Gelombang Korea sudah bertahun-tahun meresapi jiwa orang Malaysia. Tidak hanya melalui muzik dan hiburan mereka, malah cara hidup, budaya dan makanan mereka juga kini bagai pilihan utama masyakarat Malaysia terutamanya generasi muda hari ini. Ia bukanlah sesuatu yang negatif, tidak salah untuk kita meraikan kepelbagaian citarasa dan budaya orang lain tetapi ingat ada sesetengah cara dan amalan mereka tidak sesuai untuk kita di sini.
Kecantikan orang Korea sememangnya tidak dapat dinafikan. Mereka seolah-olah memiliki kesempurnaan wajah (tidak kisahlah sama ada dimiliki secara semula jadi atau menerusi operasi). Rata-rata wanita Korea memiliki kulit yang mulus, cerah, berkemilau dan lembut yang menjadi dambaan kebanyakan orang kita. Tidak menghairankan, kerana mereka juga antara negara pengeluar produk kosmetik terunggul di dunia.
Dan, kini trend glass skin atau kulit berkaca menjadi fenomena dalam aliran kecantikan sekarang. Ramai terkesima melihat wajah gadis Korea yang seperti ada kilauan kaca di permukaan kulit, sangat mulus dan tanpa cela. Adakah glass skin ini sesuai dan selamat untuk kita di Malaysia?
Dan, kini trend glass skin atau kulit berkaca menjadi fenomena dalam aliran kecantikan sekarang. Ramai terkesima melihat wajah gadis Korea yang seperti ada kilauan kaca di permukaan kulit, sangat mulus dan tanpa cela. Adakah glass skin ini sesuai dan selamat untuk kita di Malaysia?
Hakikatnya, proses ini tidak normal untuk kulit semula jadi kita. Proses pengelupasan yang berlebihan hanya akan membuatkan sel kulit mati kita menipias dan menghilangkan lapisan perlindungan kulit semula jadi. Ada sebab kenapa Allah menjadikan sel kulit mati ini pada permukaan wajah, pastinya untuk melindungi lapisan kulit di bawahnya. Jadi, kenapa harus kita melawan proses alami itu?
Tidak kira sama ada orang Korea atau Malaysia, definisi memiliki kulit cantik itu sebenarnya adalah dengan memiliki kulit yang sihat, tona sekata dan perlu bermula dengan hidrasi yang cukup. Jaga dalaman maka kecantikan akan terserlah secara luaran. Usah perlekehkan kulit semula jadi yang kita miliki, adalah normal untuk membiarkan pori-pori halus di permukaan kulit atau sedikit cela, ia kelihatan lebih manis natural berbanding yang kelihatan keras dan ’fake’.