GAYA HIDUP

WANITA IKON KELANTAN SANTUNI MANGSA BANJIR

YB Datuk Seri Noraini Ahmad dan Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan turun padang 

Setelah menyandang gelaran Wanita Ikon Kelantan tahun lalu, Cik Amal Hayati Bt Mohd Yusoff, sentiasa merasakan tanggungjawab sosial semakin dekat di hatinya. Malah sejak dinobatkan dia meningkatkan usaha untuk membantu individu juga masyarakat amnya yang memerlukan bantuan.

Baru-baru ini satu lawatan dianjurkan untuk meninjau keadaan mangsa-mangsa banjir di Kelantan. Tinjauan mesra YB Timbalan Menteri KPWKM, YB Datuk Seri Noraini Ahmad, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Kelantan, Puan Nik Farhan Binti Muhaimin, turut mendapat sokongan beliau.

Para petugas agnesi kerajaan dan sukarelawan 

Aktiviti yang juga turut mendapat sambutan hangat dengan kerjasama Kelab Wanita Ikon Malaysia, Kelab Wanita Ikon Malaysia (Kelantan), Wanita Ikon Muda Kelantan, menjadi satu aktiviti sokongan yang amat bermakna kepada mangsa-mangsa banjir yang menerima bantuan.

Bermula pada awal pagi lagi rombongan mereka memulai lawatan ke Pusat Penempatan Sementara SKKK2 Kubang Kerian Chicha, PPS SK Kangkung Pasir Mas dan berakhir di PPS SK Kelewek Tanah Merah.

Sebagai Pengurus Aira Medicare Home Nursing Services, Puan Nor Sarini bt. Mohd Nor dan staf-staf turut menggembleng tenaga bagi menjayakan lawatan tersebut.

“Saya dan seluruh keluarga Wanita Ikon amat terharu melihat keadaan mangsa-mangsa banjir yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, orang dewasa, orang tua dan kanak-kanak. Kami cuba sedaya yang mampu malah banyak yang kami pelajari,” tambahnya dengan azam untuk lebih bersedia di masa-masa akan datang sekira ada musibah berlaku.

Sumbangan yang mereka bawa adalah makanan asas dan hygiene kit. Sumbangan yang utama adalah daripada Kelab Wanita Ikon Malaysia (Induk), KWIM di seluruh negeri dan sumbangan daripada orang ramai. Sumbangan makanan ready to eat daripada Puan Siti Noraini, pemilik kepada restoran Nippon Sushi & my Viet.

   Bungkusan barangan yang disumbangkan dan Amal sedang menghulurkan bantuan dari rumah ke rumah.

Amal mengharapkan lebih ramai masyarakat bersikap prihatin dan menghulurkan bantuan baik dari segi wang ringgit, barangan keperluan harian seperti pakaian, tilam, cadar dan sebagainya serta makanan hinggalah dalam bentuk tenaga di masa-masa akan datang.

Amal dan team sukarelawan  

Related posts

Ratu Cantik Dunia 2019 Kembali Ke Negara Asal Bantu Rawat Pesakit Covid-19

admin

Buat Sendiri Resipi Enak Cadbury Dairy Milk Sambil Menyumbang

admin

Bila Persahabatan dan Cinta Bertembung

adminwm

Leave a Comment