
Item wajib untuk ’melunakkan’ lagi bentuk mata yang memukau; maskara!
Maskara umpama susuk yang menjadikan solekan mata lebih sempurna dengan membingkainya dalam bentuk yang sangat indah. Ia kemasan akhir solekan mata yang tidak boleh ditinggalkan. Namun, tidak semua maskara mampu memberikan impak yang diimpikan.
Bagi yang mengimpikan bulu mata panjang, lentik dan terangkat tanpa sememeh dan bergumpal, Roll to Length Steel Mascara daripada Barenbliss ini boleh menjadi pilihan menarik untuk melengkapkan solekan Raya anda nanti.
Dikenali dengan tagline “Steel Precision for Sky-High Lashes”, maskara ini direka khas untuk memberikan efek pemanjangan yang ketara dengan hasil yang kelihatan semula jadi.
Keunikan maskara ini terletak pada berus keluli halus berukuran 0.27mm lash-width steel bristle yang membantu menyapu setiap helaian bulu mata secara lebih tepat dan sekata. Hasilnya, bulu mata tampak lebih panjang, terangkat dan tidak bergumpal.
Selain itu, formulanya diperkaya dengan Arginine, Pro-Vitamin B5 serta bahan seperti Olive Squalane dan Vitamin E yang membantu menjaga kelembapan dan kesihatan bulu mata. Maskara ini juga melalui ujian dermatologi dan non-comedogenic, serta bersifat cruelty-free dan vegan friendly.
Dengan tekstur cecair dan kemasan lengthening effect, ia sesuai digunakan untuk kegunaan harian mahupun acara istimewa.
Bulu Mata Kekal Lebat Lentik di Pagi Syawal

Sempena Hari Raya, solekan biasanya lebih segar dan berseri untuk melengkapkan busana tradisional seperti baju kurung atau kebaya. Bulu mata yang panjang dan lentik mampu memberi efek mata lebih besar dan ekspresif, sekali gus menaikkan seri wajah ketika berkunjung ke rumah sanak saudara atau bergambar bersama keluarga. Dengan ketahanan sehingga 24 jam pemanjangan bulu mata
Maskara ini membantu memastikan solekan mata kekal cantik sepanjang hari — dari pagi hingga ke malam rumah terbuka.
Cara penggunaannya juga mudah. Mulakan dengan melentikkan bulu mata menggunakan pengepit, kemudian sapukan maskara dari akar ke hujung secara gerakan zig-zag untuk hasil lebih sekata. Ulang sapuan sehingga mencapai panjang yang diinginkan.
Tips Sapuan Maskara Untuk Solekan Raya Lebih Menawan:


- Lentikkan dahulu bulu mata – Gunakan pengepit bulu mata sebelum menyapu maskara untuk efek lebih terbuka dan segar.
- Sapuan zig-zag dari akar – Mulakan dari akar dan gerakkan berus secara zig-zag ke atas untuk mengelakkan gumpalan serta memberi efek lebih tebal dan panjang.
- Fokus pada bahagian hujung – Tambah satu lapisan nipis di bahagian hujung bulu mata untuk ilusi lebih panjang tanpa nampak berat.
- Jangan pam berus dalam botol – Elakkan mengepam berus keluar masuk kerana ia boleh memasukkan udara dan membuatkan maskara cepat kering.
- Gunakan hujung berus untuk bulu mata bawah – Sapuan ringan pada bulu mata bawah akan memberi definisi lembut dan menjadikan mata lebih menyerlah.
