GAYA HIDUPMelancong

SERLAHKAN JIWA MESRA MUSLIM MALAYSIA

Warna-warni Malaysia yang  menghimpunkan kepercayaan, budaya dan perniagaan sekali lagi  menjadi tumpuan utama susulan Islamic Tourism Month (ITM) 2025 secara rasmi dilancarkan. Bermula 18 Ogos hingga 30 September,  kempen kebangsaan ini mengajak warga tempatan dan pelancong  antarabangsa meneroka semula Malaysia melalui perspektif  dinamik Pelancongan dan Hospitaliti Mesra Muslim (MFTH). Inisiatif ini  juga sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan  kesejahteraan, keterangkuman dan nilai kemanusiaan dalam  pembangunan negara.

Kini memasuki tahun ke empat, ITM 2025 bukan sekadar meraikan sektor  pelancongan, bahkan menjadi pentas strategik untuk  mengetengahkan pelbagai aspek pengalaman, nilai dan peluang.  Daripada lawatan masjid hingga pakej pelancongan halal, rawatan  spa hingga tawaran runcit, lapan (8) kategori yang pelbagai  mencerminkan kekayaan tradisi dan gaya hidup moden yang menjadi  kebanggaan Malaysia.

Kempen ini dilancarkan dalam satu majlis gilang-gemilang  di TGV Suria KLCC, yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri  Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan.

“ITM 2025 hadir pada waktu yang amat tepat,” ujar Khairul Firdaus.Malaysia baru-baru ini meraih kedudukan teratas dalam Global Muslim  Travel Index (GMTI) 2025 dan Laporan State of the Global Islamic  Economy 2024/2025, masing-masing sebagai Destinasi Mesra Muslim  Terbaik (OIC) dan Pelancongan Mesra Muslim terunggul.

“Dengan ekosistem Pelancongan dan Hospitaliti Mesra Muslim (Muslim Friendly Tourism and Hospitality––MFTH) yang kukuh, kita mencipta  pengalaman pelancongan bermakna, membuka peluang kepada  perniagaan tempatan sambil berkongsi warisan dan tradisi yang kaya, terutamanya dalam usaha kita membina momentum menjelang Visit  Malaysia 2026 (VM2026),” tambah beliau.

Sebagai konteks tambahan, Malaysia sekali lagi meraih kedudukan  teratas dalam GMTI oleh CrescentRating, bagi kategori ‘Destinasi Mesra  Muslim Terbaik’, pencapaian membanggakan negara dan dikekalkan  selama 10 tahun berturut-turut sejak indeks tersebut diperkenalkan  pada 2015.

PROMOSI, PENGALAMAN & BUDAYA: SEMUANYA DALAM SATU KEMPEN ITM 2025

Promosi ini mengajak orang ramai untuk meneroka tawaran, promosi dan  pakej berkaitan produk dan pengalaman mesra Muslim di seluruh  Malaysia yang tersedia sepanjang bulan pelancongan ini. Sama ada  pelawat tempatan atau antarabangsa, melancong bersama keluarga, secara solo, sebagai pengembara wanita, usahawan atau peminat

pelancongan, ada sesuatu untuk semua di www.itm.itc.gov.my,  merangkumi lapan (8) kategori berikut:

● Hari Terbuka Masjid
● Penginapan
● Pakej Pelancongan
● Spa, Kecantikan &  Kesihatan
● Makanan & Minuman
● Acara & Pameran
● Beli-belah
● Tarikan Pelancong &  Taman Tema

CABARAN TIKTOK ITM KEMBALI ATAS PERMINTAAN RAMAI

Salah satu tarikan utama ITM kembali lagi! Cabaran TikTok ITM mengajak  pencipta kandungan Lawat, Rakam dan Viral (Visit, Video and Viral).  Peserta hanya perlu berkongsi video kreatif pengalaman mereka di  premis rakan strategik ITM dengan menggunakan tanda pagar  #ExperienceITM2025. Mereka berpeluang memenangi hadiah menarik  dengan nilai keseluruhan lebih dari RM50,000, termasuk percutian  menarik ke Xi’an, China, dan pelayaran mewah bersama Aroya Cruises.  Ia menyeronokkan, mudah disertai dan meraikan penemuan autentik,  selaras dengan idea asal ITM sejak pelancarannya.

ITC: MENERAJUI HALA TUJU PELANCONGAN MESRA MUSLIM

“Benih yang ditanam pada 2022 kini telah bercambah menjadi  acara yang meraikan kekayaan tarikan mesra Muslim Malaysia, satu  penghargaan kepada ekosistem MFTH yang kukuh dan berkembang,”  kata Pemangku Ketua Pengarah ITC, Nur Alyssa Coraline Yussin.

“Menjelang VM2026, kita ingin kongsi keindahan budaya Malaysia  dengan dunia. Pelancongan mesra Muslim di Malaysia menawarkan  pengalaman asli, mudah diakses dan mencerminkan gaya hidup  tempatan. Kita mengalu-alukan pelancong domestik dan

antarabangsa untuk meneroka tawaran sepanjang ITM dan  memanfaatkan promosi yang tersedia,” tambah beliau.

Sejak 2022, ITM disertai oleh lebih 300 rakan industri, menjana nilai lebih  RM5 juta sambil memperluas akses tawaran pelancongan mesra Muslim  dalam negara.

ITM 2025 DISOKONG KEPENGURUSAN ASEAN, LONJAKAN KETIBAAN  PELAWAT

ITM 2025 berlangsung seiring dengan Kepengerusian Malaysia dalam  ASEAN, menjadikannya masa yang amat sesuai untuk memperkukuh  pelancongan serantau yang inklusif dan mesra Muslim. Menurut Tourism  Malaysia, tiga daripada negara ASEAN menduduki senarai teratas  ketibaan pelawat ke Malaysia dari Januari hingga April 2025:

● Singapura (6,526,262 pelawat; peningkatan 28.5% tahun ke  tahun), 
● Indonesia (1,466,923 pelawat; peningkatan 11.6%), 
● dan Thailand (833,610 pelawat; peningkatan 3.4%)

Statistik ini menunjukkan potensi besar untuk menarik lebih ramai  pelancong dalam kalangan negara-negara ASEAN melalui ITM 2025.  Bagi ITC, gabungan momentum serantau dan minat pelancongan yang  semakin meningkat dijangka menjadikan edisi tahun ini lebih berjaya  berbanding sebelumnya, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia  sebagai destinasi utama pelancongan mesra Muslim di Asia Tenggara.

PENGALAMAN BAHARU MELANCONG DI MALAYSIA BERSAMA ITM 2025

Daripada pengalaman yang tidak dapat dilupakan hingga tawaran  yang sukar ditolak, ITM 2025 adalah jemputan untuk semua menjejaki  Malaysia dari sudut yang berbeza. Terokai tawaran yang tersedia dan

sertai kemeriahan ini di www.itm.itc.gov.my. Ikuti perjalanan ITM di  Instagram (@itm_itc) dan Facebook (Islamic Tourism Month) untuk  maklumat terkini.

Related posts

Ramadan, Zebra Square Menunggu Anda

adminwm

Aina Abdul Bijak Melawan Arus Dalam Penampilan

admin

Adab Makan & Makanan Sunnah Saranan Rasulullah SAW

adminwm

Leave a Comment