AGAMA

SIRI 10 MALAM TERAKHIR RAMADAN-CONTOHI NABI ﷺ

MERAIH KEBERKATAN RAMADAN ❄

SubhanaAllah, begitu pantas masa berlalu. Kita sudah di pertengahan Ramadan, dan akan memasuki 10 hari terakhir bulan Ramadan.

Sebagaimana pantasnya hari-hari yang sudah meninggalkan kita, begitu jugalah 10 hari terakhir ini akan berlalu.

Seandainya kita telah melalui Ramadan kita dengan penuh penghayatan dan dipenuhkan dengan pengisian yang sewajarnya, kita harus kekalkan dan tingkatkan momentum supaya kita dapat manfaatkan hari-hari istimewa penghujung Ramadan ini sepenuhnya.

APA ISTIMEWANYA 10 HARI TERAKHIR RAMADAN?

Surah Al-Qadr 97 : 1 - 5:

*Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Surah Ad-Dukhan 44 : 3:

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُّبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنذِرِينَ

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).

Dalam 10 hari terakhir Ramadan ini
~ terdapat satu malam yang lebih baik dari 1,000 bulan
~ Para malaikat diketuai oleh Jibril turun ke dunia, membawa perkara yang di takdirkan berlaku pada tahun berikutnya

~ Malam Lailatul Qadr itu sejahtera dari mula malam hingga terbit fajar

~ Malam Lailatul Qadr itu berkat dari mula malam hingga terbit fajar.

~ Allah SWT sentiasa memberi peringatan dan amaran dengan turunnya al-Quran dan juga pengutusan Rasulullah ﷺ

Rasulullah ﷺ berpesan agar kita bersungguh-sungguh berusaha mendapatkan Malam Lailatul Qadr.

'Aishah RA berkata, "Rasulullah ﷺ beriktikaf pada 10 malam terakhir Ramadan, dan baginda bersabda, "Carilah oleh kalian malam Al-Qadr pada 10 hari terakhir dari bulan Ramadan.""
(HR: Bukhari & Muslim).

Dari 'Aishah RA bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, "Carilah oleh kalian malam Al-Qadr pada hari-hari ganjil 10 hari terakhir dari bulan Ramadan."
(HR: Bukhari).

Rasulullah ﷺ meninggalkan kehidupan biasa pada hari-hari lain dan memberikan sepenuh perhatian memperbanyakkan amal ibadah baginda dan ahli keluarga baginda.

Seluruh tenaga, perhatian dan usaha baginda hanya di tumpukan kepada mendapatkan redha dan rahmat Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى‎

Aishah رضي الله عنه berkata, "Apabila Rasulullah ﷺ memasuki 10 malam terakhir Ramadan, baginda menghidupkan malam, membangunkan keluarganya, serta bersungguh-sungguh dan menguatkan ikatan sarungnya.
(HR: Bukhari & Muslim).

Sekarang masanya kita menyingsing lengan baju tinggalkan keenakan tidur dan kenikmatan lain.

Rasulullah SAW memberi perhatian dan penjagaan yang istimewa untuk 10 malam yang terakhir ini.

Baginda akan melakukan ibadah yang beliau tidak lakukan di dalam 20 malam yang terdahulu seperti Iktikaf di masjid, menghidupkan sepanjang malam dengan beribadah.

Para salaf juga meningkat tahap motivasi dan amalan pada 10 malam terakhir ini umpama memecut pada meter terakhir dalam acara larian pecut.

Begitu jugalah sepatutnya kita pada 10 malam terakhir ini.

Berusaha dan bermujahadah.

Semoga kita di berikan kekuatan, kesabaran dan keteguhan iman dalam meningkatkan ketaqwaan di bulan Ramadan ini.
Aamiin

Bagaimanapun tahap pencapaian kita, masih ada peluang untuk kita bersegera mendapatkan pengampunan dan redha Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى‎.

Manfaatkanlah 10 malam terakhir ini untuk memperbaiki dan memperbaharui kekurangan sebelum ini.

QURAN DAILY MALAYSIA

Related posts

Amalan 10 Malam Terakhir Ramadan

adminwm

Minta Cerai Tanpa Alasan – Haram Bau Surga

admin

Do’a Ini Pendek Tapi Sangat POWER!!

admin

Leave a Comment