GAYA HIDUP

BORAKWM ‘heart to heart’ 

BorakWM bukan sebarang borak. Borak dari hati ke hati. Ia ruang untuk menyuara rasa hati dan mencurahkan perasaan. Kadang kita memerlukan tempat bercerita, kadang kita mahu berbicara tetapi tiada yang mahu mendengarnya. Kadang bila masalah berserabut di dada, ia menambah kepada keperitan dan kepahitan. Kadang kita gagal mencari penyelesaian. 

Borak WM dibawa secara santai dan selesa. Diajak berborak sambil dititipkan nasihat dan panduan bagi meringankan beban mahupun mengatasinya dan jika boleh mencarikan penyelesaiannya. Bukan syarahan agama, tetapi berlandaskan hukum hakam Islam. Kerana Islam mengajar kebenaran, kesabaran, keikhlasan, mendidik umatnya berilmu dan sebagainya.

Mengeratkan lagi kerjasama WM Heart Resources bersama Yayasan Restu, tajuk Podcast pertama kami ialah RESTU. Dalam perkahwinan, perlukah restu ibu bapa? Jika tidak direstui, dan pasangan mengambil keputusan bernikah juga secara senyap-senyap, besarkah dosa menderhaka kepada ibu bapa? Mengapa tidak direstui, sedangkan kebahagiaan anak adalah kebahagiaan ibu bapa juga?

Satu ketika kisah anak Datuk Chef Wan, Serina, berkahwin di negara jiran kerana tidak mendapat restu ayahnya chef terkenal ini. Betulkah cerita bahawa Chef Wan tidak merestui pernikahan puterinya kerana yang hendak berkahwin dengan anaknya cuma pegawai polis biasa? Orang kata Chef Wan memilih menantu, hendak orang kayangan sesuai dengan dirinya yang berharta. Netizen menuduhnya bermacam-macam dan kata mereka Wan tidak pernah serik, dan suka cari publisiti.

Dengar curahan hati Chef Wan. Wan sebak. Dan dengar apa kata Datuk Ustaz Nawawi Daud dari Yayasan Restu akan hukum menderhaka kepada ibu bapa dan cara mengatasi masalah supaya rumah tangga yang dibina berakhir seperti yang didambakan oleh setiap pasangan dan waktu sama mendapat berkahNya. 

Borak WM episod 3 bersama Puteri Sarah Liyana. Kebetulan kehadirannya pada petang Selasa 13 Ogos 2024 seperti dirancang kerana petang Isnin 12 Ogos 2024  bekas suaminya Syamsul Yusof menceraikan isterinya Ira Kazar. 

Apa kata Sarah tentang perceraian itu? Apakah Sarah akan rujuk semula atau akan berkahwin dengan business partner seorang ahli perniagaan berjaya dari Indonesia. Dan sejauh mana hubungan Sarah dengan Andi Arsyil?

Dengan membawakan tajuk DENDAM, apakah Sarah akan bersorak gembira dan bertepuk tangan kerana si penyondol (nama jolokan diberikan netizan kepada Ira Kazar) akhirnya ‘rebah’. Dengar juga nasihat Ustaz Dzulkhari author lebih 20 buku berlandaskan agama tentang DENDAM. Apakah Islam membolehkan umatnya berdendam? 

Borak WM dihoskan oleh saya, Wirda Adnan dan Mahani Awang. Syukur episod 1,2,3 mendapat maklum balas yang amat memuaskan. Sebarang kekurangan harap dapat dimaafkan. Sepatah kata Mahani, “Kita Wirda dulu-dulu selalu juga keluar tv tetapi kita ditemuramah bukan menemuramah. Jadi adalah gagapnya di sana sini, kan Wirda.” Kami mengharapkan yang terbaik sahaja, semoga Allah merestui projek julung kali diadakan ini.Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda, krew TV Restu, krew WM, Nasyrul Quran dan Yayasan Restu khasnya. Tanpa kerjasama YR, kami tidak bisa melakukan. 

Podcast Borak WM di
Spotify: Borak WM
You Tube: MajalahWM 

Satu kejutan, selepas Datuk Chef Wan mewarwarkan projek Wakaf Quran kerjasama WM dan YR, Chef yang pemurah mewakafkan 6,000 naskah bernilai RM30,000. Dan di minggu keduanya, Puteri Sarah menyumbang RM1000 untuk projek kami. Projek ini menanam misi 20,000 naskah Al-Quran ke Bosnia. Sayugia, projek ini diadakan bagi menyokong usaha kerajaan Madani untuk menyebarkan satu juta Al Quran setiap tahun ke seluruh dunia. 

Kami menyeru anda di luar sana menjayakan projek wakaf Quran WM/YR. Senaskah RM50 sahaja, anda boleh mewakafkan seberapa banyak yang boleh. 

Sumbangan boleh disalurkan ke:

WM Heart Resources
Hong Leong Bank: 04801535213
Rujukan: WMBNQ4Bosnia
Hubungi: +6014 6906875
Salinan slip bank pembayaran, sila whatsapp ke number tertera di atas

Mengapa Bosnia?

Inisiatif ini bertujuan menghantar naskah Al Quran kepada komuniti Muslim di Bosnia, yang memerlukan sokongan dalam pemulihan dan pengukuhan identiti agama mereka selepas konflik yang panjang. Usaha ini dilakukan dengan kerjasama Majalah WM dan Malaysia Bornia Business Council. Sekiranya anda ingin bersama-sama kami untuk mengedarkan Al Quran ini di Bosnia, sila pm tepi. Tempat adalah terhad.

Related posts

Majlis Resepsi Perkahwinan Melissa dan John

adminwm

Kisah Seorang Cancer Survivor – “Life Is Beautiful.” – Dr. Hajah Mai Sargeant

admin

Apa Itu Mati Pucuk Lelaki?

adminwm

Leave a Comment