FESYEN

ARTIST DAN FESYEN BERSATU MENGHILANG RINDU 

Bertemakan gaya Nusantara, Yani Bakhtiar mencetuskan sejarah, membawa artist-artist veteran ke pentas bukan untuk mendendangkan lagu tetapi memperagakan pakaian hasil tangannya sendiri. 

Bertempat di Subang Parade, peminat dan tetamu khas Yani Bakhtiar petang itu adalah daripada kalangan vip, personaliti,selebriti dan yang diraikan artist veteran. 

hampir kesemua mereka  ini terkenal zaman 80an dan 90an khasnya. Pentas peragaannya mendapat sorakan gemuruh apabila seorang demi seorang diperkenalkan oleh pengacara glamor Dr Sharifah Shawati. Koleksi dicipta khas oleh Yani untuk artis kesayangan ramai yang pernah mengharumkan nama negara dengan suara merdu dan gemersik, yang menjadi siulan anak muda zaman itu. Lagu-lagu mengiringi langkah longlai mereka adalah lagu-lagu yang satu ketika dulu mengharumkan nama artis tersebut.

Yani mengutamakan jenis kain yang sejuk dipakai dan senantiasa mengutamakan warna warni sesuai perayaan. Musim perayaan di Malaysia juga banyak, selain Aidilfitri dan Aidiladha, cantik sekali kita meraikan perayaan lain dengan gaya sopan lagi unik. Secantiknya bagi bangsa Malaysia untuk meraikan perayaan lain mengenakan baju Nusantara seperti kurung, kebaya dan fesyen-fesyen hasil gabungan tradisional dan model.

Yani Bakhtiar, untuk perayaan kali ini membahagikan kepada dua bahagian koleksinya, satu

hanya dijual di Parkson Elite tetapi harganya pun masih harga madani. Juga di cawangan cawangan komplek membeli belah yang mana Yani Bakhtiar antara penyewanya, dia menjual koleksi yang berbeda. Ini untuk menjaga si pemakai tidak memakai koleksi yang sama.

Parkson Pavilion kata Yani,  adalah salah satu cawangan yang terbesar dan memudahkan dia membentangkan koleksi yang mahal-mahal daripada harga RM169 hingga RM2500.

Syabas Yani Bakhtiar sekali lagi dapat mengegarkan pentas fesyennya kerana berjaya mengumpul percinta seni lama dan baru di satu pentas fesyen yang meriah dan gah.

Related posts

Top 10 Jenama Jam Mewah

admin

Locked Down 2020 – “Survival of the Fittest!”

admin

Fesyen dan Irama Bersatu di Pentas PVRTM

admin

Leave a Comment