Hukum iddah adalah wajib ke atas wanita yang bercerai atau kematian suami
Firman Allah SWT:
وَالْمُطَلَّقَاتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ ثَلَاثَةَ قُرُوءٍ ۚ وَلَا يَحِلُّ لَهُنَّ أَنْ يَكْتُمْنَ مَا خَلَقَ اللَّهُ فِي أَرْحَامِهِنَّ إِنْ كُنَّ يُؤْمِنَّ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ وَبُعُولَتُهُنَّ أَحَقُّ بِرَدِّهِنَّ فِي ذَٰلِكَ إِنْ أَرَادُوا إِصْلَاحًا ۚ وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ وَلِلرِّجَالِ عَلَيْهِنَّ دَرَجَةٌ ۗ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
- Maksudnya: Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa `iddah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajiban yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dan suami mempunyai satu darjat kelebihan atas isterinya. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
- Wanita yang bercerai
- Perempuan yang masih ada haid, iddanya tiga kali suci haid (4 kali suci sekiranya diceraikan ketika datang haid.
- Peremuan yang telah putus haid atau menopause, iddahnya tiga bulan.
- Perempuan yang haid tidak teratur tempeh ddanya selama tiga bulan.
- Perempuan yang mengandung,iddahnya sehingga nelahirkan anak atau keguguran kandungan
Tempoh iddah mengikut situasi
Tempoh ‘iddah wanita yang bercerai ialah tiga kali suci. Jika wanita tersebut ditalaq sewaktu dalam keadaan yang suci, tempoh ‘iddahnya tamat apabila datang haid yang ketiga. Jika ditalaq semasa dalam keadaan yang haid, ‘iddahnya tamat apabila datang haid yang keempat.
Jika wanita itu ditalaq ketika mengandung, tempoh ‘iddahnya sehingga dia bersalin atau kandungannya gugur.
Bagi wanita yang ada masalah haid seperti putus haid ataupun haid yang tidak teratur, tempoh ‘iddahnya selama tiga bulan.
Situasi Bercerai | Tempoh Iddah |
Bercerai ketika suci | 3 kali suci haid |
Bercerai ketika haid | 4 kali suci haid |
Putus haid / menopause | 3 bulan |
Haid yang tidak teratur | 3 bulan |
Mengandung | Sehingga kelahiran / keguguran |
Firman Allah:
وَاللَّائِي يَئِسْنَ مِنَ الْمَحِيضِ مِنْ نِسَائِكُمْ إِنِ ارْتَبْتُمْ فَعِدَّتُهُنَّ ثَلَاثَةُ أَشْهُرٍ وَاللَّائِي لَمْ يَحِضْنَ ۚ وَأُولَاتُ الْأَحْمَالِ أَجَلُهُنَّ أَنْ يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ ۚ وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مِنْ أَمْرِهِ يُسْرًا
Maksudnya: Dan perempuan-perempuan yang tidak haid lagi (menopause) di antara perempuan-perempuanmu jika kamu ragu-ragu (tentang masa iddahnya), maka masa iddah mereka adalah tiga bulan; dan begitu (pula) perempuan-perempuan yang tidak haid. Dan perempuan-perempuan yang hamil, waktu iddah mereka itu ialah sampai mereka melahirkan kandungannya. Dan barang -siapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusan Surah At-Talaq, ayat 4 ❊
Begitu juga dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah di mana Rasulullah SAW memerintahkan Barirah untuk ber’iddah dengan tiga kali haid.

Pantang Larang Semasa Iddah
Wanita yang berada dalam tempoh ‘iddah mempunyai batasan hukum yang perlu dipatuhi sepanjang berada dalam tempoh tersebut. Antara perkara yang perlu dipatuhi ialah:
- Haram menerima pinangan lelaki ajnabi.
- Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Jika perkahwinan dilangsungkan dalam tempoh tersebut, pernikahan itu adalah tidak sah dan pasangan tersebut wajib dipisahkan.
- Tidak dibenarkan keluar rumah dalam edah kecuali dengan keizinan suami.
- Tidak dibenarkan berkabung. Malah mereka dituntut untuk bersolek dan berhias kepada suaminya sebagai dorongan bagi membangkitkan keinginannya untuk rujuk semula.
- Tidak dibenarkan keluar rumah kecuali dalam keadaan yang diperlukan sahaja seperti bekerja dan mendapatkan rawatan perubatan. Termasuk dalam larangan juga ialah keluar bermusafir walaupun untuk menunaikan ibadah Haji.
- Tidak dibenarkan berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya tinggal semasa masih dalam ikatan perkahwinan. Dalam hal ini, suami dilarang menghalau keluar isteri yang diceraikan, bahkan mereka wajib menanggung seluruh nafkahnya termasuk nafkah tempat tinggal sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai `iddahnya) dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ) kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata“ Surah At-Talaq, ayat 1 ❊
Dapat difahami di sini bahawa wanita yang masih dalam edah, mereka masih boleh duduk dan tinggal sekali bersama suaminya. Malah suaminya wajib membayar nafkah kepada isterinya selama dalam tempoh ‘iddah. Tujuan dan hikmahnya agar suami dan isteri dapat berfikir dan menilai semula tindakan mereka, seterusnya dapat mengelakkan perceraian yang mungkin berlaku.
Haram Suami Tinggal Bersama Dalam Tempoh Iddah
Menurut pandangan Mazhab Syafie, suami tidak boleh tinggal sekali bersama isterinya dalam tempoh ‘iddah, kecuali mereka tinggal bersama mahram seperti ibu bapa atau adik-beradiknya.
Jika suami tetap berterusan tinggal bersama isterinya tanpa mahram, dibimbangi berlakunya berkara yang melanggar syarak, kerana hubungan suami isteri menjadi haram dan berdosa besar kerana gugurnya talak.
Sekiranya terdapat mahram di dalam rumah, harus hukumnya bagi suami masuk atau tinggal bersama di dalam bilik yang berasingan.
Manakala menurut mazhab Hanafi pula, rujuk boleh dengan ucapan dan boleh juga dengan perbuatan sama ada menyetubuhi, mencium, menyentuh, melihat dan sebagainya.
Berapa lamakah tempoh iddah wanita yang bercerai/kematian suami?
Tempoh ‘iddah bagi wanita yang bercerai atau kematian suami adalah tiga kali suci. Bagi yang menopause 3 bulan. Manakala wanita yang mengandung, adalah sehingga dia bersalin atau kandungannya gugur.
Bolehkah suami tinggal bersama isteri dalam tempoh edah?
Boleh sepertimana firman Allah SWT dalam Surah At-Talaq, ayat 1. Tapi dalam Mazhab Syafie, suami tidak boleh tinggal sekali bersama isterinya dalam tempoh ‘iddah, kecuali ada mahram seperti ibu bapa atau adik-beradiknya.
Adakah suami wajib memberikan nafkah isteri semasa iddah?
Ya. Suami wajib menanggung seluruh nafkah si isteri termasuk nafkah tempat tinggal semasa dalam tempoh iddah.