SANA SINI

“Fashion Fights Cancer” – VARIANTE & Pink Unity Bersatu Raikan Gaya, Muzik dan Tekad

Dalam usaha berterusan memperjuangkan kesedaran dan sokongan terhadap para pejuang kanser, jenama fesyen tempatan terkenal VARIANTE dan pertubuhan sokongan wanita kanser Pink Unity kembali bergabung dalam acara istimewa di bawah kempen Fashion Fights Cancer. Tahun ini, mereka membawakan sebuah acara bertemakan Retro Coffee Rave — satu petang penuh muzik, gaya dan solidariti.

Bertempat di Lisette’s Café & Bakery, Bangsar, acara yang menampilkan suasana retro penuh warna-warni serta semangat perjuangan. Tetamu disajikan dengan persembahan DJ secara langsung oleh Shawn Zod, lagu-lagu nostalgia daripada ABBA, Whitney Houston dan irama 80-an dan 90-an juga kolaborasi bersama Bravo Eventz, Aurea Skincare dan Jols Luxe.

Kempen 2025 – Meningkatkan Kesedaran Bersama Ikon Inspirasi

Kempen tahun ini tidak hanya memfokuskan kepada pentas peragaan, tetapi turut menampilkan sesi fotografi khas bersama barisan ikon dari pelbagai industri. Mereka dipilih bukan sahaja kerana pengaruh, tetapi juga semangat dan ketabahan mereka:

Eryna Su – Pengasas bersama Idea Company & Pengarah Eksekutif JustGood Group
Dr. S. Prasannah – Pakar Kecemasan & Trauma, Hospital Besar Kuala Lumpur
Alana Dunsmore – Pencipta Kandungan & Pengasas Goldies Scottish Premium Sweets
Mahani Kassim – Presiden Pink Unity
Leslie Variyan – Pereka Fesyen & Pengarah Kreatif VARIANTE
Lena Abdullah – Bekas Presiden Pink Unity (2013–2022)
Noryn Aziz – Penyanyi dan Selebriti

Setiap individu ini membawa mesej kekuatan, perpaduan dan harapan, menyerlahkan bahawa fesyen juga mampu menjadi medium perubahan dan sokongan emosi.

Warisan Kekuatan dan Gaya

Inisiatif Fashion Fights Cancer mula diperkenalkan pada 6 Julai 2013, hasil kerjasama antara Leslie Variyan dari VARIANTE dan Pink Unity, sebuah cabang di bawah Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM). Pink Unity berdiri atas prinsip “Oleh pejuang, untuk pejuang”, menyediakan sokongan sosio-emosi kepada wanita yang hidup dengan kanser melalui aktiviti sukan, rekreasi, pendidikan dan komuniti.

Menurut Leslie Variyan, “Saya sering bercakap tentang bagaimana saya mahu wanita rasa kuat dan hidup dalam pakaian saya, tetapi pada akhirnya, wanita perlu rasa kuat dan hidup dalam dirinya sendiri. Mesej Pink Unity wajar diraikan — menunjukkan bahawa tidak mengapa untuk melawan dan berdiri megah setelah mengharungi cabaran… dan jika mereka melakukannya dalam rekaan VARIANTE, itu lebih bermakna.”

Fashion Fights Cancer bukan sekadar peragaan, tetapi satu pergerakan meraikan ketabahan, kekuatan dalaman dan keanggunan wanita dalam menghadapi cabaran hidup.

Related posts

Siri OPPO Reno14 Membuka Pintu Festival Muzik OOO Penuh Gaya dan Daya

Afiza Kamarulzaman

AkzoNobel Memulakan Misi Melindungi Rumah Anda, Luar Dalam

admin

Girls Planet 999

admin

Leave a Comment