Kerabat dan sahabat. Ramadan menjelang cuma beberapa hari lagi. Selamat berpuasa diucapkan.
Berbuka di mana? Adakah tempat yang enak makanannya, lagi selesa untuk beribadat?
Zebra Square mengajak anda berbuka di ruangnya yang lapang lagi selesa untuk seisi keluarga, rakan taulan mahupun sekumpulan kawan-kawan sepejabat.
Selalu anda rasa kurang selesa bila berbuka di luar. Sudah lah ruang letak kereta yang amat terhad, mahal pula, dan kadang-kadang terpaksa berjalan jauh untuk mendapatkan tempat letak kereta. Nah semua ini tidak perlu lagi difikirkan, kerana di Zebra Square ada tempat letak kereta bersebelahan dewan makan, percuma.
Dan sebelum anda ketahui apa yang istimewanya di Zebra Square, ada berfikir lagi, bagaimana pula tempat beribadah? Adakah selesa bersolat margrib dan bolehkah berjemaah? Ya, anda tidak perlu risau kerana pihak pengurusan menyediakan ruang solat lelaki/wanita yang cukup selesa, malah boleh berjemaah.
Maka selepas bersolat, anda boleh menghadap balik hidangan lazat yang disediakan; aneka jenis kerabu dan ulam-ulaman, himpunan kuih muih Melayu/tradisional dan moden yang menjadi kegemaran. Aneka minuman sejuk; cendol, ais kacang, teh tarik dan kopi. Dan lauk puak yang kalau anda masak di rumah mengambil masa berjam-jam; rendang, lemak daging salai, ayam berlado, aneka masakan makanan laut, pilihan berapa jenis nasi, berjenis-jenis noodles, laksa, bihun, mee, pelbagai jenis ikan bakar, dengan aneka sambal, dan yang ditunggu-tunggu oleh semua ialah kambing bakar. Setiap malam akan disediakan, dengan cicah air asam mahu pun sos cendawan dan sos lada hitam pasti anda rasa mahu datang lagi bersama kerabat dan famili. Dan banyak lagi.
Saya sudah mencuba dan kerana itu saya ajak ke sana merasanya. Jangan tidak, Zebra Square Kuala Lumpur Buffet Ramadan, cuma sebulan sahaja ruang makan begini dibuka untuk orang ramai.
Harga Buffet Ramadan
Dengan pelbagai juadah menunggu anda, Zebra Square menawarkan harga RM125 bersih (dewasa) dan RM55 (kanak-kanak/warga emas). Di samping itu ada promosi ‘early bird’ dari 1 Mac hingga 31 Mac yang menawarkan belian lima (5) tempat duduk dengan percuma satu (1) tempat duduk sehingga 50.
Zebra Square di no 18 & 20, Jalan Kampung Pandan, Off Jalan Tun Razak, 55100, Kuala Lumpur/ Malaysia.
Wahai Ramadan Bulan ibadah, bulan kebahagiaan. Mohon kemaafan segala kesalahan, zahir batin Bersyukur kepada Allah Kerana dipertemukan lagi bulan penuh rahmat, berkat dan keampunan.