, sudah lama mereka ingin bekerjasama dengan Erysha. Dia ada pembawakan sebagai seorang ‘girl next door’. Karakternya sesuai dengan jenama Dr Cardin. Sama perihal   Hun Haqeem. Selain mempunyai rupa paras yang kacak, dia merupakan seorang yang sangat merendah diri.

“Erysha dan Hun juga pernah bekerjasama sebelum ini dan ‘chemistry’ di antara mereka juga sangat bagus. Gandingan mereka berdua dengan wajah kempen sempena Lebaran ini adalah sangat menepati kriteria yang diperlukan oleh jenama kami,” ujarnya.

Pada acara yang sama, antara figura terkenal yang diundang ialah YB Syed Saddiq, Mimi Fly, Azfar Heri dan para pempengaruh media sosial tempatan.

Kesemua koleksi terbaru Dr Cardin boleh dibeli secara dalam talian di semua platform rasmi termasuklah TikTok dan Shopee.

Related posts

YANI BAKHTIAR Permata Fesyen Negara 

Wirda Adnan

Valentino Garavani Roman Stud Interpretation of the Rockstud Family

admin

IVAN YOUNG-FIRST MALAYSIAN BRAND TO GRACE THE ICONIC MET GALA RED CARPET

adminwm

Leave a Comment