COVER STORY

Datuk Syafinaz Selamat Bercakap Tentang Keberadaannya dalam Dunia Muzik dan ‘FREEDOM ISN’T FREE’

Datuk Syafinaz Selamat. Nama yang mengegarkan satu Malaysia, bukan sahaja di pentas Gegar Vaganza tetapi di Akademi Fantasia, Who Will Win dan Mentor antaranya. Kehadirannya sebagai juri dan pengkritik sememangnya menjadikan pengukur jaya atau tidak rancangan televisyen itu. Dengan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah ASWARA juga pemenang 2015 The Brandlaurteate – Grand Master Brand Icon, Women of Excellence WOE Awards – Pencapaian Gemilang Industri, BARC ASIA, Asean Best Performance Artist by ARFF,  Successful People in Malaysia by The British Publishing House, London, dan terbaru dilantik sebagai Profesor Adjung di UPSI, sungguh tokoh yang bernama Syafinaz Selamat ini amat dikagumi. Demikian pandangan serta kritikannya yang bernas menjadi penting menambah kepada bilangan penonton kepada rancangan hiburan yang ditonton oleh jutaan rakyat Malaysia, waktu sama sebagai tokoh pendidik seni paling disegani.

Maka itu saat saya mahu menamakan artist yang mahu kami bawa bagi menjayakan delegasi Kembara Rona Sukma yang bakal merentas bumi Malaysia di Sarajevo dan Turkiye pada Oktober ini, Datuk Syafinaz Selamat insan yang paling layak mewakili Malaysia, disokong oleh rakan WM Poedjangga yang lain. Ketika kami bermesyuarat, tegas Syafinaz, “Perjalanan ini bukan sekadar langkah kaki, tetapi titipan jiwa, dan usaha mengangkat seni tanah air ke pentas dunia, khususnya dalam irama muzik, keindahan puisi, dan pesona busana. Insya-Allah saya akan melangkah bersama para seniman ternama, pereka fesyen tersohor, dan sasterawan hebat, demi menganyam mimpi menjadi nyata di bawah panji budaya yang kita cintai,” katanya.

Ikuti temuramah saya seterusnya dengan Datuk Syafinaz Selamat

Sebagai pengkritik Syafinaz juga dikritik, bagaimana menangani kritikan yang kekadang bisa mengugat jati diri?

“Sebagai penyanyi yang juga seorang pengkritik vokal, menerima kritikan terhadap hasil kerja sendiri adalah satu aspek yang tidak dapat dielakkan tetapi I’ve learned to be strong & keep standing tall regardless of what people say or think of my art.

“Saya cuba untuk melihat karya saya dari sudut pandang yang objektif. Bila seseorang mengkritik nyanyian saya, saya cuba untuk tidak mengambilnya secara peribadi. Ini kerana setiap karya adalah produk usaha yang boleh diperbaiki dan ia bukan cerminan mutlak siapa saya sebagai individu. Begitu pun tidak semua kritikan berniat untuk membina. Kritikan yang memberi cadangan atau menunjukkan kelemahan dengan cara yang sopan dan berasas, saya terima dengan hati terbuka. Tetapi jika ia berbentuk cercaan atau berniat menjatuhkan, saya belajar untuk meletakkannya di tempat yang sepatutnya – di luar hati dan minda saya. Saya melihat kritikan yang berasas sebagai peluang untuk mengakui kekurangan saya,  mungkin dari segi teknik vokal, penyampaian emosi, atau keaslian persembahan. Saya akan kembali mendengar rakaman untuk menganalisa dan mengenal pasti kesilapan. Mujur pemahaman terhadap muzik dan sikap percaya diri yang tinggi mengelakkan diri daripada tekanan mahupun terkesan dek komen membunuh. But ultimately setiap orang ada citarasa tersendiri. Sesetengah orang suka teknik nyanyian yang bersih dan teknikal, ada pula yang suka yang lebih mentah dan emosional. Saya tidak boleh memuaskan semua, dan itu adalah hakikat yang saya perlu terima. Kritikan yang paling pedih pun tidak seharusnya menghentikan kita daripada terus berkarya. Saya percaya, jika kita terus berkembang, kita akan sentiasa punya sesuatu yang lebih baik untuk ditawarkan.

“Nasihat saya kepada sesiapa yang menerima kritikan walau dalam apa-apa bidang sekalipun, agar jangan takut padanya. Kritikan itu tanda bahawa orang peduli dan mendengar. Yang penting adalah bagaimana anda menanganinya. Lengkapkan diri dengan pengetahuan agar dapat membandingkan kritikan membina dengan yang berbau hasad.”

Saat Syafinaz menyedari yang diri mahu berkecimpung dalam dunia seni dan muzik?

“I discovered my passion for singing at the tender age of nine and from that moment music became the heartbeat of my life. I dreamt of one day becoming a full time professional singer, pouring my soul into every note. But life had a beautiful twist in store, during my final year at university, I was appointed as an assistant lecturer. Masa itu, saya sedar pentas saya bukan hanya di depan mikrofon tapi juga di bilik kuliah. Saya menemui pentas baharu untuk memberi inspirasi, membimbing dan berkongsi ilmu dengan rakan sebaya serta pelajar junior.

“This is my calling. Seorang penyanyi profesional yang memilih untuk menjadi guru vokal sering kali melakukannya bukan kerana kekurangan peluang untuk terus berada di pentas, tetapi kerana satu panggilan jiwa yang lebih besar: untuk memindahkan ilmu, mengangkat bakat, dan membentuk generasi vokalis yang berkualiti serta dihormati oleh masyarakat.

“Kini saya amat berbangga kerana ramai bekas anak-anak murid saya telah menjadi pensyarah muzik di universiti-universiti ternama, guru-guru vokal malah penyanyi-penyanyi terkenal di Malaysia. Melihat kejayaan mereka adalah satu kepuasan yang tiada tolok bandingannya.”

Boleh Datuk ceritakan pengalaman pertama membuat persembahan?

“Bermula kala usia lima atau enam tahun rasanya. Ketika itu saya dibawa oleh kakak ke satu majlis hari lahir rakannya. Saat ditanya siapa yang berkeinginan untuk menyanyi, dijemput untuk ke depan dan tak tahulah kenapa, tapi hingga kini saya masih ingat mengangkat tangan dan berjalan ke hadapan. Lagu pilihan ketika itu – Papaku Pulang Dari Kota; sebuah lagu kanak-kanak yang saya kira masih popular hingga kini. Dan ‘kerjaya seni’ saya pula bermula tatkala berusia sembilan tahun. Menyanyi dalam rancangan kanak-kanak di radio RTM. Saya menyanyikan lagu solo bertajuk ‘Minah Gadis Dusun’ nyanyian asal Titiek Puspa dalam rancangan yang dikendalikan oleh pengacara yang begitu popular di awal 80-an iaitu Kak Yong. I must say that it is a small world as my personal manager now is Kak Yong’s niece.

“I have a deep passion for three genres Western classical, R&B, and smooth jazz. Each offering its own beauty and artistic challenges. Among my musical icons are Maria Callas and Edita Gruberová, whose mastery of classical technique continues to inspire my pursuit of vocal excellence. Anita Baker, Whitney Houston & Lara Fabian whose emotional depth and distinctive artistry have shaped my appreciation for soul, pop, and ballad styles. From each of them, I have studied and embraced the unique qualities that make their music timeless. Yet, while I draw inspiration from these greats, my ultimate goal has always been to discover and refine my own voice, a sound that is distinctly mine, shaped by heritage, experience, and a relentless passion for artistic growth.”

What’s the best piece of advice you’ve ever received about singing?

“Cliché. Tapi inilah nasihat Siti Chairani Proehoeman (pensyarah vokal sewaktu di ITM dulu) yang saya pegang hingga ke hari ini. Ikut resmi padi semakin berisi, semakin tunduk.

“Ayat itu nampak mudah. Walaupun saya anggap diri sebagai seorang yang tidak suka bermegah, tapi sebenarnya ia menjentik ego saya dan saya berterima kasih kepada beliau kerana mengingatkan saya ketika masih muda dulu untuk terus-terusan berendah hati. Saya belajar bahawa semakin kita pandai menyanyi, semakin kita perlu merendah diri. Bukan merendahkan diri dengan suara kecil tapi dengan jiwa yang terbuka, sedia belajar, sedia berubah, dan sedia mendengar. Dalam seni, siapa yang merasakan dia ‘dah cukup’, akan berhenti berkembang. Namun siapa yang terus tunduk dan terbuka, akan terus bertambah ‘isi’nya, sama macam padi.

“Saya percaya, untuk menjadi anak seni yang dihormati dan diingati, saya perlu menjadi penyanyi yang belajar sepanjang hayat. Saya perlu pastikan untuk tidak membiar bakat menjadikan saya lupa niat, dan jangan membiarkan pengetahuan serta pujian menyebabkan saya bongkak. Teknik yang baik itu penting. Suara yang hebat itu bonus. Tetapi hati yang tunduk dan terus belajar, itulah yang akan buat seseorang artist itu terus bertahan.”

How have your life experiences shaped your music?

“My music has always been a reflection of who I am and where I come from. I grew up in a very supportive family. My parents, especially, have always encouraged me to pursue my passion for music, and that foundation gave me the confidence to explore and grow as an artist. I started out singing pop music, which gave me a strong connection to contemporary audiences and taught me how to communicate emotion in an immediate, relatable way.

“Later, when I studied classical operatic music at university; the discipline, the technique, the emotional depth opened an entirely new dimension for me. I fell in love with it. Now, blending both genres has become my musical identity. I see it as a way to bring color, texture, and versatility to my performances and hopefully offer something fresh to the music industry.

“As a voice teacher working with universities, choirs, and individual singers, both emerging and established, I’m constantly inspired by the journeys of others, and that also feeds into my own artistry. Teaching keeps me grounded and connected to the heart of what music really is: expression, connection, and growth.”

Irama lagu yang paling dirasakan terlalu ‘connected’ di jiwa?

“Saya mempunyai minat mendalam terhadap muzik klasik, sebuah tradisi yang kaya dengan nilai sejarah, keindahan struktur, dan ketelitian teknik. Setiap karya klasik membawa identiti serta naratifnya yang tersendiri, dan saya tidak pernah membataskan apresiasi saya kepada hanya satu lagu atau satu komposer. Dalam masa yang sama, saya turut meminati R&B, sebuah genre yang menawarkan ruang luas untuk eksplorasi ekspresi vokal yang penuh jiwa, dinamik, dan segar. Melihat kepada kekuatan kedua-dua muzik ini, saya terdorong untuk melakukan crossover antara kedua-dua genre ini iaitu memadukan kehalusan teknik dan kemurnian emosi muzik klasik dengan kehangatan serta ritma kontemporari R&B. Gabungan ini saya anggap bukan sekadar inovasi artistik, tetapi sebagai satu usaha membina identiti muzik yang autentik, berakar pada tradisi, namun berpandangan ke hadapan.”

Are there any artists you dream of collaborating with?

“I hadn’t really thought about it before, but this question really makes me think hard for the answer. The idea of collaborating with the group Pentatonix now feels incredibly exciting and full of creative potential. I’ve always had a deep love and understanding of harmonies, and I believe their fresh, innovative style would be the perfect match for that. This collaboration would give me the chance to explore new sounds and experiment with different styles, while still staying true to my passion for ‘classical sound’. Working with their talented team would challenge me to grow and create something truly unique. Plus, it’s a wonderful opportunity to connect with a wider, younger audience without losing the heart of what I love about music. Besides that, I believe music is the universal language of the soul, and few artists embody this more than Dimash Qudaibergen. His extraordinary range and ability to bridge genres resonate deeply with my own artistic journey.

“Having mentioned these two names, I am one who is never afraid of challenges. I am open to any collaboration, the more impossible & unimaginable it sounds, the more interesting it can be.”

Dikenali juga sebagai ‘The Soprano Queen’, how do you handle creative differences with other musicians?

“Creative differences are part of the artistic process and I’ve come to see them not as obstacles, but as opportunities for growth and deeper collaboration. Sebagai penyanyi yang dilatih secara klasikal dan juga guru vokal, saya sangat hargai struktur, disiplin, dan rasa hormat terhadap muzik itu sendiri. Dan lebih daripada itu, saya belajar untuk dengar bukan sekadar nada, tapi juga niat dan cerita di belakangnya. Bila ada idea yang tidak sehaluan, I try to approach them with openness rather than defensiveness, apa yang cuba disampaikan, dan macam mana kita boleh cari jalan tengah yang tidak kaburkan identiti muzik kita. Seringkali, kolaborasi terbaik datang bila si pengkarya berani langgar zon selesa tetapi masih berpijak pada nilai seninya.

At the end of the day, it’s about respect for the music, for the process, and for each other. When you create space for dialogue and mutual trust, those creative differences often lead to something even better than what any of us imagined alone.”

Adakah lagi genre muzik yang Datuk belum diterokai tetapi mahu mencubanya?

“I have had the privilege of collaborating across a broad spectrum of musical genres from the elegance and cultural depth of traditional Malay music, to the improvisational brilliance of jazz, the vibrant energy of pop and rock, the grandeur of big band, and the choral harmonies that unite voices into a single, powerful sound. Each collaboration has been a journey of discovery, opening new doors to textures, rhythms, and emotional colours I had yet to explore. Sungguh, setiap pengalaman ini memperluaskan ufuk seni saya, memberi inspirasi untuk terus mencari peluang yang mencabar kreativiti, pushing boundaries, and shaping a musical identity that is both rooted in heritage and enriched by global influences. I am definitely open to exploring & trying any genre of music there is.”

Syafinaz juga telah membuat persembahan di merata tempat dalam dan luar negara Which performance are you most proud of?

“I am deeply grateful and honoured to have been entrusted with the opportunity to perform on some of the most prestigious stages, both in Malaysia and across the globe. Throughout my journey, I have sung before audiences from diverse backgrounds and walks of life, from prime ministers, heads of state, sultans, kings, and crown princes, to young students in school halls. Each occasion carried its own atmosphere and significance: the elegance and formality of state banquets, the grandeur of royal ceremonies, and the warmth and joy of community events. Setiap persembahan bukan sekadar acara, tetapi sebuah pengalaman yang memperkaya jiwa, meninggalkan kesan yang mendalam, dan mencipta kenangan yang akan saya hargai sepanjang hayat.”

What is one misconception people have about being a professional singer?

“One common misconception people have about being a professional singer is that it’s all about natural talent and effortless performance; as if great singing just comes naturally and all that’s needed is to ‘show up and sing’.

In reality, being a professional singer requires a tremendous amount of consistent hard work, discipline, and ongoing learning. While natural talent can provide a helpful foundation, it is only one part of the equation. The craft of singing involves continuous vocal training and at the same time maintaining vocal health, mastering breath control, understanding musical styles, and developing emotional connection and interpretation skills.

“Professionals often spend years studying technique; sometimes through formal education like universities or private coaching, and practicing daily to build stamina and refine their voice. They also invest time in rehearsals, learning new repertoire, and collaborating with other musicians, which requires communication, adaptability, and patience. Moreover, the career itself involves navigating challenges beyond just singing: managing shows, dealing with rejection, handling the pressures of live performance, and balancing business aspects like networking, marketing, and sometimes teaching or side projects.

“So, being a professional singer is as much about dedication, resilience, and professionalism as it is about having a beautiful voice. It’s a craft honed through persistent effort, and behind every seemingly effortless performance is countless hours of preparation and care.”

Feedback daripada peminat yang amat menyentuh perasaan Datuk?

“Saya rasa amat dihargai bila ada yang menyatakan mereka melihat saya sebagai sumber inspirasi dan mengimpikan untuk menjadi seperti saya suatu hari nanti. Tidak dinafikan, ungkapan itu menggamit perasaan yang dalam, dan memberi satu tanggungjawab untuk terus memberi impak positif. Dengan kata-kata itu, saya harap mereka faham bahawa inspirasi tidak datang daripada kesempurnaan, tetapi daripada keikhlasan dalam perjalanan. Saya hanyalah seseorang yang menyanyi, mengajar, dan menyampaikan apa yang saya pelajari, dengan kesedaran bahawa inspirasi tidak pernah satu arah. Bila ada yang melihat saya sebagai contoh, ia mengingatkan saya supaya tetap menjadi pelajar juga; sentiasa terbuka dan setia kepada nilai-nilai seni dan kehidupan. Harapan saya, mereka tahu kalau saya boleh tumbuh dan belajar, mereka juga mampu. Inspirasi sejati bukan terletak pada siapa kita hari ini, tetapi pada besarnya potensi yang kita boleh raih esok. Menjadi inspirasi dalam seni bukan sekadar pengiktirafan sebaliknya ia adalah sebuah amanah; ia memanggil saya untuk terus menyebarkan cahaya kreativiti, menyemai harapan, dan memberi impak yang bermakna melalui setiap yang dihasilkan.”

Saya ada terbaca arwah bapa mahu Syafinaz menjadi doktor sebalik datuk memilih menjadi penyanyi, andainya bukan seorang penyanyi, apa pula kerjayanya?

At that time, it seemed that most parents dreamt of their children becoming doctors, lawyers, atau guru dan ayah saya juga tidak terkecuali. Namun, seperti yang saya nyatakan, minat saya terhadap seni muzik, khususnya nyanyian, telah berputik sejak kecil lagi. Minat itulah yang mendorong saya untuk melengkapkan diri dengan ilmu, kemahiran, dan disiplin, sehingga berjaya membawa langkah saya ke menara gading dalam bidang muzik. There was never a time I imagined myself doing anything else. Laluan hidup saya sentiasa jelas, dan ia adalah muzik.”

Apa yang ingin dicapai 10 tahun mendatang?

“Dalam tempoh 10 tahun akan datang, saya berhasrat memperhalusi dan memperkukuh legasi seni melalui evolusi ekspresi artistik, menyemai inspirasi dalam generasi akan datang melalui kepimpinan pengajaran, dan dapat terus berkembang sebagai artis dan pendidik. Saya juga berharap dengan keberadaan saya dalam industri ini, nyanyian dan muzik dapat dilihat sebagai kerjaya profesional yang serius juga dihormati, bukan sekadar hobi sambilan. Seorang penyanyi bukan milik masyarakat untuk dikritik sesuka hati, tetapi satu profesion yang membawa nilai tinggi, setinggi seni yang diusahakan, dengan matlamat jelas dan kontribusi yang berharga. Ia bukan hanya soal bakat, tetapi juga dedikasi, pendidikan yang mantap, kreativiti, disiplin, dan tanggungjawab profesional yang tinggi.”

How do you find inspiration when you’re feeling creatively blocked?

“Creative blocks are common. Saya juga pernah beberapa kali merasakan “burned out” sepanjang kerjaya ini. Untuk keluar dari fasa sebegini, minda yang tenang dan rehat (daripada muzik atau teknologi) serta pengaturan rutin kreatif yang fleksibel membantu membuka ruang bagi idea kembali mengalir.

“Dengan bebanan kerja yang besar, walaupun sukar, saya mencari masa dan mengambil kesempatan untuk ‘recharge’ dengan menjauh daripada rutin kerja harian; seperti melancong, bahkan ke luar negara bila sempat. Bukan sekadar untuk berehat, tetapi juga untuk menyerap inspirasi seni. Mengembara menyediakan ruang untuk minda saya terhubung dengan budaya dan seni lain: saya menerima elemen-elemen yang bermanfaat dan meninggalkan yang tidak selari. Melalui pengalaman budaya asing, saya pelajari cara baru menghormati tradisi, mencipta karya yang lebih kaya dan terus menjaga integriti seni saya.

“Selain itu saya memperluas ruang karya dengan mendengar muzik yang bukan kebiasaan kerana cara ungkapan frasa dan dinamik yang berbeza kerap jadi titik tolak ilham baru. Saya turut menonton dokumentari muzik dan seni, juga menonton ‘live’ konsert, teater atau pameran. Ia membuka sudut ekspresi yang berbeza, memberi inspirasi tentang bagaimana seni lain menyambung rasa kepada penonton.

Saya percaya kreativiti muncul daripada keseimbangan: antara eksplorasi muzik baru, ketenangan emosi, interaksi sosial, eksperimen artistik, dan penjagaan diri. Ketika emosi, mental dan fizikal dijaga serta persekitaran kreatif disusun baik, inspirasi biasanya lantang kembali hadir dengan nada yang lebih jernih dan bermakna.”

Bila lagi hendak merakam lagu, and how do you decide which songs make it onto your album?

“Umum tahu saya seorang yang cerewet dan selektif dalam menghasilkan satu karya lagu. Proses memilih sesebuah lagu ialah proses artistik dan strategik, it’s about curating a journey that reflects who you are, while also engaging listeners emotionally and musically. Ianya perlu melambangkan diri seseorang artis daripada aspek vocal, muzik dan pendiriannya. Ia turut mencerminkan evolusi peribadi dan kematangan suara penyanyi tersebut.

“Saya telah pun merakamkan beberapa buah karya namun belum ada masa sesuai untuk mengeluarkannya. Tuntutan kerja yang terlalu mendesak seringkali memaksa untuk tidak mendahulukan diri. Mengeluarkan sesuatu karya menuntut pengkaryanya untuk hadir mempromosi dan ‘menjual’ karya tersebut, namun masa terlalu mencemburui saya. Moga diberi ruang dan masa oleh Dia untuk melakukannya dalam masa terdekat ini. Doakan saya ya!”

Is there a particular theme or message you strive to convey through your music?

“Muzik adalah bahasa emosi. Dan saya memilih untuk berbicara dalam nada-nada yang membanggakan jiwa. Dalam setiap bait lagu yang saya tulis atau nyanyikan, saya sering berpaut pada satu tema utama: ‘positivity’. Tidak bermaksud tidak berbicara tentang kesedihan atau cabaran. Boleh saja menyapa luka, tapi perlu menyemai kekuatan diri. Inspirasi tetap bukan daripada durasi gembira semata, tapi daripada keberanian menyampaikan kebenaran yang menyembuhkan. Bukan sekadar sebagai lirik motivasi, tapi sebagai tenaga yang saya ingin hidupkan samada dalam diri saya dan sesiapa saja yang mendengar. Saya mahu lagu saya menjadi ruang penyembuhan, pemberi harapan, dan pembakar semangat, bagai satu cahaya kecil yang menerangi hati, memotivasikan langkah, dan menyemai optimisme pada pendengar; nyanyian yang bukan saja didengar, tetapi realiti yang perlu dirasai dan dilalui bersama.”

Bagaimana Datuk Syafinaz Selamat mengimbangi ‘staying true to your art with the business side of music’?

“Seni saya adalah ekspresi diri yang jujur, apa yang saya ingin suarakan, kisah yang mahu saya kongsi, dan cara ia berhubungan secara mendalam di antara saya dengan pendengar. Itu adalah titik non-negotiable. Ia merupakan penjana semangat saya dan asas ketahanan dalam kerjaya.

“Bagi saya, sisi perniagaan itu bukan lawan seni malah ia sebahagian daripada ekosistem yang membolehkan muzik saya dirasai dan difahami oleh khalayak lebih luas. I choose projects and partnerships that respect my artistic vision, and I’m willing to explore new formats or genres that align with my identity but also open doors to new listeners. Ultimately, it’s about finding balance; protecting the core of what makes my music meaningful, while remaining open and adaptable to how I share it with the world.”

Syafinaz bisa menyanyi dalam bahasa selain lagu Melayu and Inggeris, seperti Spanish, Jerman, ceritakan bagaimana usaha memfasihkan diri untuk aneka bahasa-bahasa ini?

“Sebelum menyanyi apa-apa lirik dalam bahasa asing, langkah pertama saya adalah menterjemah dan benar-benar memahami maksudnya. Ini penting kerana menyanyi sambil faham maksud lirik membolehkan seseorang penyanyi itu menyampaikan emosi lagu dengan lebih tulus dan mendalam, bukannya sekadar menghafal bunyi. Tetapi untuk menjadi fasih menyanyi dalam bahasa selain daripada bahasa ibunda memerlukan lebih daripada sekadar hafalan lirik. Ia menuntut kesedaran artikulasi dan latih tubi yang berterusan.

“Saya menggunakan pendekatan yang lebih mudah dan tersusun untuk memastikan sebutan yang tepat. Rahsianya adalah IPA iaitu International Phonetic Alphabet. Sebuah sistem simbol fonetik antarabangsa yang digunakan untuk mewakili bunyi pertuturan dengan tepat. Sebagai pelajar nyanyian klasikal, saya telah menguasainya ketika menuntut di Universiti dulu dan teknik ini telah membantu saya hingga kini. Walaupun saya mungkin tidak boleh bertutur dalam kesemua bahasa tersebut, melalui penguasaan IPA, saya boleh menganalisis lirik dan menyalinnya dalam bentuk transkripsi fonetik. Ini memudahkan saya membentuk sebutan tepat semasa menyanyi, tanpa bergantung hanya kepada telinga. Ia meningkatkan kesedaran artikulasi seperti posisi lidah, bibir, dan resonansi yang mana amat penting dalam ‘diction for singers’. Ini cara saya untuk memastikan setiap sebutan adalah tepat, indah, dan meyakinkan, seolah-olah bahasa itu adalah bahasa saya sendiri.”

How do you hope your music influences or impacts your listeners?

“Music, for me, is a powerful way to connect with others whether emotionally, spiritually, or even intellectually. I always strive to create music that is uplifting and empowering, infusing each song with a sense of hope and positivity. Whether it’s a soaring operatic aria or a more accessible pop melody, I want my listeners to feel inspired and encouraged to embrace their own voices and navigate life with confidence.

“With my classical background, I also bring a level of emotional depth and technical nuance to my performances, which can touch listeners in ways that go beyond the surface. Music, after all, has the ability to stir deep emotions and when performed with precision & heart, it becomes a tool for reflection, healing & even transformation. By blending classical and pop influences, I aim to create a space where different worlds of music come together. My hope is to introduce audiences to styles they might not typically encounter, creating a bridge of understanding and appreciation between diverse musical genres. It’s about offering something that resonates with everyone, whether they’re fans of classical music or contemporary pop. At the end of the day, music is about more than just entertainment. It’s an experience. One that I hope can inspire, comfort, and motivate my listeners, wherever they are in their journey.”

Dalam bahasa Syafinaz sendiri, makna KEBEBASAN dan KEMERDEKAAN. Dan mengapa ia amat penting?

“Kebebasan dan kemerdekaan perlu dilihat bukan sekadar bebas daripada penjajahan fizikal tetapi juga bebas dalam konteks seni. Kebebasan seni adalah hak anak seni untuk berkarya dengan penuh kejujuran tanpa penapisan yang keterlaluan, agar setiap ungkapan adalah ekspresi suara dan jiwa yang autentik. Kemerdekaan dalam berkarya merupakan tulang belakang profesionalisme dan identiti artistik bagi seorang anak seni yang akan membolehkannya membina legasi seni yang dihormati. Perlu usaha untuk menjayakan dan perlu masa untuk dikorbankan. Freedom isn’t free.”

Related posts

Lilyana Abdul Latif, CEO MyNEF.. Trend Industri Terkini & Tips Menjadi Entrepreneur Berjaya

admin

Sharon Jasmin – Queen of Hearts

admin

TANGIS DAN SENDU DI BUMI PALESTIN

Wirda Adnan

Leave a Comment