GAYA HIDUPhiasan

B’York KL Exquisite and Calming

Sekian lama tidak bertemu, saya, Nora dan Mahani mendapat undangan daripada teman lama. Mengenang semula persahabatan, undangan diterima membawa kami ke G Village, Pandan Indah, Kuala Lumpur.

Pintu terbuka luas, yang menyambut kami bertiga ialah tuan punya tempat ini yakni Madam Syeba Yip. “Oh my gosh cantiknya  taman hijau you.” Dan kami tidak dapat menahan hati bergambar dan bergambar di setiap sudut. 

B’York KL di tingkat satu bangunan G Village, rent and event venue with exquisite and calming ambience di mana anda boleh hos parti dan apa juga keraian. Ruang dewan/restoran serba acara dan serba guna; dewan makan, dewan mesyuarat, ya pelbagai majlis boleh diadakan di sini. Anda mencari lokasi untuk fotografi model misalnya, tidak mahu digangu hujan mahupun panas terik, mahu penggambaran berjalan selesa walau hujan ribut melanda. Yang penting ia berlatar belakangkan rimbun hijau dan perpohon rendang. Anda mencari ruang untuk bermesyuarat tetapi mahukan suasananya damai dan tenang. Anda berkeinginan untuk bersantapan bersama sanak saudara atau kawan-kawan sahaja, dan tiada gangguan tetamu luar. Ya inilah tempatnya yang boleh memuatkan sehingga 150 tetamu.

“Saya mahu pelanggan berasa seperti di rumah sendiri. ‘Saya mahu setiap yang berada di sini tenang dan senang hati.. It’s a place to chill, and enjoy the food

Kami menyediakan makanan halal pelbagai jenis; fusion, tempatan, aneka rasa pasta, makanan Pakistan, oh ya, salah seorang daripada chef kami orang Pakistan, dia pandai juga  memasak makanan India dan dari Timur Tengah. Di sini beritahu apa sahaja sesuai dengan selera pelanggan tetapi jikalau kami rasa tidak boleh, kami akan beritahu pelanggan,” kata Syeba.

Menarik dewan eksklusif ini akan hanya dibuka untuk tetamu yang telah membuat tempahan. “Setakat ini saya senang cara begini, dan kami menyediakannya makanan right on the spot, segar, panas dan pastinya mengikut cita rasa pelanggan. Chef akan terlebih dahulu berbincang mengenai menu, B’york KL juga punya menu all time favourite.”  

Dewan yang indah ini juga telah menjadi ruang untuk sidang media pertama dan sidang media kedua PVRTM ‘The Cloth Concert’ yang akan diadakan pada 22.10.2022 di dewan Perdana IOI Mall Putrajaya. Rata-rata  artis, pereka fesyen, wakil media dan tetamu daripada RTM yang hadir menyatakan tempat ini memang sesuai dijadikan venue acara glamor seperti ini. Sebelum ini dikatakan Fasha Sanda memilih B’York KL sempena menyambut hari lahir anaknya dan minggu berikutnya peragawati terkenal Tinie memilih B’York KL untuk melancarkan produk kesihatannya.

Saya juga tidak mahu ketinggalan mengadakan majlis berinai (mehndi) anak lelaki kami di sini. Kamii telah berbincang bagaimana ruang ini nanti akan bertukar menjadi taman Bollywood yang indah, insha Allah. Saya serahkan kepakaran menghias ini kepada anak buah Syeba. 

Jika anda masih tercari-cari venue untuk apa jua majlis, oh ya, bulan November dan Disember tentu ramai memerlukan tempat untuk majlis pertunangan dan pernikahan, saya syorkan anda ke sini.

Layari B’york KL: https://www.venuerific.com
IG: https://www.instagram.com/byork.kl/
FB: https://www.facebook.com/byork.kl

Related posts

Mr. BIBIM Spicy Chicken di Seluruh Malaysia

adminwm

Kanser Ovari Kanser Tetiga Tinggi dihadapi Wanita

adminwm

Football Republic Buka Cawagan di Sunway Pyramid

admin

Leave a Comment