GAYA HIDUP

SEMPENA RAMADAN, BUFET SELERA KAMPUNG

Raikan bulan yang mulia tahun ini bersama insan tersayang anda

di Crowne Plaza Kuala Lumpur City Centre yang baru sahaja membuka tirainya! Terletak di pusat bandar Kuala Lumpur, Crowne Plaza mempelawa anda untuk menggamit memori bersama “Selera Kampungku”, di mana santapan bufet yang istimewa menanti anda.

Tema “Selera Kampungku” melambangkan sebuah pengalaman kulinari yang tiada bandingannya, menyulam unsur-unsur tradisi dan juga moden. Oleh kerana bulan ini juga merupakan bulan untuk kita bermuhasabah, memanjatkan kesyukuran serta meluangkan masa bersama keluarga, Bufet Makan Malam ‘Selera Kampungku’ dirumus untuk menghimpunkan sanak saudara dan rakan taulan untuk menikmati juadah-juadah yang lazat, meraikan tradisi, serta mengeratkan silaturahim.

BUFET MAKAN MALAM SELERA KAMPUNGKU

(Disediakan mulai 15 Mac hingga 7 April 2024, dari 6:30 petang hingga 10:30 malam)

• Dewasa – RM188+ seorang

• Warga Emas (60 tahun dan ke atas) – RM138+ seorang

• Kanak-Kanak (6 hingga 11 tahun) – RM98+ seorang

Berbekalkan pengalaman yang luas dalam dunia kulinari, Chef Eksekutif Crowne Plaza, Adrian Jackson dengan mahirnya telah menggubah juadah-juadah enak yang berunsurkan makanan Melayu tradisional. Mulakan dengan ‘Sup Gearbox Kambing Berempah’, hidangan tradisional yang telah diberikan nafas baharu, atau semangkuk Bubur Lambuk yang sinonim dengan bulan ibadah. Kedua- dua juadah ini adalah sempurna untuk memulakan sesi iftar dan memberi anda suntikan tenaga. Juga terdapat banyak lagi hidangan pembuka selera yang disediakan seperti ‘Kerabu Sotong Pedas’, ‘Kerabu Kaki Ayam’, dan ‘Kerabu Taugeh’ untuk merangsang deria rasa anda.

Bagi hidangan utama, sedia untuk mengalami keistimewaan kulinari dari darat dan laut menerusi juadah seperti ‘Perut Sapi Masak Lemak Cili Api’ yang hangat, ‘Kari Kepala Ikan’ serba klasik, ‘Kambing Golek’ yang dihidangkan bersama sos pudina, serta ‘Sotong Goreng Mamak’ yang rangup. Ia pastinya akan digandingkan dengan santapan seperti Serunding, Ketupat dan Lemang sempena musim lebaran ini. Malah, para pelanggan juga dapat menikmati sajian seperti ikan, sotong, dan kerang bakar, berserta

aneka sate di stesen gril Bakar-Bakar. Dan jangan lepaskan peluang untuk merasai pelbagai jenis sambal yang disediakan untuk melengkapi juadah-juadah yang istimewa ini.

Pastikan anda masih simpan ruang untuk memuaskan deria manis anda. Para penggemar pencuci mulut dapat menikmati sepuas-puasnya aneka juadah yang manis dan menyelerakan. Pelbagai kek yang menggandingkan citarasa tempatan dalam bentuk ‘Kek Badam Pandan Gula Melaka’, ‘KekCokelat Kurma’, ‘Kek Span Gulung Teh Tarik’, dan banyak lagi sedia untuk dipilih oleh para pelanggan.

Bukan itu sahaja, pelbagai kuih raya dan pencuci mulut tradisional seperti Pengat Durian, Bubur Pulut Hitam, Pulut Mangga Pandan dan Cendol turut dihidangkan oleh chef untuk memuaskan citarasa anda yang pelbagai.

En. Kuljit Singh, Pengurus Besar Crowne Plaza Kuala Lumpur City Centre, berkongsi:

“Memandangkan Bufet Selera Kampungku yang julung kali ditawarkan, kami berasa amat teruja untuk membekalkan sebuah pengalaman yang diwarnai dengan nostalgia buat para tetamu menerusi juadah- juadah kami yang enak, mempamerkan kepakaran pasukan kulinari kami.”

Chef Adrian Jackson, Chef Eksekutif Crowne Plaza Kuala Lumpur City Centre, menyatakan:

“Tahun ini, saya berbangga untuk memperkenalkan aneka hidangan klasik yang diberi sentuhan moden, dirumus untuk dinikmati oleh semua golongan serta menggamit memori kita.”

Bufet Makan Malam Selera Kampungku disediakan mulai 15 Mac hingga 7 April 2024 dari 6:30 petang hingga 10:30 malam, dilatari dengan persembahan muzik tradisional pada setiap malam, kecuali Isnin. Tawaran Pelanggan Awal: Nikmati potongan harga 20% apabila anda membuat tempahan dengan prabayaran penuh selewat-lewatnya 14 Mac 2024! Crowne Plaza juga telah berganding bahu dengan Kintry, jenama tempatan yang menawarkan snek artisan sihat bertaraf premium, bagi kotak-kotak hadiah musim lebaran yang akan disediakan di hotel ini sepanjang tempoh berkenaan.

Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi +6012 866 8121 atau e-mel kepada

[email protected].

Ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan perkembangan dan maklumat mengenai tawaran terkini daripada kami.

Related posts

Warkah Pembaca

adminwm

It’s tranquillity in your kitchen

adminwm

Kulit Cerah Lagi Putih Selepas Bersalin

admin

Leave a Comment