FESYEN

The Fashion Journal di Setia City Mall

The Fashion Journal merupakan ruangan fesyen terkini yang terletak di aras UG-135 di Setia City Mall. Ruang konsep fesyen istimewa ini menampilkan koleksi jenama tempatan yang tentunya akan menarik minat penggemar produk fesyen dan kecantikan, bermula April 2022.

“Sebagai pusat membeli-belah terbesar yang memenuhi keperluan gaya hidup moden di Shah Alam, Setia City Mall terinspirasi memperkenalkan satu konsep baharu demi memberikan kepuasan pengalaman membeli-belah kepada pelanggan kami. The Fashion Journal lahir daripada sebuah impian untuk mencipta satu ruangan unik bagi menyokong jenama tempatan dengan menyediakan satu platform dan ruang untuk mereka mempamerkan produk yang ditawarkan,” kata Vivien Phuah, Pengurus Besar, Setia City Mall.

“The Fashion Journal merupakan konsep yang unik kerana setiap jenama di sini memiliki identiti dan produk tersendiri yang diatur teliti supaya sesuai dengan keperluan pembeli sasaran. Ruangan fesyen ini bagaikan syurga bagi mereka yang suka membeli-belah, dengan pelbagai pilihan produk fesyen dan kecantikan tempatan. Malah, mereka juga dapat menikmati secawan kopi bersama teman setelah penat membeli-belah,” tambah Phuah.

Antara jenama yang berada di The Fashion Journal termasuklah Bayu Somerset, yang terkenal dengan rekaan Baju Kurung Kedah dan Kebaya bercorak unik pada harga berpatutan untuk memenuhi cita rasa tersendiri setiap wanita. Binwani’s menawarkan pilihan fabrik fesyen untuk gaya harian anda. Seterusnya, LOCKA menyediakan pakaian dan rekaan terkini yang menepati falsafah jenamanya iaitu identiti tersendiri, ketulenan dan keselesaan. UMMA melengkapkan barisan jenama ini dengan rekaan pakaian yang selesa, versatil dan sopan bagi wanita moden.

“Kami berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada The Fashion Journal, suatu ruangan jualan yang lain daripada yang lain dan menawarkan pengalaman membeli- belah yang tersendiri dan selesa. Ruangan ini memberi peluang buat kami bertapak lebih kukuh dan memperkenalkan pelbagai jenama kepada lebih ramai pelanggan.

Kami yakin fesyen terkini yang ditampilkan akan menarik minat pembeli yang mencari keunikan dan keanggunan untuk pakaian di hari lebaran,” kata Shukri Shari, Pengarah Kreatif LOCKA.

Penggemar produk kosmetik pasti teruja dengan kewujudan NITA dan SYEDEWA di sini. NITA menawarkan rangkaian kosmetik yang menjadi pilihan wanita muda, yang menggemari warna-warni dalam kehidupan seharian, manakala SYEDEWA merupakan jenama kosmetik khusus untuk semua jenis tona kulit. Kalau sudah selesai membeli-belah, singgahlah di Oh Apong untuk menikmati aiskrim dan kopi gula apong yang enak.

“Jenama fesyen yang ditawarkan di The Fashion Journal melengkapi rangkaian kosmetik tempatan kami yang bebas ujian terhadap haiwan dan mempunyai harga berpatutan. Produk kosmetik kami yang bebas alergen, sesuai dengan semua tona kulit pasti menarik minat ramai,” kata Aznita Azman, Pengasas NITA.

Kunjungi The Fashion Jurnal di Setia City Mall untuk bergaya di Hari Raya dan nikmati pelbagai promosi eksklusif. Layari setiacitymall.com untuk maklumat lanjut.

Related posts

Kaca Mata David Beckham Untuk Yang Mahukan Aura Lelaki British

admin

Spring/Summer Eyewear By David Beckham 

adminwm

ZALORA 10th Birthday Celebration

adminwm

Leave a Comment