kecantikan

KECANTIKAN DAN KESELARASAN DIRI

“Kecantikan bukan sesuatu yang dikejar. Ia hadir apabila seorang wanita hidup selaras dengan dirinya sendiri.” — Wirda Adnan

Lihat sahaja wanita-wanita yang benar-benar memancarkan pesona. Mereka tidak kelihatan tergesa-gesa. Mereka tidak cuba kelihatan lebih muda daripada usia. Mereka selesa dengan perubahan, dan tenang dengan proses.

Selebriti seperti Cate Blanchett sering dipuji bukan kerana wajah yang “dibekukan masa”, tetapi kerana kehadirannya yang matang dan yakin. Kulitnya tidak sentiasa sempurna, namun aura yang dibawanya terasa lengkap. Itulah kecantikan yang lahir daripada penerimaan, bukan penafian.

Pakar dermatologi terkenal dunia, Dr. Barbara Sturm, pernah menekankan bahawa kulit yang cantik adalah refleksi gaya hidup yang seimbang.

“Great skin doesn’t come from aggression. It comes from understanding and consistency.”

— Dr. Barbara Sturm

APABILA WANITA BERHENTI MELAWAN DIRI SENDIRI

Ramai wanita tanpa sedar menjadikan kecantikan sebagai satu perlawanan — melawan usia, melawan garis halus, melawan tubuh yang berubah. Namun pakar estetik global kini semakin sepakat bahawa pendekatan terbaik adalah maintenance, bukan manipulation.

Rawatan bukan invasif, rutin penjagaan kulit yang ringkas tetapi konsisten, serta rehat yang cukup menjadi asas kecantikan moden. Ini dapat dilihat dalam pendekatan Victoria Beckham Beauty, yang sering menekankan skin first, makeup second.

“Makeup should enhance who you are — not hide you.” — Victoria Beckham

Keselarasan diri bermaksud mengetahui bila perlu berhenti, bila perlu memperlahankan langkah, dan bila tubuh meminta perhatian.

KECANTIKAN DALAM RITUAL HARIAN

Ada kecantikan yang tidak boleh dibeli — ia dibina melalui ritual kecil yang dilakukan dengan niat. Membersihkan wajah tanpa tergesa-gesa. Memilih produk yang sesuai, bukan yang viral. Memberi masa untuk kulit pulih, dan jiwa berehat.

Pakar kecantikan Jepun sering menyebut konsep “hadaka no chikara” — kekuatan kulit asli. Ia mengajar bahawa kecantikan tidak perlu ditambah, cukup dipelihara.

“Skin reflects how kindly you treat yourself.” — Japanese Beauty Philosophy

KEANGGUNAN SEBAGAI HASIL KESEDARAN

Dalam dunia fesyen dan kecantikan, Anna Wintour sering menekankan bahawa gaya dan kecantikan adalah tentang kesedaran diri, bukan persetujuan orang lain.

“Real style — and real beauty — comes from knowing who you are.” — Anna Wintour

Seorang wanita yang hidup selaras dengan dirinya tidak mudah goyah dengan pandangan luar. Dia memilih apa yang sesuai dengan hidupnya, bukan apa yang disanjung sementara.

KECANTIKAN YANG TENANG, KECANTIKAN YANG KEKAL

Akhirnya, kecantikan yang paling diingati bukan yang paling sempurna, tetapi yang paling jujur. Ia tidak memerlukan pengesahan. Ia tidak meminta perhatian.

Ia hadir apabila seorang wanita:

  • berdamai dengan usianya
  • menghormati tubuhnya menjaga dirinya tanpa rasa bersalah
  • dan hidup dengan ritme yang dia pilih sendiri

“Keanggunan tidak pernah meminta perhatian, namun ia sentiasa dikenang.” — Wirda Adnan

Kerana kecantikan sejati bukan tentang menjadi lebih.

Ia tentang menjadi selaras.

KESELARASAN YANG DIPILIH, BUKAN DIPAKSA

Pada usia 68 tahun, saya belajar satu perkara yang paling penting tentang kecantikan:

ia tidak memerlukan pembuktian.

Saya tidak mengejar rutin yang rumit, apatah lagi rawatan yang berlebihan. Apa yang saya lakukan hanyalah menjaga kulit dengan disiplin yang sederhana dan konsisten – membersihkannya setiap hari, menggunakan cleanser, toner, moisturiser dan serum yang sesuai. Krim malam wajib, sunblock penting apabila keluar rumah. Seminggu sekali, saya berikan ruang untuk kulit bernafas melalui scrub dan mask, dan sebulan sekali, rawatan wajah yang ringkas di pusat yang sederhana — bukan yang mewah, bukan yang mahal.

Kerana saya percaya, kulit tidak memerlukan kemewahan untuk menjadi sihat — ia memerlukan kefahaman.

Produk yang saya gunakan juga tidak terikat pada satu jenama. Saya bertuah kerana ada masa beberapa jenama menghantar produk untuk dicuba. Dan mengapa tidak asal ia memenuhi keperluan rutin kecantikan saya. Ada dari Jepun, Korea, France, Amerika, UK dan juga jenama tempatan semestinya. Harga juga bukan ukuran utama. Yang penting, ia bermutu, serasi dengan kulit, dan diluluskan oleh pihak berwajib. Sesekali bila rasa ingin memewahkan kulit dan pokek sedikit tebal saya beli produk premium yang pernah digunakan satu ketika itu. Tentang nostalgia pun ya, dan selebihnya tidak dinafikan juga produk premium ini ada yang khas melawan ke kulit paling dalam untuk melawan pigmentasi,jeragat, skin tag dan banyak lagi. 

Apa pun, “Good skin care is not about loyalty to brands, but loyalty to your skin.”

— Prinsip yang sering ditekankan oleh pakar dermatologi global

TENTANG WAJAH YANG TERLALU DIPAKSA BERUBAH

Saya sering ditanya mengapa tidak memilih rawatan agresif — mengapa tidak “mencucuk sana sini”, mengapa tidak mencuba jalan singkat. Jawapan saya mudah: kerana saya mahu wajah saya kekal ‘jujur’.

Hari ini, terlalu ramai wanita merasa tertekan untuk mengubah wajah sehingga lupa mendengarnya. Sedikit demi sedikit, ekspresi hilang. Senyuman menjadi kaku. Dan akhirnya, wajah yang sepatutnya menceritakan kehidupan — menjadi asing.

Pakar estetik antarabangsa sendiri kini mengingatkan tentang bahaya keterlaluan.

“The goal of aesthetic treatment is not perfection, but preservation.”

— Dr. Paul Jarrod Frank, pakar estetik New York

Kecantikan tidak seharusnya menyakitkan. Dan ia tidak seharusnya membuat seorang wanita kelihatan seperti orang lain.

NASIHAT YANG SAYA PEGANG

Jika ada satu nasihat yang ingin saya kongsikan, ia adalah ini: jangan tergesa-gesa dengan wajah anda.

Rawat dengan sabar. Pilih dengan bijak. Tidak perlu mahal, tidak perlu mengikut semua trend. Pastikan produk itu baik, selamat, dan sesuai.

Dan yang paling penting, dengar kulit anda — kerana ia sentiasa memberi isyarat.

“Kecantikan yang bertahan lama tidak dibina dengan paksaan, tetapi dengan kesedaran.”

— Wirda Adnan

KECANTIKAN SEBAGAI KEPUTUSAN YANG TENANG

Pada akhirnya, saya berdamai dengan satu hakikat: kecantikan saya hari ini adalah hasil daripada pilihan yang tenang, bukan keinginan untuk kelihatan sempurna.

Saya menjaga diri bukan untuk kelihatan muda, tetapi untuk kelihatan sihat, terhormat dan selesa dengan diri sendiri.

Dan mungkin, itulah bentuk kecantikan yang paling jujur — kecantikan yang tidak lagi dikejar,

kerana ia sudah pun hadir.

KECANTIKAN BIJAK PADA USIA 60+

Do & Don’t

DO

  • Bersihkan kulit dengan lembut, setiap hari. Kulit matang tidak memerlukan kekerasan, ia memerlukan hormat.
  • Pilih produk yang selamat dan diluluskan. Sederhana harga, tinggi mutu — inilah yang terbaik.
  • Konsisten lebih penting daripada mahal. Rawatan wajah ringkas secara berkala lebih baik daripada prosedur drastik. Dengar isyarat kulit. Jika ia letih, berhenti. Cukupkan waktu tidur.

DON’T

  • Jangan terlalu kerap mencuba rawatan agresif.
  • Jangan mengikut trend tanpa memahami kesannya.
  • Jangan memaksa wajah kelihatan muda hingga hilang ekspresi.
  • Jangan menyamakan kecantikan dengan perubahan mendadak.
  • Jangan percaya kepada omong kosong penjual di tik tok.
  • Jauhi produk tiruan

“The goal of aesthetic care is preservation, not transformation.” — Dr. Paul Jarrod Frank, Pakar Estetik, New York

Related posts

MASMUQA; Penjagaan Kulit Laksana Emas

Afiza Kamarulzaman

Me Time, Manjakan Diri

Afiza Kamarulzaman

Salun Mewah Patuh Syariah Buat HIjabi Berdandan Selesa

Afiza Kamarulzaman

Leave a Comment