GAYA HIDUP

SAMBUTAN MERDEKA DI ALAMANDA PUTRAJAYA DAN MESRA MALL KEMAMAN

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-68, Pusat Beli Belah Alamanda di Putrajaya dan Mesra Mall di Kemaman kini rancak dengan kempen Merdeka yang  penuh warna-warni. Kedua-dua pusat beli-belah ini menyemarakkan semangat patriotik dengan  ganjaran istimewa serta pelbagai aktiviti bagi menyatukan komuniti dalam meraikan detik bersejarah  ini.

PUSAT BELI-BELAH ALAMANDA 

Pusat Beli-Belah Alamanda meraikan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-68 dengan kempen  Merdeka sehingga 1 September 2025. Seluruh pusat beli-belah dihiasi dengan Jalur Gemilang,  mewujudkan suasana meriah dengan pengalaman membeli-belah yang istimewa serta ganjaran  eksklusif untuk para pengunjung.

• Ganjaran Merdeka: Pengunjung yang berbelanja RM500 ke atas dalam 2 resit di mana-mana  kedai terpilih akan menerima T-shirt edisi terhad Merdeka ke-68.

• Ganjaran ’High Spenders’: Pengunjung yang berbelanja RM1,500 ke atas dalam 2 resit di  mana-mana kedai terpilih akan menerima T-shirt edisi terhad Merdeka ke-68 serta e-Baucar  Alamanda bernilai RM50.

MESRA MALL

Mesra Mall turut menganjurkan kempen Merdeka sehingga 8 September 2025, dengan hiasan  bertemakan Hari Merdeka termasuk ruang foto dan paparan Jalur Gemilang yang menyemarakkan suasana patriotik di seluruh pusat beli-belah.

• ‘Shoppers Rewards Programme’: 500 pengunjung pertama yang berbelanja RM350 ke atas  dalam 2 resit di mana-mana kedai terpilih boleh menebus T-shirt edisi terhad Mesra Merdeka  2025.

• Hadiah Istimewa Hari Kebangsaan: Pada 31 Ogos 2025, 100 pengunjung pertama di kaunter  Concierge pada jam 2.00 petang akan menerima pelekat kereta Jalur Gemilang.

“Sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-68, kami berbangga dapat berkongsi  semangat Merdeka bersama para pengunjung di Pusat Beli-Belah Alamanda dan Mesra Mall. Kempen  yang dianjurkan ini bertujuan menghargai pelanggan setia kami serta menyatukan semua dalam  meraikan warisan dan perpaduan negara. Kami menjemput orang ramai untuk bersama-sama  memperingati detik bermakna ini serta menikmati ganjaran istimewa dan aktiviti menarik yang telah  disediakan,” kata Francis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.

Related posts

Pelancong dari China dan Malaysia Teruja dengan Perjalanan Tanpa Visa, Lapor Agoda

adminwm

Ayam Belanda Tinggi Protein

admin

Smart TVs with a Smarter Bixby Voice Assistant

adminwm

Leave a Comment