FESYEN

Wanzar Beri Nafas Baharu Pada Pakaian Wanita

Jenama fesyen tempatan Wanzar mengorak langkah maju ke arah fesyen mampan dengan barisan busana wanita kasual terbarunya yang diperbuat daripada 100% kain kapas organik. Menampilkan potongan longgar yang meminjam inspirasi daripada baju kurung, koleksi mesra alam ini mengambil ilham daripada kuasa alam – dengan baju bersaiz besar serta seluar paras buku lali yang tipis, ringan, dan sempurna walaupun untuk cuaca panas di Malaysia!

Berbeza daripada rangkaian pakaian pengantinnya yang elegan dan cukup dikenali dalam dunia fesyen Malaysia, koleksi baharu Wanzar ini menampilkan konsep kembali kepada asas (back-to-basics) dan melambangkan keselesaan ringkas dan kehidupan harian rakyat Malaysia yang santai. Dengan enam rekaan minimalis dan 17 warna indah, setiap helaian direka dengan cukup versatil agar mudah disuai padankan dengan mana-mana rekaan dalam koleksi tersebut untuk gaya yang cantik dan santai.

Mengambil inspirasi daripada wanita moden masa kini, terdapat empat set yang paling menyerlah dalam koleksi versatil dan kasual ini. Dengan rona-rona terang di bawah koleksi Astrid, para fashionista boleh memilih sama ada untuk tampil ceria dan bebas dengan warna Hijau Lime atau Merah Jambu Barbie, atau tampil lembut dan penuh misteri dengan warna Biru Navy atau Ungu Gelap.

Koleksi yang penuh sifat sederhana ini juga pasti akan menggembirakan ramai peminat fesyen yang merupakan sebahagian daripada golongan pengguna gaya hidup yang mementingkan alam sekitar dan semakin berkembang di Malaysia, terutamanya mereka yang mencari gabungan sempurna antara gaya dan kemampanan. Menggunakan kain kapas organik yang diperoleh secara mampan, jenama fesyen tersebut juga menggalakkan amalan suai padan pakaian melalui rekaan fesyen yang versatil dan boleh dipakai semula untuk jangka masa yang panjang.

Abu Zarin Abdullah, Pengasas Wanzar berkongsi: “Terdapat sebuah stereotaip bahawa busana yang bergaya tidak akan tahan lama dan susah untuk dipadankan dengan pakaian- pakaian lain. Koleksi terbaharu kami ini merupakan cara kami untuk membuktikan bahawa stigma ini salah, terutamanya dalam era fesyen pantas (fast fashion) kini! Misi utama kami

adalah untuk mencipta pakaian yang menjadi pilihan utama pemakainya untuk kehidupan urban harian mereka, namun kami juga komited dalam memainkan peranan untuk mengekalkan asal- usul tempatan kami serta amalan pembuatan yang sihat.”

Related posts

Koleksi Uniqlo dan JW Anderson Musim Bunga/ Panas 2020

admin

Sepetang Bersama Hidaya International x Judith Leiber

admin

Bersama The Glamorous Zang Toi

admin

Leave a Comment