GAYA HIDUPHidangan, Resipi & Petua

Titik Pertemuan Seni Fesyen dan Seni Kulinari

Bersiap sedia untuk menikmati hidangan lazat rangkaian kafe gaya hidup tempatan, Secret Recipe, yang telah berganding bahu dengan selebriti pujaan ramai rakyat Malaysia, di samping merupakan duta jenama Secret Recipe, untuk melancarkan pilihan sajian yang menambat selera dan tudung yang menambat hati pada musim ini.

Memperkenalkan BurgerMira, menu bermusim terbaru Secret Recipe yang diilhamkan daripada kerjasama tersendiri ini, yang juga menjadi inspirasi kepada koleksi tudung terkini Mira – Mira Filzah x Secret Recipe
– The Entrée Collection.
BurgerMira – Ditandatangani, Diperakui dan Diluluskan oleh Mira Para pelanggan kini boleh menjamu selera dengan BurgerMira, salah satu sajian kegemaran Mira. Untuk memberikan pilihan menu yang sentiasa segar dan menarik, Secret Recipe telah menyediakan lima BurgerMira yang sungguh lazat, dalam pilihan daging ayam atau daging.

Dengan sentuhan cita rasa tempatan, burger yang menyelerakan ini ialah sajian yang bukan sahaja mengenyangkan tetapi juga menyenangkan hati dengan sedikit cetusan nostalgia.

Pilihan pertama ialah Special Kerabu Burger (Burger Kerabu Istimewa) dengan pilihan daging ayam atau daging. Hidangan ini mengandungi lapisan timun Jepun, bawang merah dan daun ketumbar yang disusun di atas ayam goreng garing keemasan atau dua kepingan daging yang dimasak empuk dan keju cheddar di antaranya. Ditambah pula dengan sos cili kantan, keseimbangan rasa manis dan perisa beraroma yang sempurna tercapai setiap kali burger dinikmati.

Sementara itu, Sambal Meletop Burger (Burger Sambal Meletop) mengandungi goreng garing keemasan serta timun Jepun, bawang merah dan sos Sambal Meletop unik Secret Recipe yang penuh berperisa dan pasti membuka selera khususnya bagi mereka yang suka makan pedas!

Hidangan tambahan terakhir dalam menu ialah Zesty Herb Burger yang berintikan ayam goreng garing sehingga keemasan atau kepingan daging empuk yang diselit di antara dua keping keju cheddar. Burger ini ditambah pula dengan daun salad romaine, kubis merah, bawang merah dan sos herba istimewa resipi tersendiri dengan rasa yang memikat selera. Semua pilihan burger ini dihidangkan bersama kentang goreng rangup serta minuman menyegarkan yang pasti menghilangkan dahaga – Pepsi Laici atau Pepsi Wild Mint.

Jangan lupa untuk memesan dua sajian sampingan terlaris Secret Recipe – Spicy Tomato Drumette atau Classic Drumette bersama burger. Kedua-duanya dihidangkan dalam set tiga ketul. “Kami teruja untuk melancarkan menu bermusim baharu yang membawakan cita rasa lazat yang digemari ramai sepanjang zaman yang bukan sahaja menyerlahkan tradisi kulinari Malaysia, tetapi juga nikmat rasa digemari rakyat Malaysia. Kerjasama dengan bintang pujaan ramai, Mira Filzah, sememangnya satu gandingan serasi yang istimewa di hati kami, kerana hasil Kerjasama ini, kami dapat membawakan kelazatan dan keanggunan cita rasa menerusi sajian burger kami dan juga koleksi tudung Mira yang sangat menarik.

“Di Secret Recipe, kami terus berusaha untuk menjangkaui sempadan dan menawarkan kelainan kepada pelanggan, seperti pilihan burger dan tudung yang menggandingkan seni fesyen dan seni kulinari yang bukan sahaja menambat selera pelanggan setia kami, tetapi juga menjadi inspirasi kepada semua penggemar fesyen di luar sana,” kata Evelyn Lee, Ketua Pemasaran Secret Recipe.

Related posts

Kanser Payudara

admin

How AI Transforms Your Creativity With the Galaxy S23 Ultra’s Signature Camera

adminwm

Petua Mudah Bersalin Yang Diamalkan Sepanjang Kehamilan

admin

Leave a Comment