Kebiasaan memakai hijab seperti yang digayakan oleh wanita Muslim kini menular di serata
dunia. Paris, Milan, New York, London dan di Asia juga tidak ketinggalan dan secara tidak
langsung menyokong perkembangan dan kebangkitan genre fesyen unik ini, malah
menerimanya sebagai a way of life in this new normal. Ia bukan sahaja dipakai sebagai
tuntutan agama tetapi begitu popular sebagai elemen fesyen yang digayakan di jalan-jalan
kota fesyen dunia dan menjadi trend.
Di France dan Milan, the fashion world is screaming a ‘BIG YES’ to hijab fashion. Mengapa?
kerana ia menarik perhatian, menyerlahkan feminiti dan seksi dalam gayanya yang
tersendiri tanpa memperlekehkan tuntutan agama dan tujuan asal berhijab.
Sejak 2017 lagi banyak jenama gah dunia di Barat seperti Alberta Ferretti, Chanel, Louis
Vuitton, Dior, Max Mara, Emilio Pucci dan jenama ready to wear seperti Zara, Uniqlo dan
MNG misalnya turut dalam ‘perlumbaan’ ini kerana ia bukan sahaja trendy and the in thing tapi ia adalah genre bisnes fesyen paling lumayan dan punya pasaran bernilai berbilion ringgit hari ini.
Jadi untuk mereka yang berhijab dan berkerjaya profesional, anda tidak perlu bimbang lagi kerana terdapatnya banyak pilihan untuk mewakili penampilan profesional anda sementara yang baru berjinak dengan gaya berhijab anda punya pilihan meluas meniru daripada gaya-gaya ikon yang anda minat.
Demi menyuntik elemen moden dan current, dalam berhijab serta mengikut sunnah, selain perlu berpandukan aturan agama, beberapa cara bijak mengikut usia, cuaca, kerjaya dan kreativiti gaya hidup masing-masing adalah fakta penting perlu diberi perhatian. Sebagai seorang wanita berhijab anda perlu tahu landasan dan garisan yang memisahkan antara halal dan haram atau yang sedap mata memandang atau sebaliknya.
Terdapat banyak tips tentang gaya berhijab boleh anda dapati daripada laman-laman internet, khususnya yang dipos oleh blogger fesyen luar mahupun tempatan namun begitu ada lima perkara utama yang boleh anda jadikan panduan kala memilih dan membeli agar penampilan anda sentiasa menawan lagi mantap.
Sebagai permulaan and to be safe, the first thing to do is to wear things loose and keep it simple, kedua pilih warna harmoni dan pastel, ketiga kurangkan corak dan hiasan berlebihan agar tidak nampak serabut, keempat ketepikan hiasan mengerlip dan sarat dan kelima, ingat! Less Is more! Dengan lima perkara yang anda berikan tumpuan ini, pastikan membuat anda selesa dan berasa seronok menggayakannya ke mana sahaja dan menyerlahkan your self-confidence.
1. Longgar And Keep It Simple
Ramai wanita silap, mereka merasakan pakaian yang sendat dan melekap tubuh lebih bergaya dan membuat mereka menawan. Bagaimana anda menggayakannya jika anda berhijab? Terbaik ialah memilih pakaian yang longgar kerana ia understated style tapi tidak kurang menariknya.
Begitupun sedikit masa dulu berhijab bereti berpakaian gedoboh seperti Burqa, warna hanya hitam, kelabu atau hijau dan tidak langsung punya perhiasan, hari ini gaya berhijab telah berubah. It is now being considered as a part of clothing that presents itself with a beautiful, smart and trendy look dan bukan pilihan mereka yang lewat 30-an sahaja malah anak gadis baru baligh sudah merengek minta ibu mereka membelikan pakaian-pakaian berunsur hijab.
Hijab hari ini lebih unik, penuh gaya menawan namun sopan dan paling penting ada gaya tersendiri. Mungkin kerana itu gaya hijab kini mudah diterima oleh semua golongan masyarakat khususnya generasi muda tidak mengira bangsa mahupun agama yang mereka anuti malah menjadi trend di Timur mahupun di Barat serta punya pasaran besar yang bernilai berbilion dollar Amerika setahun.
2. Stylish Pastel, Neutral dan Harmoni
Warna-warna menjerit seperti merah cili, hijau zamrud, biru elektrik dan oren memang menawan dan mampu menghasilkan satu penampilan berani lagi menarik tumpuan, namun warna-warna pastel, neutral dan harmoni walaupun lembut dan subdued ia punya elemen tarikan tersendiri dan mantap kesannya. Ia membuat orang teringat-ingat dan menyenanginya.
Carta di atas dapat memberi gambaran jelas perihal ini – Roda Warna menunjukkan garisan carta warna Sejuk (Cool colours) di sebelah kiri dan Panas (Warm Colours) di sebelah kanannya. Untuk pengetahuan, setiap orang mempunyai nada bawah atau undertones yang menjuruskan anda kepada Warm atau Cool colour person. Jika mereka memakai warna-warna daripada kumpulan nada warna untuk kumpulan undertones yang tepat, akan menambah seri pada wajah dan penampilan.
Carta HARMONI mempamerkan cadangan warna harmoni. Anda boleh pilih satu hingga beberapa nada dalam satu kumpulan warna elementri bagi menghasilkan kreativiti, nampak menawan dan sedap dipandang. Contohnya jika anda mahu memakai tiga warna daripada kumpulan harmoni kebiruan, pilihlah nada di dalam kumpulan tersebut misalnya biru muda untuk top, biru gelap untuk skirt atau seluar dan gandingkan dengan skaf atau tudung biru elektrik polos atau bercorak dalam dalam gabungan warna biru pastel, biru navy dan biru nila.
Jika anda tidak pandai bermain dengan warna, pilih pastel, neutral dan warna-warna yang punya elemen harmoni. You can never go wrong with pastel, neutral dan yang berharmoni walaupun anda memilih tiga warna pada gaya anda.
Pastel ialah warna-warna yang lembut dan tidak menjerit, neutrals pula seperti kelabu muda, rona kebiruan dan coklat daripada gelap hinggalah kuning teh tarik dan krim sementara harmoni adalah pilihan warna-warna yang terdiri daripada kumpulan warna asas yang sama.
Kecuali anda inginkan kontras boleh saja gandingkan dengan warna harmoni panas seperti merah atau oren yang bertentangan, misalnya hijau gelap untuk jaket dan seluar atau skirt, hijau paling cerah untuk top bahagian dalam dan hijau serindit untuk skaf. Jika inginkan sedikti kontras bermainlah dengan carta bertentangan iaitu warna oren bata atau putih.
3. Kurangkan Corak & Hiasan Serabut
Wanita Malaysia memang minat pada corak khususnya yang berbunga, namun hati-hati dan jangan berlebihan kerana bimbang penampilan jadi serabut dan caca-marba lebih lagi jika anda seorang profesional dan berpakaian itu untuk ke tempat kerja.
4. Tidak! Kepada Hiasan Mengerlip
Sebolehnya cuba ketepikan banyak hiasan seperti pin atau yang jenis berjurai, untuk aktiviti kasual dan waktu bekerja khususnya jika anda berada di bidang profesional. Pilihan ini dapat menghasilkan satu gaya yang stylish, understated namun menawan dan ketara mesej yang mahu anda sampaikan melalui penampilan tersebut – “Yes! I’m looking great and I mean business!”
5. Kurang itu Lebih!
Less is more! Satu kenyataan yang sukar diterima ramai wanita lebih-lebih lagi bagi mereka yang masih tercari-cari gaya dan identiti diri. Tidak kiralah apa perkaranya, baik corak, hiasan, warna dan tudung, anda harus bersederhana. Berlebihan dalam hal-hal tersebut akan membuat penampilan menjadi kalut dan membuat orang tidak mengambil serius kehadiran anda. Setiap orang mungkin akan menoleh dan memandang anda sebaik kala muncul, but it’s for the wrong reason and full negativity.
Anda boleh saja gayakan top yang longgar atau dilayerkan supaya tidak ketara bentuk badan dan gandingkan dengan seluar atau skirt longgar. Boleh saja pilih yang berlisu di pinggang, berpoket dan keep it simple with no frills untuk gaya kerja. Untuk menaikkan gaya, pakai tali pinggang atau skaf yang dijadikan sebagai tali pinggang dan supaya tidak nampak gedebog dari atas ke bawah dan sekadar untuk memberi silhouette tapi tidak menyerlahkan setiap perincian bentuk badan.
The trick is, tidak kiralah sama ada anda pilih ankle cut, paras betis atau labuh tapi pastikan anda memakai aksesori dan kasut, sandal atau boots yang bersesuaian. Misalnya boleh gayakan seluar atau skirt ankle cut dan paras betis dengan but bagi menutup aurat dan menyerahkan keseluruhan penampilan.
Terdapat banyak pilihan kini daripada pengeluar barangan jenama tempatan mahupun yang diimport sama ada di pusat beli-belah mahupun Online seperti Zalora, Lazada, FashionValet, Shopee dan banyak lagi dan harganya berpatutan mengikut kemampuan.
Dengan PKP dan kedai banyak yang masih tutup serta demi keselamatan diri, anda boleh saja membeli-belah melalui on-line yang memberikan pilihan meluas dan idea-idea gaya memikat. So tunggu apa lagi? Move your fingers!