GAYA HIDUPSANA-SINI

Penubuhan Koperasi Wanita Malaysia Untuk Wanita Ceburi Dunia Bisnes

Bagi membantu lebih ramai wanita dalam bidang perniagaan, sebuah koperasi wanita dipanggil Koperasi Wanita Malaysia (singkatannya WCB) ditubuhkan. Koperasi ini berlandaskan gabungan empat agensi bukan kerajaan, iaitu Usahanita, Wawasanita Malaysia, Malaysia Chambers Entrepreneurs Development (MCED) dan Yayasan Wanita Malaysia.   

Tujuan penubuhan yang utamanya bagi menyokong kaum wanita termasuk dalam kalangan ibu tunggal bagi merealisasikan impian untuk memiliki dan mengembangkan perniagaan pemilikan sendiri. Setiap ahlinya bakal dididik, dibimbing, dipantau dan diajar sehingga berjaya oleh Bank Kerjasama Rakyat Malaysia dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Menurut Pengerusi WCB Datin Norli Alias dalam ucapannya, “Lima aktiviti utama WCB ialah makro kredit, Ar Rahnita, jual beli emas, perkhidmatan pembekalan dan program pembangunan usahawan tempatan dan antarabangsa.”

Sedikit penerangan tentang aktiviti tersebut, untuk Pembiayaan Kredit Mikro dalam WCB, ia antara lain menyediakan pembiayaan perniagaan. Dan istimewanya setiap yang datang memohon akan mendapat maklum balas cepat, bermaksud jika dipohon waktu pagi (am) maklum balas akan diberikan hari yang sama (pm). Manakala Ar Rahnita pula menyediakan perkhidmatan ‘safe deposit box’ yang membolehkan wanita menyimpan dokumen, barang penting atau barangan emas di peti simpanan usahawan bagi mengelakkan kes-kes kecurian, kebakaran atau kehilangan.
Perasmian WCB diadakan 23 Mac lalu dan dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Yang Berbahagia Tan Sri Noh Omar.

Related posts

Sayur Pengubat Kanser

admin

The New 13 Paix

adminwm

Bagaimana Kesaksamaan Jantina Memanfaatkan Prestasi Syarikat

admin

Leave a Comment