Jumaat 27 Mei 2022, Ficus Bistro melancarkan tambahan baharu mereka kepada barisan menu; set minum petang baru ‘Tea for Two’ yang menawarkan Teh Inggeris Tradisional dan Teh Fusion Asia.
Ficus Bistro terletak di kawasan kediaman Taman Tun Dr. Ismail di Kuala Lumpur merupakan oasis menjamu selera kepada pelanggan setianya dan juga para pelanggan yang baru.
Hiasan dalamannya yang cantik, selesa lagi segar dengan perpohon ficus yang berhijau membuat tetamu berasa tenang kala berada di situ. Naik ke tingkat atas (dua tingkat), sentiasa berubah wajah kerana ibu pemilik pakar dalam hiasan dalaman. Semuanya hasil tangannya sendiri, malah lukisan di dinding juga hasil kreatifnya. “Saya mahu setiap tetamu seperti berada di rumah sendiri, kerana itu saya senang menyuai padankan hiasan sofa (untuk bilik vip) dan pelbagai dekorasi atas meja (kami berbincang dengan pelanggan jika ada tempahan khas),” katanya bercerita tentang dekorasi ruang makan (di tingkat satu yang sedia menerima tempahan majlis makan malam, majlis hari jadi, bertunang, majlis pertunangan dan malah perkahwinan. Boleh duduk pada satu sesi sehingga 80 tetamu bawah (ruang Bistro) dan atas.”
“Seperti yang kita semua tahu kini adalah masa mencabar. Masa ceria dalam berniaga adalah hari-hari yang lalu. Kini banyak perniagaan terpaksa ditutup, ramai kehilangan tempat tinggal, menganggur dan keganasan rumah tangga semakin meningkat. Di sebalik semua cabaran-cabaran ini, saya sangat bertuah dan bersyukur kerana diberikan kehidupan yang baik, memberi kami ruang untuk berkongsi minat terhadap makanan,”kata Illiana Zakaria, Pemilik dan Chef Eksekutif Ficus Bistro.
Pasukan Ficus Bistro mengambil inspirasi daripada pelbagai elemen untuk menyediakan menu-menu hidangan kegemaran ramai. Disatukan dengan penuh kasih sayang dengan penggunaan bahan-bahan segar dan teknik memasak, mereka telah mengembangkan dan menyesuaikan masakan tempatan dan masakan luar menjadikan pelbagai menu yang benar-benar istimewa sambil menerokai elemen rasa, kontras dan tekstur.
Untuk maklumat lanjut mengenai Ficus Bistro dan tawaran menu yang menarik, sila hubungi talian 03-7733 4887 atau melalui Instagram @ficusbistro mereka. Tea for Two hanya disediakan atas tempahan khas sahaja.