FESYEN

Sekitar The 78th Annual Venice International Film Festival

The 78th Annual Venice International Film Festival berlangsung pada 1 September – 11 September 2021 di Venice, Itali. Filem-filem Antarabangsa akan disiarkan di Venice, Lido di Venezia & Ca’ Giustinian. Ketua juri yang dilantik pada tahun ini ialah Bong Joon-ho iaitu seorang Pengarah dari Korea Selatan. Beliau juga merupakan Ketua Juri pertama yang dipilih sebagai juri tertinggi di Lido.

Terdapat 92 filem yang sedang dan bakal dilangsungkan. Filem pembukaan ialah Parallel Mothers dan yang terakhir akan disiarkan ialah Bambino Nascosto. Antara filem-filem Antarabangsa lain yang dicalonkan untuk Anugerah Golden Lion ialah Another World (France), The Box (Mexico & USA), Captain Volkogonov Escaped (Russia), Freaks Out (Itali & Belgium), The Lost Daughter (Greece & USA), Reflection (Ukraine) & Spencer (USA, UK, Germany & Chile). Bukan sahaja filem-filem yang ditayangkan bahkan ada juga drama series dan juga filem pendek. Serena Rossi merupakan hos untuk acara filem festival yang gemilang ini. Pemenang Golden Lion For Lifetime Achievement ialah Roberto Benigni dan Hollywood Royalty, Jamie Lee Curtis.

Related posts

Suunto 9 Peak Pro serba baharu

adminwm

Minggu Fesyen Milan Musim Sejuk 2019: Ermenegildo Zegna

admin

SIXIÈME SENS PAR CARTIER

admin

Leave a Comment