(Dari kiri) Datuk Syed Zaid Albar, Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Novan Amirudin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, dan Marisa R Ng, salah seorang artis yang mengambil bahagian semasa pelancaran CIMB Artober Art & Soul 2025.
CIMB Artober Art & Soul 2025 kembali untuk tahun kelima sebagai acara seni utama anjuran CIMB Group Holdings Berhad (“CIMB” atau “Kumpulan”), dengan visi berani untuk menjadi penggerak utama ekonomi kreatif Malaysia. Acara ini sekali lagi menegaskan komitmen CIMB dalam menyokong pembangunan ekonomi kreatif di seluruh ASEAN.
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, bersama Datuk Syed Zaid Albar, Pengerusi CIMB Group dan Novan Amirudin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB. Delegasi Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) turut hadir, memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pusat pertukaran budaya dan seni serantau.

Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, bersama delegasi Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN dan barisan kepimpinan kanan CIMB semasa pelancaran CIMB Artober Art & Soul 2025.
Menurut Novan Amirudin, “Artober bukan sekadar pameran seni – ia adalah seni untuk semua. Seni yang mencabar pemikiran, membuka ruang empati dan memperkasakan komuniti. Seperti seni, CIMB meraikan kepelbagaian dan inklusiviti. Inilah matlamat kami, untuk memajukan pelanggan dan masyarakat secara menyeluruh di ASEAN.”
Sejak dianjurkan pada tahun 2020, CIMB Artober telah berjaya mengumpul lebih RM20 juta untuk komuniti seni dan mempersembahkan kira-kira 1,000 karya seni setiap tahun. Tahun ini, CIMB Artober menyatukan lebih 30 galeri dan 100 artis, termasuk galeri ternama seperti Taksu, G13 Gallery, Art+ Contemporary, Galeri Sasha, O Sculpture Art Space dan Richard Koh Projects.

(Dari kiri) Novan Amirudin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Syed Zaid Albar, Pengerusi Kumpulan CIMB, dan Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, melawat reruai artis muda neurodivergen dari HUGEArt di CIMB Artober Art & Soul 2025.
Sorotan CIMB Artober 2025:
- Tujuh karya agung dari koleksi peribadi mendiang Datuk Ibrahim Hussein, dipamerkan secara eksklusif.
- Pameran solo oleh:
- Prof. Zulkifli Yusoff – “Transparency”
- Daud Rahim – “The Mirror Within, The Soul of My True Self”
- Tan Kai Sheuan – “Nothing Exists Alone”
- Pameran seni kraf tangan termasuk tekstil tenunan Mah Meri dan hasil kerja Jabatan Penjara Malaysia.
- Pavilion Pahang menampilkan koleksi Songtik® gabungan tenun dan batik, serta tekstil Iban dari Sarawak.
- Art Talks bersama tetamu terhormat termasuk Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan tetamu antarabangsa.
- Pameran fesyen unik – hasil kolaborasi antara penyanyi Aina Abdul dan pereka tersohor Melinda Looi.
- Lelongan amal seni pada Ahad, 28 September 2025 – hasil disalurkan kepada Gaza melalui Mercy Malaysia.
Inovasi Digital dan Ganjaran CIMB
- Pelancaran katalog digital interaktif, termasuk fungsi visualisasi seni dalam ruang kediaman pembeli.
- Kemasukan adalah percuma untuk semua pengunjung.
- Diskaun eksklusif untuk pemegang kad CIMB:
- 10% diskaun untuk pembelian minimum RM10,000
- 15% diskaun untuk pembelian melebihi RM25,000 dalam satu resit
(Tertakluk kepada terma & syarat)
Butiran Acara:
Lokasi: Hall 1, MITEC, Kuala Lumpur
Tarikh: 26 – 28 September 2025
Masa: 12.00 tengah hari – 8.00 malam
Maklumat lanjut: http://CIMB.com.my/artober
