FESYEN

Kasih Bapa Mekar di HABIB

Bapa adalah ketua keluarga yang sentiasa bekerja keras demi memberi kebahagiaan dan kesempurnaan kepada seluruh ahli keluarganya. Bapa, individu paling penting dalam mencorak kehidupan anak-anak. Meskipun syurga di bawah telapak kaki ibu, namun bapalah yang menjadi ‘hero’ dan sanggup mengerah keringat dalam memastikan keperluan orang tersayang dipenuhi.

Meskipun sibuk dengan tugasan harian mencari rezeki untuk keluarga, seorang bapa tetap akan meluangkan masa bersama anak dan isteri. Jasa bapa tiada tolok bandingnya dan sukar dibalas. Rebut apa sahaja peluang, tidak kira bila dan di mana jua untuk menunjukkan rasa penghargaan, kasih sayang dan hormat kita kepada insan yang bergelar bapa.

HABIB, Tidak Melupakan Kaum Adam

Meskipun lebih sinonim dengan barang kemas dan perhiasan buat golongan wanita, HABIB juga tidak melupakan kaum Adam yang menjadi pelindung dan pelengkap sesebuah keluarga. Malah, rekaan-rekaan perhiasan eksklusif HABIB khusus untuk lelaki amat sesuai dijadikan hadiah pemberian yang sempurna, sama ada untuk bapa, bapa mertua, mahupun untuk pasangan tersayang iaitu suami kerana ia direka teliti menggunakan campuran elemen, warna dan simbol yang tertentu bagi menggambarkan perasaan cinta dan kasih.

Antara yang menjadi tarikan dalam koleksi terbaru HABIB termasuk set Butang Baju Melayu yang diperbuat daripada perak paladium bertatahkan berlian dan batu permata yang penuh kilauan. Set ini boleh didapati dalam pelbagai rekaan berciri unik dengan pilihan pelbagai warna yang menarik seperti merah, biru, putih dan hijau yang mana ianya dapat disesuaikan mengikut personaliti seseorang bapa.

Antara set Butang Baju Melayu HABIB yang diperbuat

daripada perak paladium yang bertatahkan berlian dan permata berwarna biru

Selain itu, penghargaan kepada insan yang bergelar bapa juga boleh dizahirkan dengan menghadiahkan sebentuk cincin berlian atau batu permata menawan yang tidak menerapkan unsur emas, sebaliknya menggunakan logam perak paladium. HABIB turut menawarkan cincin perak paladium bertatahkan berlian dan permata lelaki dengan rekaan yang sangat moden, maskulin, dan eksklusif. Ini pasti akan menggembirakan hati bapa selaku penerimanya.  Kerana berlian tidak pernah gagal untuk memberi perasaan cukup istimewa dan disayangi bukan sahaja kepada kaum wanita, namun juga kaum lelaki khususnya bapa. Disebabkan itu juga berlian menjadi pilihan hadiah utama berbanding ratusan batu permata yang ada di dunia untuk dijadikan simbolik tanda cinta, kasih sayang, keraian, penghormatan dan penghargaan.

Antara pilihan bentuk cincin perak paladium dengan berlian dan permata

yang direka sempurna bagi pemakaian kaum Adam

Bagi memastikan hasrat murni pelanggan-pelanggan bagi mendapatkan hadiah yang terbaik bagi meraikan para bapa lebih-lebih lagi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, HABIB menawarkan perkhidmatan pembelian barang kemas dan perhiasan secara atas talian menerusi laman sesawang HABIB, serta menerusi platform e-dagang Shopee, Lazada dan Zalora.

Related posts

First Chiara Ferragni Branded Eyewear CollectIon

admin

Ashreil Izwan dan Dunia Fesyennya

admin

A Season of Bold Style

admin

Leave a Comment