GAYA HIDUP

The Season to Savor Oleh Hilton Kuala Lumpur; Musim Penuh Rasa, Gaya dan Cerita

Apabila tirai akhir tahun mula dilabuhkan, suasana di Hilton Kuala Lumpur berubah menjadi satu dunia magikal yang memancarkan kehangatan, kemewahan dan kemeriahan. Tahun ini, menerusi kempen “The Season to Savor”, hotel lagenda ini menjemput para tetamu untuk menikmati musim perayaan yang bukan sekadar diraikan – tetapi diingati.

Menjengah masuk ke ruang lobi utama Hilton Kuala Lumpur sudah cukup untuk membawa sesiapa sahaja menjelma ke dalam dunia perayaan – dengan hiasan bergemerlapan, Rumah Roti Halia bersaiz sebenar yang menjadi tumpuan lensa Instagram, serta suasana yang menghangatkan jiwa.

Kala langkah terus diatur, keajaiban sebenar bermula apabila anda duduk untuk menikmati sajian istimewa yang disediakan khas oleh pasukan kulinari hotel.

Sajian Perayaan Bertaraf Antarabangsa

Restoran Vasco’s menampilkan pelbagai pilihan bufet perayaan dari November hingga hujung Disember – termasuk Christmas Day Lunch yang menawan selera dengan stesen ukiran daging premium seperti prime rib, kaki kambing, dan ayam jumbo panggang, bersama aneka hidangan tempatan dan antarabangsa.

Tidak ketinggalan, Makan Malam Krismas & Tahun Baru dengan makanan laut segar, lobster Boston Thermidor, dan troli pencuci mulut yang menggoda. Juga Festive High Tea di Oro Café, sempurna untuk sesi santai petang bersama rakan dan keluarga. Jangan lupa untuk merasai menu perayaan di Chynna, Graze & Iketeru, menampilkan omakase Jepun eksklusif, set Kantonis moden, dan menu Itali degustasi.

Menginap dengan Sentuhan Magis

Bagi yang ingin menjadikan perayaan ini lebih bermakna, Hilton Kuala Lumpur menawarkan pengalaman penginapan istimewa sepanjang musim ini. Tetamu suite akan menerima pokok Krismas di dalam bilik, dan pengalaman istimewa seperti kunjungan Santa Claus, Santarina, dan koir hotel yang mempersembahkan lagu-lagu perayaan secara langsung.

Malam Krismas dan Tahun Baru juga bakal diserikan dengan penghantaran kejutan dari Santa, menyemarakkan lagi keajaiban musim ini – terutamanya buat anak-anak kecil.

Jika tidak sempat menjamu selera di hotel, jangan risau, Hilton Kuala Lumpur turut menawarkan koleksi Festive Goodies untuk dibawa pulang – termasuk ayam jumbo panggang, Salmon Wellington, daging op-rib, dan set manisan edisi Platinum dan Emas.

Sebagai pelengkap kepada musim penuh kejutan ini, para tetamu yang menjamu selera di mana-mana restoran Hilton Kuala Lumpur akan menerima baucar tunai RM100 dan satu penyertaan dalam Cabutan Bertuah Perayaan, dengan hadiah bernilai lebih RM6,000 menanti!

Cipta kenangan, bukan sekadar sambutan bersama musim perayaan di Hilton Kuala Lumpur bukan hanya tentang makanan atau penginapan – ia adalah ruang untuk mencipta memori, menyemai kasih sayang, dan merayakan hidup dengan penuh rasa.

Related posts

Mengintai Rumah Hobbit di Kota Bandung

admin

OGAWA Master Drive AI 2.0

admin

SEMPENA RAMADAN, BUFET SELERA KAMPUNG

adminwm

Leave a Comment