GAYA HIDUPkesihatan

HABBATUSSAUDA MERAWAT PELBAGAI PENYAKIT

Seorang pengamal perubatan dari Greece yang terkenal dengan gelaran bapa perubatan awal iaitu Hipocrates, menyarankan memakan habbatussauda bagi merawat penyakit berkaitan sistem penghadaman. Sementara pengamal perubatan Islam terkenal pada abad ke-10, Ibnu Sina pula menjelaskan habbatus sauda dalam buku ‘The Canon of Medicine’ sebagai satu tumbuhan herba yang dapat meningkatkan tenaga badan, menghilangkan kelesuan dan meningkat kekuatan spiritual. Daripada sudut pandangan Islam sendiri, ada hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Aishah RA menyebut mengenai kelebihan habbatussauda dalam membantu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Habbatussauda adalah satu daripada herba yang banyak digunakan untuk rawatan pelbagai jenis penyakit seperti kencing manis, asma, darah tinggi, penyakit kardiovaskular (jantung) dan barah. Keberkesanan herba ini dalam merawat beberapa penyakit kronik berkenaan dikaitkan dengan ciri-cirinya yang mempunyai sifat anti radangan, antioksidan, antibakteria, antiparasit dan antikulat.

Habbatussauda, atau turut dikenali sebagai jintan hitam (black cumin) merupakan sejenis tumbuhan yang amat popular di negara kita. Disebabkan khasiat habbatus sauda yang pelbagai, herba terutamanya minyak habbatus sauda ini sering digunakan di dalam perubatan tradisional untuk mengubat pelbagai jenis penyakit.

Habbatussauda digunakan secara meluas sejak ribuan tahun dahulu untuk pelbagai tujuan, antaranya sebagai penawar diabetes dan kanser. Ia juga dikatakan amat berkesan untuk membantu menurunkan berat badan.

Habbatussauda boleh diambil secara oral atau disapu pada kulit. Malah, ia sering digunakan secara tradisional untuk merawat sakit kepala, masalah pencernaan dan banyak lagi.

Khasiathabbatus sauda untuk kesihatan

Habbatussauda telah digunakan sejak zaman Mesir purba sebagai ubat untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Di negara kita, habbatus sauda juga dijual dalam pelbagai bentuk – sama ada dicampurkan dengan makanan sunnah lain seperti madu atau dijadikan produk baharu seperti teh atau kopi.

Antara penyakit yang boleh diubati dengan khasiat habbatus sauda ialah:

Menurunkan tekanan darah tinggi

khasiat habbatus sauda

Habbatussauda telah lama digunakan sebagai rawatan hipertensi. Menurut sebuah kajian yang dimuatkan di dalam Journal of Hypertension pada tahun 2016, minyak habbatus sauda dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.

Malah, pakar juga mendapati pengambilan suplemen ini dapat mengurangkan bacaan sistolik dan diastolik pesakit hipertensi.

Sesuai untuk pesakit diabetes

khasiat habbatus sauda

Antara manfaat habbatussauda ialah kemampuannya untuk menstabilkan kadar gula dalam darah.

Kajian yang dijalankan pada 2019 dan dimuatkan dalam jurnal International Journal of Environmental Research and Public Health mencadangkan, pengambilan minyak pati habbatus sauda mungkin dapat menurunkan kadar gula dalam darah dan rintangan insulin badan. Malah, kajian ini juga memungkinkan penggunaan habbatus sauda sebagai rawatan untuk pesakit diabetes jenis 2 di samping rawatan sedia ada.

Cara terbaik untuk mengamalkan pengambilan habbatussauda adalah dengan mencampurkannya dengan air. Bagi pesakit diabetes, anda boleh cuba minum air habbatus sauda ini ketika perut kosong untuk mengurangkan kadar gula dalam darah.

Habbatussauda untuk pengidap asma

Bagi penghidap asma yang menderita dengan simptom seperti batuk, bersin dan sesak nafas, habbatus sauda mungkin dapat membantu. 

Membantu menurunkan berat badan

Khasiat habbatussauda dikatakan boleh menurunkan berat badan setelah mengamalkannya.. Walau bagaimanapun, pakar masih belum pasti bagaimana habbatussauda dapat membantu menurunkan berat badan.

Menurut sebuah kajian kecil yang dijalankan ke atas 45 wanita yang mempunyai berat badan berlebihan, pengambilan 2000 mg minyak habbatus sauda selama lapan minggu didapati dapat mengurangkan selera makan dan mengurangkan berat badan.

Namun, masih banyak lagi kajian yang perlu dijalankan untuk menentukan keberkesanan sebenar habbatus sauda.

Bagi mereka yang ingin mencuba air habbatus sauda, cuba rendamkan 2 sudu kecil herba ini ke dalam air. Kemudian, air tersebut bolehlah diminum.

Habbatussauda untuk kulit lebih cantik

Inginkan kulit yang lebih sihat dan cantik? Cuba amalkan air rendaman habbatussauda setiap hari! Menurut sebuah kajian yang dimuatkan di dalam jurnal Dermatology and Dermatologic Surgery, individu yang mengambil habbatussauda mempunyai kulit yang lebih sihat dan kurang jerawat.

Malah, disebabkan sifat antibakteri, habbatussauda juga dapat mengurangkan inflamasi dan juga mempercepatkan penyembuhan kulit. Bagaimana pun pesakit amat digalakkan untuk mendapatkan nasihat pakar sebelum mengambil apa-apa suplemen atau makanan tambahan.

Related posts

Love at First Click

adminwm

Dapur Rakyat Mementingkan Kesegaran dan Kualiti Makanan

admin

Heritage Delights and Traditional Festivities

adminwm

Leave a Comment