FESYEN

Koleksi DWA Buat Pencinta Minimalis

HABIB memperkenalkan rekaan cincin berlian terbaru yang dinamakan Koleksi DWA. Nama

DWA yang diilham daripada perkataan ‘dua’, cincin ini memberi ilusi seperti memakai dua bentuk cincin. Cincin DWA ini mempunyai pelbagai rekaan yang unik berkonsepkan minimalis. Rekaan yang tampak ringkas ini adalah gabungan dua cincin yang dijadikan satu dengan kelainan fokus entiti bagi setiap satu.Koleksi DWA ini diinspirasikan daripada pelbagai motif, antaranya galaksi bintang dan bulan, kerlipan di angkasa, flora dan fauna, lingkaran emas dan berlian, serta kasih sayang.

Koleksi cincin DWA yang moden dan ringkas ini sesuai untuk digayakan buat penggemar konsep minimalis. Mengambil kira permintaan dari para pelanggan yang mempunyai cita rasa berbeza, koleksi ini diikat dengan tiga warna emas jenis 9k iaitu emas kuning, emas putih dan emas rose.

Tiga jenis warna emas yang digunakan iaitu emas putih, kuning dan rose Pemakaian cincin ini sangat unik kerana ianya boleh dipakai sebentuk ataupun bertindih. Untuk kelihatan lebih bergaya dan trendy, cincin ini juga cantik digayakan dengan memakainya lebih daripada satu jari.

Rekaan ini juga sesuai dijadikan cincin peringatan, cincin tunang dan ianya boleh juga dijadikan hadiah untuk yang tersayang ataupun sebagai hadiah hari jadi dan ulang tahun. Lebih-lebih lagi dengan harga yang ditawarkan yang mampu milik serendah RM799.

Antara rekaan yang terdapat dalam Koleksi DWA termasuk kerlipan dua bintang, gabungan bintang diselangi berlian dan dedaun bertatahkan berlian.

Hasil kerja tangan yang halus pada cincin ini, dengan rekaan yang melingkar sesuai untuk semua bentuk jari, menyerlahkan ilusi jari lebih runcing dan kemas. Saiz yang disediakan adalah dari saiz 9 sehingga saiz 18, sesuai untuk semua jari sama ada yang halus atau yang sedikit berisi.

Rekaan berbentuk hati (heart shape), lingkaran berlian ‘solitaire’, kuntuman dua bunga bertatahkan berlian serta bulan dan bintang.

Related posts

Tom Abang Saufi Debuts Its First Ever Sunglasses Collection: A Blend of Timeless Style and Cultural Heritage

adminwm

Introducing Mulberry x Richard Malone

admin

Out And About Again?

admin

Leave a Comment