kecantikan

10 Ulam-ulaman Bongkar Rahsia Awet Muda, Rugi Tak Cuba!

Dalam dunia moden yang penuh dengan produk kecantikan dan rawatan mahal, ramai yang terlupa bahawa alam semula jadi telah lama menyediakan penawar terbaik untuk kekal sihat dan awet muda. Amalan pemakanan tradisional seperti pengambilan ulam bukan sahaja menyihatkan tubuh, malah membantu melambatkan proses penuaan secara semula jadi.

Tahukah kamu, ulam-ulaman yang sering digunakan dalam masakan Melayu bukan sekadar pelengkap hidangan, tetapi kaya dengan antioksidan, vitamin, dan mineral penting untuk kesihatan kulit, rambut, dan dalaman. Daripada daun pegaga hingga ke ulam raja, setiap satu mempunyai kelebihan tersendiri dalam mengekalkan keremajaan dan kecergasan tubuh.

Majalah WM senaraikan 10 jenis ulam-ulaman tradisional yang terbukti berkhasiat untuk membantu anda kekal muda, bertenaga, dan berseri secara semula jadi – tanpa perlu bergantung kepada bahan kimia atau prosedur moden yang mahal. Petik-petik, cuci-cuci, kunyah-kunyah – terus cantik muda 10 tahun dari usia sebenar! Nak lebih sedap, cicah-cicah dengan sambal belacan, budu, tempoyak atau cencaluk, tak toleh kiri kanan menyuap nasi.

10 Ulaman dengan Kebaikan Awet Muda:

1. Pegaga (Centella asiatica)

  • Tinggi antioksidan dan vitamin C
  • Membantu merangsang pengeluaran kolagen dan melancarkan peredaran darah

2. Ulam Raja (Cosmos caudatus)

  • Mengandungi flavonoid dan vitamin A
  • Meningkatkan keanjalan kulit dan menentang radikal bebas

3. Daun Selom (Oenanthe javanica)

  • Kaya dengan vitamin A dan C
  • Membantu mencerahkan kulit dan menyihatkan sistem dalaman

4. Daun Kesum (Polygonum minus)

  • Mempunyai sifat anti-penuaan dan anti-radang
  • Melancarkan pencernaan dan membersihkan darah.

5. Petai (Parkia speciosa)

  • Mengandungi antioksidan, serat, dan zat besi
  • Menyokong detoksifikasi dan kesihatan kulit

6. Jering (Archidendron pauciflorum)

  • Kaya dengan protein dan zat besi
  • Membantu kesihatan buah pinggang dan darah.

7. Kacang Botol

  • Sumber vitamin C dan serat
  • Membantu pembentukan kolagen dan kulit anjal

8. Daun Kaduk

  • Kaya dengan kalsium, fosforus dan antioksidan
  • Membantu sistem imun dan melawan penuaan sel

9. Cekur (Kaempferia galanga)

  • Mempunyai khasiat anti-inflamasi dan antioksidan
  • Membantu kesihatan kulit dan peredaran darah

10. Daun Kari

  • Mengandungi beta-karoten, vitamin B dan zat besi
  • Menyuburkan rambut dan kulit, serta menyokong kesihatan dalaman

Related posts

KECANTIKAN DAN KESELARASAN DIRI

Wirda Adnan

Rawatan Rambut Bagai di Salun Mewah Kini Hanya di Rumah

Afiza Kamarulzaman

Me Time, Manjakan Diri

Afiza Kamarulzaman

Leave a Comment