kesihatan

KHASIAT CHIA SEED

Nama saintifiknya Salvia hispanica atau  biji chia. Ia sejenis tumbuhan berbunga daripada spesies keluarga pudina. Chia seed dikatakan berasal dari Mexico dan Guatemala dan banyak juga ditanam di Australia, Bolivia, Colombia, Peru dan Argentina. Kini, Mexico merupakan negara pengeluar utama chia seed di dunia.

Sebenarnya, sudah lama chia seed dijadikan sebagai makanan tambahan atau suplemen mahupun ubatan sejak masyarakat zaman kuno seperti kaum Maya kerana adanya kesedaran dalam masyarakat tentang kebaikan dan khasiat chia seed ini.

Penggunaan chia seed dikesan seawal kurun ke-16 dalam populasi pra-Columbia yang mengamalkan chia seed sebagai sumber tenaga, kekuatan dan ketahanan badan.

Di samping itu, minyak daripada chia seed ini digunakan sebagai minyak sayuran dalam produk kosmetik. Terdapat juga upacara keagamaan puak natif Amerika yang menggunakan chia seed ini sebagai barang sembahyang mereka.

Kelebihan Dan Keistimewaan Chia Seed

Hasil kajian mendapati betapa istimewanya chia seed dari aspek kesihatan, kecantikan dan sebagainya:1

1. Kandungan nutrien yang tinggi

Dalam 28 gram chia seed, terdapat pelbagai khasiat iaitu: Serat atau fiber, protein, lemak, kalsium, mangan, magnesium, fosforus, zink, vitamin B3, potassium, Omega 3, Vitamin B1 dan Vitamin B2.

Analisis kandungan chia seed menunjukkan kandungan karbohidrat yang rendah (3.4%) dan tinggi protein (18.9%) serta lipid (31.2%).

Malah, chia seed mengandungi omega-3 (31.2%) dan omega-6 (5.2%), iaitu nutrien penting yang diperlukan tubuh yang hanya boleh diperolehi daripada makanan.

2. Aktiviti antioksidan yang tinggi

Chia seed mengandungi banyak antioksidan yang menentang tanda penuaan dan kanser.

Chia seed mengandungi sebatian antioksidan yang terdiri daripada sebatian fenolik dan flavonoid. Khususnya, chia seed mengandungi asid rosmarinik (0.927 mg/g), asid protocatechuic (0.747 mg/g), asid kafeik (0.027 mg/g) dan asid galik (0.012 mg/g).

Para pengkaji juga menjumpai kandungan sebatian antioksidan lain yang tinggi seperti karotenoid dan vitamin E dalam chia seed.

3. Bagus untuk penghadaman

Chia seed adalah makanan rendah karbohidrat. Ia kaya dengan serat sebanyak 35%. Di samping itu, kandungan serat dalam chia seed adalah lebih banyak berbanding makanan lain seperti quinoa, jagung dan amaranth. Antaranya cepat berasa kenyang, penghadaman makanan pula menjadi lebih lambat, menyebabkan anda akan memakan sedikit saja kalori.

Bakteria ‘baik’ dalam usus juga mendapat kebaikan daripada serat yang berada di dalam chia seed.

4. Tinggi protein

Kandungan protein dalam chia seed adalah tinggi dan dikatakan lebih tinggi berbanding kebanyakan tumbuhan lain. Selain itu, boleh mengurangkan selera makan, sekaligus mengurangkan pengambilan makanan berlebihan.

5. Kesihatan tulang

Chia seed mengandungi nutrien yang bagus bagi mereka yang ingin mengamalkan diet sihat. Ia kaya kalsium (455 mg/100 g), fosforus (585 mg/100 g), magnesium (340 mg/100 g) dan protein, maka chia seed diakui bagus untuk kesihatan tulang. Kepekatan kalsium dalam chia seed adalah lebih tinggi daripada susu.

6. Kawalan gula dalam darah dan tekanan darah tinggi

Kajian awal menunjukkan bahawa pesakit diabetes mendapat manfaat daripada chia seed. Ini termasuk tekanan darah menurun dan penurunan gula dalam darah. Sementara kajian ke atas tikus makmal juga menunjukkan rintangan insulin yang menurun apabila sampel kajian diberikan diet makanan berasaskan chia seed. Bagi orang dewasa yang mempunyai masalah hipertensi atau tekanan darah tinggi yang mengambil 35g/hari chia seed selama 12 minggu, menunjukkan penurunan tekanan darah.

7. Menurunkan tahap kolesterol

Kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah akan mengakibatkan risiko penyakit kardiovaskular. Kajian klinikal menunjukkan bahawa pengambilan chia seed mampu menurunkan tahap kolesterol dalam darah melalui kandungan serat makanan dan asid lemak omega-3 tidak tepu dalam chia seed.

Selain itu, protein chia dan peptida bioaktif boleh menyekat laluan pembentukan kolesterol pada tahap selular.

Chia Seed bukan Biji Selasih

Ramai keliru mengatakan chia seed adalah biji selasih. Ini disebabkan rupanya yang agak sama.

Benar keduanya hampir mirip dan mengembang saat direndam di dalam air namun chia seed memiliki warna beragam dan berbentuk oval. Sedangkan biji selasihberwarna coklat dan berbentuk bulat. Keduanya juga berasal daripada tanaman yang berbeza, berbeza bentuk dan warna. Chia seed berasal dari Salvia hispanica, adalah daripada satu keluarga dengan tanaman mint. Sedangkan biji selasih berasal dari tanaman kemangi

Chia seed membantu menurunkan berat badan kerana mengandungi tinggi serat membuat anda berasa kenyang. Ia mengandung antioksidan, kalsium, protein, dan omega-3 yang baik bagi tubuh. Sementara biji selasih, di dalamnya mengandung serat dan zat besi tinggi dan diperkaya dengan magnesium, kalsium, dan flavonoid, yang merupakan salah satu jenis antioksidan. Sejumlah kandungan baik tersebut mampu memperbaiki tekanan darah, serta mencegah perkembangan sel kanser dalam tubuh.

Related posts

Mengenal Habbatussauda & Khasiatnya

admin

Manggis – Lemak Manis

admin

Adab Makan & Makanan Sunnah Saranan Rasulullah SAW

adminwm

Leave a Comment