Advertorial

Malaya Perfumery–Jenama Tempatan Pada Class Antarabangsa

Namanya mungkin masih baru dalam kalangan pengguna di Malaysia. Namun, jenama minyak wangi tempatan yang berlabelkan Malaya Perfumery ini sudah mula menjengah pasaran pada 2019 dengan nama asalnya Artisan Perfume beroperasi di Bandar Baru Bangi, Selangor. Ia kemudian dijenamakan semula dengan nama Malaya Perfumery dan terus berkembang setapak demi setapak dan sehingga kini sudah mempunyai beberapa rangkaian
aroma minyak wangi dengan lebih enam Pop-up Store sekitar Lembah Klang.

Pasti ramai tertanya-tanya, siapakah pemilik jenama minyak wangi bertaraf antarabangsa ini? Beliau ialah Ezekiel Zayd, pengasas Malaya Perfumery yang dulunya seorang Jurutera Kimia. Bagaimana daripada bidang kejuruteraan, beliau boleh terjun ke dunia penciptaan minyak wangi ini?

Menurutnya, minatnya mengumpul minyak wangi dan seni dalam pembuatan minyak wangi membuatkannya jatuh cinta dalam bidang ini. Walaupun nyata ia dua bidang berbeza, namun di mana ada kecintaan, di situlah datangnya keberhasilan. Maka, beliau tidak menoleh kebelakang lagi apabila menjadikan lapangan haruman ini sebagai dunia barunya.

Siapa sangka, walaupun tidak banyak jenama minyak wangi tempatan dihasilkan, namun di awal kemunculan Malaya Perfumery terus berjaya menambat hati ramai pengguna. “Sambutan agak luar biasa. Kami mendapat banyak permintaan daripada pengguna tempatan disebabkan konsep kami ke arah bauan Nusantara,” jelas Ezekiel Zayd.

Formulasi Malaya Perfumery ke arah bau-bauan flora dan fauna berasaskan bau Nusantara dan ramuan dalam wanigan jenama ini bersifat vegan dan biogradasi. Nama Malaya Perfumery tercetus daripada nama negara dan budaya Malaysia itu sendiri yang membawa jati diri dan kebudayaan Malaysia dalam haruman.

Bagaimana anda mencetuskan idea untuk sesuatu gabungan minyak wangi itu?

“Idea untuk sesuatu gabungan minyak wangi itu terlahir daripada inspirasi flora dan fauna dan semasa melancong ke luar negara. ⁠⁠Tiga nota haruman kegemaran saya ialah bunga sundal malam (bau manis-manis dan lemak krim), Citrus (bau ketenangan) dan Ros (menerbitkan aroma tenang dan elegan),” kongsi beliau lagi yang turut engharapkan satu hari nanti Malaya Perfumery akan terkenal sebagai powerhouse perfumery di Malaysia dan pasaran seluruh dunia.

Related posts

Apa Itu Airbnb?

admin

Leave a Comment