GAYA HIDUPHidangan, Resipi & Petua

KONJI BUBUR NASI

BAHAN:

1 ½  gelas beras (sedap guna beras wangi)

1 batang fucuk

2 ½  liter air

CARA:

  1. Bersihkan beras.
  2. Masukkan air dan fucuk  (fucuk digunakan untuk melikatkan dan melicinkan bubur) 
  3. Rebus hingga beras hancur dan menjadi bubur pekat (boleh tambah air jika suka beras lebih hancur dan rebuslah mengikut kepekatan yang disukai)

IKAN BILIS GORENG CILI BAWANG

BAHAN:
350gm ikan bilis
1 labu bawang bombay dihiris
5 ulas bawang putih dihiris
2 batang cili hidup dihiris nipis
½ inci halia dihiris halus
1 cawan minyak masak
Garam secukup rasa 

CARA:

  1. Goreng ikan bilis hingga kekuningan, ketep dan toskan.
  2. Masukkan bawang putih, bawang bombay dan halia dalam sisa minyak tadi dan kacau hingga wangi dan kekuningan.
  3. Masukkan cili dan garam secukup rasa. 
  4. Masukkan ikan bilis. Kacau rata selama lima (5) minit dan tutup api. 

KAKI AYAM MASAK KICAP

BAHAN:

15 ketul kaki ayam dibersih dan direbus hingga empuk (simpan air rebusan) 

5 keping cendawan tiram atau cendawan butang (dihiris atau dibiarkan sebiji) 

1 labu besar besar bawang bombay dibelah dua dan hiris nipis 

5 ulas bawang putih dicincang halus 

½  inci halia dicincang halus

2 sudu besar kicap pekat  

3 sudu besar kicap cair

3 sudu kicap manis 

3 sudu besar sos tiram  

1 sudu minyak bijan 

4 sude besar minyak masak  

1 gelas air

Garam secukupnya (hati-hati sebab sos yang digunakan sedia masin)

CARA:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang bombay, bawang putih dan halia. Kacau hingga kekuningan dan wangi. 
  2. Masukkan kicap pekat, kicap cair, kicap manis, sos tiram dan segelas air masak selama lima (5) minit.  
  3. Masukkan ayam dengan lebihan air rebusan, cendawan dan masak selama lima (5) minit. 
  4. Masukkan garam secukup rasa serta minyak bijan dan didihkan selama sepuloh (10) dan hingga kuah pekat. 

SAMBAL GORENG UDANG KERING TUMBUK

1 cawan udang kering 

½ labu bawang besar

6 ulas besar bawang putih 

½ cawan cili kering telah dikisar 

1 batang serai diketuk 

1 cawan air

1 asam keping

1 cawna minyak

1 sudu besar gula

Garam secukupnya  

CARA:

  1. Bersihkan udang kering dan ditumbuk kasar.  
  2. Bawang besar dan bawang Putih dikisar. 
  3. Masukkan minyak dalam kuali dan goreng udang, ketepi dan toskan.  
  4. Dengan lebihan minyak, tumis bawang dan cili kisar sampai garing dan wangi.  
  5. Masukkan air, gula asam keping dan serai. Biar medidih sepuloh (10) minit.  
  6. Masukkan udang kering, kacau dan tutup apinya.

Related posts

Pelakon Ini Berhenti ‘Minum’ Selepas Menghantar Anak Ke Sekolah Dalam Keadaan Mabuk

admin

Fasa Kedua InterContinental Khao Yai Resort Menampilkan Kereta Api Guna Semula

adminwm

Khasiat Buah Kurma & Keistimewaan Kurma Ajwah

admin

Leave a Comment